77) TANAH YANG DIURUSKAN BAWAH JABATAN LANDSKAP NEGARA
Tahun: 2025
Sesi: 2
Isu: n/a
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan tanah-tanah dalam Selangor yang diselenggara atau diuruskan oleh Jabatan Landskap Negara.
77) PULANGAN PELABURAN OLEH ANAK SYARIKAT KERAJAAN
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan dividen, bonus dan sebagainya yang diberi oleh anak-anak syarikat Kerajaan Negeri kepada Kerajaan Selangor sebagai pulangan pelaburan mengikut tahun mulai tahun 2004 hingga 2009.
77) LEMBANGAN SUNGAI DI SELANGOR
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah lembangan sungai di Selangor yang berfungsi sebagai kawasan tahan air?
-
Bagaimanakah kerajaan negeri dapat memantau dan memastikan kualiti sumber air di setiap lembangan sungai mencukupi dan selamat?
77) KILANG KITAR SEMULA SISA ELEKTRONIK (E-WASTE) DI SELANGOR
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Puan Pang Sock Tao
Kategori: Bertulis
-
Menurut laporan KDEBWM, lebih 200 kemudahan kitar semula sisa e-waste haram beroperasi di Malaysia, dengan beberapa dilaporkan di Rawang dan Hulu Selangor, apakah tindakan Kerajaan?
-
Sila senaraikan kilang kitar semula e-waste yang berlesen dan haram di seluruh Selangor dan Kuala Kubu Bharu serta lokasinya.
-
Apakah tindakan Kerajaan terhadap kilang mempunyai kelulusan EIA tetapi masih mengeluarkan asap yang mengganggu/menyusahkan penduduk? Adakah kerajaan berhasrat untuk menambah baik standard Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) bagi meningkatkan syarat?
77) INISIATIF KERAJAAN NEGERI
Tahun: 2025
Sesi: 2
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Noor Najhan Bin Mohamad Salleh
Kategori: Mulut
-
Berapa ramai penerima bantuan kebajikan seperti Skim Mesra Usia Emas dan Iltizam Anak Selangor dalam DUN Sementa sejak 2021 - 2024?
-
Apakah indikator keberkesanan agihan ini?
78) TEBATAN BANJIR DI KUALA LANGAT
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Bertulis
-
Apakah perancangan jangka pendek dan panjang Kerajaan Negeri untuk mempastikan kejadian banjir kilat tidak berlaku di kawasan-kawasan "hot spot"?
-
Apakah status dan perkembangan pembinaan 2 kolam takungan air di tebing Sungai Kuala Langat untuk meleraikan masalah banjir kilat di kawasan Taman Perumahan Pekan Banting yang diusahakan oleh JPS?
78) MERAKYATKAN EKONOMI SELANGOR
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah keseluruhan yang telah dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri melalui program Merakyatkan Ekonomi Selangor sejak tahun 2008 sehingga kini?
-
Sila nyatakan secara terperinci jumlah yang telah dibelanjakan dan berapakah jumlah penerima faedah mengikut program masing-masing.
-
Apakah rancangan program-program Merakyatkan Ekonomi Selangor yang lain yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri dalam masa yang terdekat?
78) PENGLIBATAN RAKYAT DALAM MENYAMPAIKAN MAKLUMAT BAGI MEMBANTERAS RASUAH DI SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Apakah prestasi program ini bagi sesi 2008-2013?
-
Berapakah perbelanjaan yang dikeluarkan sepanjang tempoh tersebut?
-
Apakah program semasa Kerajaan dalam melibatkan rakyat dalam membanteras rasuah di Selangor?
78) KUIL SRI SUBRAMANIAM PJS7/13
Tahun: 2025
Sesi: 2
Isu: n/a
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan status penggazetan tanah lapang sebelah Kuil Sri Subramaniam di PJS 7 sebagai Rumah Ibadat Bukan Islam.
78) SELCAT
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Bertulis
-
SELCAT berjaya mendedahkan penyelewengan yang berlaku pada masa-masa yang sudah. Apakah tindakan Kerajaan Negeri apabila SPRM tidak siasat pihak-pihak yang berkenaan?
-
Apakah peranan SELCAT untuk mematangkan Jawatankuasa-jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Undangan Negeri?