77) INISIATIF KERAJAAN NEGERI
Tahun: 2025
Sesi: 2
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Noor Najhan Bin Mohamad Salleh
Kategori: Mulut
-
Berapa ramai penerima bantuan kebajikan seperti Skim Mesra Usia Emas dan Iltizam Anak Selangor dalam DUN Sementa sejak 2021 - 2024?
-
Apakah indikator keberkesanan agihan ini?
77) PINTU GERBANG KOTA DARUL EHSAN
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah wang dibelanjakan untuk menaik taraf dan mengindahkan Pintu Gerbang Kota Darul Ehsan di sempadan Kuala Lumpur dan Selangor Lebuhraya Persekutuan?
77) BADAN PENGURUSAN BERSAMA FLAT (JMB)
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Bertulis
-
Terdapat banyak pangsapuri dan flat tidak mempunyai JMB atau JMB mereka kurang aktif (tidak menghantar laporan tahunan kepada COB dan tidak mengadakan AGM setiap tahun). Bolehkah Kerajaan mengemukakan jumlah pangsapuri dan flat dalam negeri dan kawasan Balakong dan di antara mereka, berapa yang mempunyai JMB didaftar di bawah COB serta berapa JMB yang kurang aktif?
77) JOM SHOPPING PERAYAAN ( JSP ) DUN N39 KOTA DAMANSARA
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Mulut
-
Jumlah sebenar penerima JSP untuk tahun 2018/2019/2020/2021 ?
-
Apakah penambahbaikan dasar kerajaan (jika ada) untuk lebih ramai penerima program tersebut ?
-
Apakah masalah besar yang telah di hadapi oleh kerajaan (jika ada) dalam melaksanakan program tersebut ?
77) PERUNTUKAN PENYELENGGARAAN DAN PEMBANGUNAN BAGI SEKOLAH RENDAH AGAMA DI BAWAH JAIS
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: hal ehwal islam
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
-
Peruntukan 2017 berapa peratus telah dibelanjakan dan dilaksana?
-
Berapakah kelulusan telah diperuntukan dalam aduan dan permohonan daripada 7 buah SRA dalam DUN Meru bagi tahun 2017 & 2018?
-
Apakah ada halangandan kekangan peruntukan dibelanjakan mengikut tahun kewangan?
77) SYARIKAT BILLBOARD
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Bertulis
-
Sejauh manakah pemantauan dan tindakan yang diambil terhadap pengusaha/syarikat billboard bermasalah yang dilaporkan tidak membayar lesen atau sewa tapak di sekitar negeri Selangor
-
Sila senaraikan pengusaha/syarikat billboard yang dikategorikan bermasalah
77) BELIA
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Wong Koon Mun
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah peluang-peluang pekerjaan dan jenis pekerjaan yang telah disediakan kepada belia-belia anak Selangor?
-
b) Berapakah jumlah belia-belia di negeri Selangor yang telah mendapat pekerjaan?
77) PELANTIKAN AHLI MAJLIS PBT
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Kategori: Mulut
-
Nyatakan proses pelantikan ahli majlis.
-
Bagaimanakah prestasi ahli majlis ini akan dinilai dan apakah tindakan yang akan diambil terhadap mereka jika prestasi mereka tidak memuaskan?
-
Nyatakan tindakan yang akan diambil bagi memastikan proses pelantikan adalah lebih telus
77) BANJIR KILAT
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan kawasan-kawasan di bawah daerah Petaling yang dikenal pasti sebagai kawasan banjir kilat.
-
Adakah peruntukan kewangan yang dibajetkan untuk tahun 2008/09 bagi skim-skim tebatan banjir dalam negeri untuk kawasan-kawasan ini dan berapa banyak?
-
Kawasan-kawasan yang manakah telah diperuntukkan kewangan sebegini dan berapa banyak?
77) MASALAH KEMUDAHAN ASAS DI PANGSAPURI KOS RENDAH
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan bercadang untuk membantu menambah baik kemudahan infrastruktur asas supaya lebih selesa terutamanya mereka yang tinggal di kawasan Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung dan flat-flat sekitar bukit Sentosa?
-
Adakah Kerajaan mempunyai peruntukan untuk bajet tersebut pada tahun hadapan?