77) LANGKAH YANG DIAMBIL KERAJAAN NEGERI UNTUK MENANGANI MASALAH DENGGI
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan
Kategori: Bertulis
-
Apakah langkah yang diambil Kerajaan Negeri untuk menangani masalah denggi selain gotong royong atau fogging?
77) TANAH RUNTUH DAN MEMBAIKPULIH CERUN-CERUN BUKIT
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Mulut
-
Berapa banyak kes tanah runtuh yang telah dilaporkan kepada setiap PBT, bilakah laporan-laporan itu dibuat dan di manakah lokasi kes-kes yang berkenaan?
-
Berapakah kes yang telah ditangani dan sila senaraikan kawasan-kawasan yang sudah dibaikpulih?
-
Berapakah kes-kes membaik pulih cerun yang merupakan tanggungjawab kerajaan negeri dan sila nyatakan jumlah kos yang terlibat?
77) KLINIK SELCARE
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan rasional di sebalik cawangan Klinik Selcare di KL melalui The KL Clinic.
-
Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk menambah Klinik Selcare di Selangor, khususnya di daerah Petaling yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi?
-
Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk menambah Klinik Selcare di kawasan luar bandar?
77) BADAN PENGURUSAN BERSAMA FLAT (JMB)
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Bertulis
-
Terdapat banyak pangsapuri dan flat tidak mempunyai JMB atau JMB mereka kurang aktif (tidak menghantar laporan tahunan kepada COB dan tidak mengadakan AGM setiap tahun). Bolehkah Kerajaan mengemukakan jumlah pangsapuri dan flat dalam negeri dan kawasan Balakong dan di antara mereka, berapa yang mempunyai JMB didaftar di bawah COB serta berapa JMB yang kurang aktif?
77) JALAN UTAMA BAGAN SEKINCHAN MENUJU KE SUNGAI LABU
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan bilakah kerja-kerja membaiki dan menaiktaraf jalan utama Bagan Sekinchan menuju ke Sungai labu akan dijalankan ?
-
Sila nyatakan bilakah kerja-kerja menaiktaraf dan melebarkan persekitaran kunci air akan siap sepenuhnya dan berapakah kos sepenuhnya ?
-
Sila nyatakan berapakah kos penyelenggaraan tahunan yang disalurkan oleh pihak JKR untuk Jalan tersebut ?
77) MASALAH KEMUDAHAN ASAS DI PANGSAPURI KOS RENDAH
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan bercadang untuk membantu menambah baik kemudahan infrastruktur asas supaya lebih selesa terutamanya mereka yang tinggal di kawasan Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung dan flat-flat sekitar bukit Sentosa?
-
Adakah Kerajaan mempunyai peruntukan untuk bajet tersebut pada tahun hadapan?
77) WABAK ANJING GILA (RABIES)
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Mulut
-
Nyatakan persediaan dan langkah pencegahan bagi menghadapi wabak anjing gila yang kini sedang merebak?
-
Apakah kerajaan negeri bercadang untuk membunuh anjing liar di Selangor bagi mengelakkan wabak ini menular?
77) PERUNTUKAN PENYELENGGARAAN DAN PEMBANGUNAN BAGI SEKOLAH RENDAH AGAMA DI BAWAH JAIS
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: hal ehwal islam
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
-
Peruntukan 2017 berapa peratus telah dibelanjakan dan dilaksana?
-
Berapakah kelulusan telah diperuntukan dalam aduan dan permohonan daripada 7 buah SRA dalam DUN Meru bagi tahun 2017 & 2018?
-
Apakah ada halangandan kekangan peruntukan dibelanjakan mengikut tahun kewangan?
77) MASYARAKAT MENUA
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Juwairiya Binti Zulkifli
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah golongan warga emas di Negeri Selangor pada masa kini berbanding dengan jumlah penerima Skim Mesra Usia Emas?
-
Apakah langkah kerajaan dalam mendepani masyarakat menua di Negeri Selangor?
77) PROGRAM PEDULI SIHAT
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah kad Peduli Sihat yang telah dikeluarkan mengikut DUN.
-
Nyatakan jumlah klinik yang berdaftar untuk program Peduli Sihat.
-
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai maklumat mengenai negeri-negeri lain yang juga mengadakan program yang sedemikian? Jika ya, nyatakan butir-butirnya.