76) TANAH KERAJAAN DALAM MBSJ DAN TANAH YANG DIPEGANG OLEH MBSJ
Tahun: 2025
Sesi: 2
Isu: n/a
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan tanah-tanah kerajaan bawah bidangkuasa MBSJ, alamat tanah berkenaan dan anggaran nilai tanah berkenaan.
-
Sila senaraikan tanah-tanah bawah hakmilik MBSJ, alamat tanah berkenaan dan anggaran nilai tanah berkenaan.
76) PELABURAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan jumlah pelaburan yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri mengikut pecahan daerah pada setengah tahun pertama 2009?
-
Sila senaraikan jumlah pelaburan yang diperoleh oleh negeri-negeri lain secara bandingan dengan Negeri Selangor pada setengah tahun pertama 2009?
-
Sila nyatakan apakah perancangan dan promosi yang dilakukan untuk melipatgandakan pelaburan Negeri Selangor?
76) PROGRAM MENAIK TARAF GERAI-GERAI DI KAWASAN BANDARAYA DAN PERBANDARAN
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Mulut
-
Terdapat banyak gerai-gerai yang berada di kawasan bandar raya dan perbandaran kelihatan tidak teratur dan usang. Apakah usaha pihak PBT untuk menambah baik gerai-gerai yang bertaburan ini kelihatan lebih indah dan menarik.?
-
Berapa bajet disediakan di tiap-tiap PBT Negeri Selangor untuk menambah baik gerai-gerai ini.
-
Apakah bentuk latihan yang diberikan kepada para peniaga gerai ini supaya dapat menaikkan kualiti perkhidmatan mereka.?
76) AKTA 672
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Puan Pang Sock Tao
Kategori: Bertulis
-
Apakah status terkini terhadap penerimaan pakai Akta 672 oleh Kerajaan Negeri Selangor?
-
Nyatakan kelebihan Kerajaan Selangor mengguna pakai AKTA 672 dan kelemahannya.
-
Bagaimana penyertaan di bawah Akta 672 oleh Kerajaan Selangor dapat membantu pengurusan sisa pepejal di negeri ini secara holistik?
76) SUKAN
Tahun: 2025
Sesi: 2
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Rosnizan Bin Ahmad
Kategori: Mulut
-
Apakah inisiatif Kerajaan Negeri Selangor dalam memberi kemudahan sukan di kawasan luar bandar di Negeri Selangor?
-
Adakah Kerajaan Negeri ada cadangan menambah pembinaan kemudahan sukan kepada golongan wanita, warga emas dan orang kurang upaya (OKU)?
76) PEMAJU DAN PEMBANGUNAN HARAM
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Halimey Bin Abu Bakar
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan dan solusi yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi mengatasi permasalahan yang timbul di kawasan yang tidak mempunyai Badan Pengurusan Bersama?
76) PRESTASI APLIKASI SEHAT
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan prestasi Aplikasi SEHAT sejak pelancaran termasuk bilangan pengguna, bilangan orang yang dinasihati, bilangan orang yang dirujuk ke hospital untuk rawatan, dan bilangan orang yang sudah mendapatkan rawatan hospital.
-
Adakah Kerajaan Negeri berpuas hati dengan prestasi di atas?
76) STESEN BAS
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli
Kategori: Mulut
-
Bolehkah saya mohon Kerajaan Negeri untuk membina stesyen bas bagi membantu penduduk mendapatkan khidmat pengangkutan awam yang lebih selesa dan jimat di Puncak Alam?
76) APAKAH STATUS DAN PERKEMBANGAN TERKINI PEMBINAAN PERPUSTAKAAN UNTUK RAKYAT DAERAH SEPANG
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan
Kategori: Bertulis
-
Bilakah projek ini akan dimulakan?
76) PROGRAM LATIHAN DAN PEMBERDAYAAN OKU
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Mulut
-
Apakah dasar dan inisiatif Kerajaan untuk membantu dan memberdaya produktiviti golongan kurang upaya (OKU) melalui program-program pembangunan insan dan latihan melalui dana sebanyak RM 7.8 juta yang diperuntukkan dalam Belanjawan 2014 ?