77) MASYARAKAT MENUA
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Juwairiya Binti Zulkifli
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah golongan warga emas di Negeri Selangor pada masa kini berbanding dengan jumlah penerima Skim Mesra Usia Emas?
-
Apakah langkah kerajaan dalam mendepani masyarakat menua di Negeri Selangor?
78) HASIL PADI
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Meminta kerajaan negeri memberi butiran terperinci tentang usaha-usaha peningkatan hasil padi yang telah dilaksanakan serta pencapaian-pencapaian yang telah dikecapi sejak ianya dilancarkan pada tahun 2009.
-
Adakah benar bahawa kerajaan negeri tidak mendapat kerjasama yang penuh daripada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani?
78) PROJEK PENEBATAN BANJIR
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan semua projek beserta nilai projek untuk mengatasi masalah banjir di Kg Sg Udang, Kg Delek dan Kg Telok Gadong sejak 2008.
78) RUMAH URUT
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Dato' Ir. Muhammad Bushro Bin Mat Johor
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah rumah urut yang ada di Subang sama ada yang berlesen atau tanpa lesen?
-
Apakah tindakan kerajaan negeri untuk mengatasi masalah ini?
78) BANTUAN SIHAT SELANGOR
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan bilangan permohonan Bantuan Sihat Selangor yang lulus pada tahun 2023 mengikut DUN dan peruntukan yang digunakan.
-
Senaraikan bilangan jenis bantuan yang diluluskan mengikut DUN.
78) PERUNTUKAN SEKTOR PENDIDIKAN
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan
Kategori: Mulut
-
Peruntukan sektor pendidikan sebanyak 16 juta hanya disalurkan ke SJKT, SJKC dan SRA, tetapi SMK dan SK telah diabaikan. Apakah tindakan Kerajaan Negeri Selangor supaya semua murid dan pelajar Selangor dapat menikmati manfaat di bawah peruntukan?
78) Banjir Taman Templer
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan
Kategori: Mulut
-
Apakah rancangan oleh JPS untuk menyelesaikan masalah banjir di Daerah Gombak khasnya di Dun Taman Templer?
-
Bagaimanakah cara kerajaan negeri untuk menghadapi masalah banjir yang dihadapi oleh penduduk Taman Templer lebih-lebih lagi di Anak Sungai Udang
78) SENARAI SYARIKAT YANG MENGIKUTI SELANGOR ACCELERATOR PROGRAM (SAP)
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Edry Faizal Bin Eddy Yusof
Kategori: Bertulis
-
Namakan 60 syarikat yang telah mengikuti Selangor Accelerator Program (SAP) dan apakah perkembangan terkini mereka?
78) GAJI, ELAUN DAN TUNTUTAN AHLI DEWAN NEGERI PAKATAN RAKYAT
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Berapakah gaji asas dan elaun ADUN?
-
Berapakah tuntutan dalam dan luar negara ADUN?
-
Berapakah elaun dan tuntutan daripada anak-anak syarikat atas nama ahli Lembaga Pengarah anak-anak syarikat tersebut (jika ada)?
78) TANAH RIZAB MELAYU
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Dato' Ir. Muhammad Bushro Bin Mat Johor
Kategori: Bertulis
-
Berapakah keluasan tanah rizab Melayu mengikut daerah sehingga kini?
-
Apakah langkah-langkah untuk menggantikan tanah rizab Melayu jika berkurangan?