77) MASALAH KEMUDAHAN ASAS DI PANGSAPURI KOS RENDAH
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan bercadang untuk membantu menambah baik kemudahan infrastruktur asas supaya lebih selesa terutamanya mereka yang tinggal di kawasan Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung dan flat-flat sekitar bukit Sentosa?
-
Adakah Kerajaan mempunyai peruntukan untuk bajet tersebut pada tahun hadapan?
77) ANJING LIAR
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Bertulis
-
Apakah usaha kerajaan negeri bagi menangani peningkatan jumlah anjing liar?
-
Nyatakan tindakan yang telah kerajaan negeri laksanakan dari 2008 hingga 2014 untuk mengurangkan bilangan anjing liar?
77) JUMLAH PERKAHWINAN DAN PENCERAIAN PASANGAN ISLAM
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah perkahwinan dan penceraian pasangan Islam di Selangor untuk tempoh 2014-2016?
-
Sebanyak mana pula perkahwinan gadis bawah umur yang telah dibenarkan oleh Mahkamah Syariah di Selangor?
-
Apakah usaha kerajaan untuk membantu pasangan-pasangan yang berhadapan dengan masalah untuk bercerai?
77) KUMPULAN WORLDWIDE HOLDINGS BERHAD
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan siapakah lembaga pengarah, kumpulan pengurusan dan pemegang saham Kumpulan Worldwide serta anak-anak syarikatnya?
-
Apakah perniagaan teras Worldwide serta anak-anak syarikatnya?
77) TEAM SELANGOR
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan projek-projek ataupun aktiviti Team Selangor pada tahun 2021 dan kos yang dibelanja bagi setiap program.
77) PERUNTUKAN PENYELENGGARAAN DAN PEMBANGUNAN BAGI SEKOLAH RENDAH AGAMA DI BAWAH JAIS
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: hal ehwal islam
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
-
Peruntukan 2017 berapa peratus telah dibelanjakan dan dilaksana?
-
Berapakah kelulusan telah diperuntukan dalam aduan dan permohonan daripada 7 buah SRA dalam DUN Meru bagi tahun 2017 & 2018?
-
Apakah ada halangandan kekangan peruntukan dibelanjakan mengikut tahun kewangan?
77) PROGRAM PEDULI SIHAT
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah kad Peduli Sihat yang telah dikeluarkan mengikut DUN.
-
Nyatakan jumlah klinik yang berdaftar untuk program Peduli Sihat.
-
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai maklumat mengenai negeri-negeri lain yang juga mengadakan program yang sedemikian? Jika ya, nyatakan butir-butirnya.
77) PEMILIHAN AHLI MAJLIS MELALUI PILIHANRAYA DAN ELAUN AHLI MAJLIS
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan sudah menyediakan draf pelaksanaannya dan dijangkakan paling awal ianya dapat dilaksanakan?
-
Adakah kerajaan setuju bahawa elaun bulanan Ahli Majlis adalah terlalu rendah dan ianya perlu dinaikkan mengikut peredaran masa?
77) LOJI RAWATAN AIR (LRA)
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan loji-loji rawatan air (LRA) yang terdapat di Negeri Selangor termasuk LRA Langat 2, cadangan LRA di Labohan Dagang dan juga di LRA Semenyih 2.
77) KAKITANGAN MDKL DAN PTDKL
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Beri statistik tentang bilangan kakitangan di Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Langat dan Majlis Daerah Kuala Langat.
-
Beri pecahan tentang bilangan kakitangan mengikut kelayakan akademik dan tempoh mereka telah berkhidmat.