80) PUSAT PERLANCONGAN HULU LANGAT DAN BKT BELACAN
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Bertulis
-
Negeri Selangor memiliki kawasan pelancongan yang istimewa di Hulu Langat dan Bukit Belacan dan ramai mengunjungi tempat-tempat ini khususnya pada hujung minggu tetapi malangnya kedua-dua tempat ini kurang di selenggara dan di promosi. Kemudahan asasnya juga agak kurang. Apakah yang dilakukan untuk memastikan kebersihan dan keindahan tempat-tempat ini dan sebutkan jadual kerja mingguan dan bulanan.
-
Adakah kemudahan rondaan polis dan klinik bergerak disediakan dan bagaimana jadualnya.
-
Sekiranya ada gerai-gerai makanan dan tempat berkelah, apakah syarat-syarat yang dikenakan.
80) EKO-PELANCONGAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Haji Zaidy Bin Haji Abdul Talib
Kategori: Bertulis
-
Apakah perancangan kerajaan Negeri dalam mempertingkatkan industri Eko- pelancongan bagi Negeri Selangor?
-
Apakah perancangan kerajaan negeri bagi membangunkan eko-pelancongan di Kawasan Taman Templer seperti Hutan Lipur Kanching, Templer Park, Hutan Rimba Komanwel, Bukit lagong?
-
Berapakah bajet yang telah diperuntukkan untuk perancangan ini?
80) MASALAH SAMPAH
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Ahmad Mustain Bin Othman
Kategori: Mulut
-
Masalah sampah yang tidak berkesudahan. Adakah tindakan tegas akan dikenakan kepada pesalah yang membuang sampah di kawasan awam?
80) PROGRAM PENGGANTIAN PAIP AIR DI KUALA KUBU BHARU DAN RASA
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan status terkini kerja-kerja penggantian paip air di Rumah Murah Padang Tembak yang panjangnya 2.36km.
-
Nyatakan status terkini kerja-kerja penggantian paip air di Jalan SMK KKB yang panjangnya 0.54km.
-
Nyatakan status terkini kerja-kerja penggantian paip air di Taman Rasa Jaya yang panjangnya 1.34km.
80) BANGUNAN TERBENGKALAI
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Mulut
-
Terdapat projek blok kedai di persimpangan Jalan Lapangan Terbang Subang dan Jalan Subang ÐSg.Buloh (belakang Stesen minyak Caltex) yang terbengkalai untuk beberapa tahun . Siapakah pemilik projek ini dan kenapakah ianya terbengkalai ?
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk menghidupkan semula projek tersebut , memandangkan lokasi tersebut amat strategik dan mempunyai nilai pasaran yang tinggi ?
80) PENYELESAIAN ISU SETINGGAN KG SG SIREH (TANAH KTM)
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan kronologi tindakan Kerajaan sejak 2008 dalam menyelesaikan isu setinggan Kg Sg. Sireh di tanah KTM
-
Nyatakan kes yang sudah selesai beserta keluasan tanah dan jumlah penduduk.
-
Nyatakan tarikh dijangka selesai untuk baki kes (yang sudah 10 tahun!). Apakah yang menyebab kelambatan penyelesaian kes setinggan ini oleh Kerajaan?
80) RUMAH SUMBANGAN KERAJAAN NEGERI KEPADA RAKYAT MISKIN
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Bertulis
-
Sejak Kerajaan Pakatan memerintah Negeri Selangor berapakah jumlah rumah didirikan bagi golongan miskin?
-
Berapakah pula jumlah rumah-rumah yang dibaikpulih?
-
Apakah syarat-syarat yang melayakkan seseorang mendapat rumah atau rumah dibaikpulih?
80) PINJAMAN PTPTN
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
-
Apakah reaksi dan tindakan yang diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor terhadap tindakan flip flop Pengerusi PTPTN yang mengumumkan pembukuan pinjaman PTPTN kepada mahasiswa UNISEL tetapi menarik balik pembukuan itu secara tergesa-gesa apabila dicemuh oleh banyak pihak ?
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri Selangor bagi memberi pendidikan percuma khusus kepada mahasiswa IPTA yang berada di bawah kelolaan Kerajaan Negeri Selangor ?
80) PENJAWAT AWAM OKU
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan bilangan penjawat awam Kerajaan Negeri yang merupakan golongan OKU, dan jabatan/agensi mereka.
-
Apakah inisiatif Kerajaan Negeri untuk menambah peluang pekerjaan kerajaan untuk golongan OKU serta mewujudkan kemudahan pejabat yang mesra OKU?
-
Apakah perlindungan dari diskriminasi yang diberi kepada penjawat awam OKU?
80) KERUGIAN AKIBAT BANJIR KILAT
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah kerugian akibat banjir kilat yang melanda di Selangor dari 2013-Jun 2015?
-
Berapakah jumlah yang diperuntukkan Kerajaan Negeri untuk mangsa banjir kilat di Selangor dari 2012-Jun 2015?