80) KUAT KUASA AKTA PENGURUSAN STRATA 2013 (AKTA 757)
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan status terkini hakmilik strata pangsapuri di DUN Kampung Tunku: Residency Park 51 @Park 51 Residency (Lot 23513), Impian Seri Setia (Lot 23514) dan Boulevard 51 @Park 51 (Lot 23515).
-
Apakah tindakan Kerajaan untuk memastikan pemaju membayar premium tambahan bagi Impian Seri Setia (Lot 23514)?
-
Nyatakan bilangan dan jenis notis yang telah dihantar kepada pemaju sejak tahun 2015 - 2024.
80) TEBING SUNGAI ROSAK TERUK AKIBAT ALIRAN SUNGAI LIAM MELIMPAH
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Adakah Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) akan mengambil tindakan dengan kadar segera terhadap tebing sungai yang rosak teruk selepas hujan lebat menyebabkan aliran Sungai Liam (berdekatan Kampung Menyuruk, Batang Kali) melimpah ke kawasan sekitar dan putuskan jalan hubungan kepada penternak lembu dan ikan? Jika ya, nyatakan butir-butirnya termasuk kos pembaikan tebing dan tarikh siap.
80) KELULUSAN TANAH DAN HASIL HUTAN
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan secara terperinci jumlah keluasan tanah yang diluluskan dan jumlah hasil yang dikutip oleh kerajaan Negeri dari sumber hutan dalam negeri Selangor mengikut kategori tanah dan tahun demi tahun dari 2009 hingga 2011.
80) KEHADIRAN AHLI MAJLIS MDKL SEJAK 2017
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan kehadiran setiap seorang Ahli Majlis MDKL ke mesyuarat MDKL yang dianggotai masing-masing sepanjang tahun 2017 dan 2018 mengikut nama Ahli Majlis dan mesyuarat Jawatankuasa yang dihadirinya.
80) KEMUDAHAN PEMASANGAN LAMPU AWAM JALAN DI JALANJALAN KAMPUNG TRADISI
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
-
Bagaimanakah kemudahan tersebut dapat disediakan di setiap jalan kampung?
-
Berapakah peruntukan setahun dan cadangan meningkatkannya bagi setiap daerah?
-
Bagaimana peruntukan disalurkan?
80) PROJEK METROPOLIS KESIHATAN
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Meminta kerajaan negeri memberi penerangan terperinci terhadap projek kesihatan yang sangat penting terhadap rakyat Petaling Jaya ini
-
Sama kerajaan negeri akan memperuntukkan atau menetapkan supaya sebuah hospital kerajaan didirikan di Petaling Jaya memandangkan rakyat Petaling Jaya perlu hanya bergantung kepada PPUM yang merupakan hospital separuh kerajaan
80) HADIAH MASUK UNIVERSITI
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Lai Wai Chong
Kategori: Bertulis
-
Apakah status Program Hadiah Masuk Universiti dari segi jumlah permohonan, jumlah yang ditolak dan sebab penolakan permohonan?
80) KLINIK SELCARE
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan bilangan pelanggan, bilangan pekerja kesihatan (doktor dan sebagainya) dan perbelanjaan bagi setiap Klinik Selcare.
-
Apakah rancangan Kerajaan Negeri supaya Klinik Selcare lebih dikenali oleh rakyat Selangor?
80) LEBUHRAYA KIDEX
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Mulut
-
Nyatakan isi bantahan yang disampaikan penduduk kerana pembinaan KIDEX ?
-
Adakah kerajaan negeri akan memberhentikan sebarang projek sekiranya mendapat bantahan dari penduduk?
80) BANGUNAN TEATER SHAH ALAM
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Bertulis
-
Apakah status pembinaan bangunan Teater Shah Alam?
-
Apakah tindakan terhadap pihak yang bertanggungjawab menyiapkan projek tersebut?