77) Pekeliling Kerajaan Persekutuan Dan Negeri
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Adakah semua pekeliling terkini dan yang masih diguna oleh kerajaan negeri dan persekutuan akan dibukukan untuk rujukan penjawat awam dan wakil rakyat khususnya penyandang jawatan yang baru?
-
Senaraikan semua pekeliling ini dan masukkannya dalam cakera padat.
77) SENARAI KUARI-KUARI
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Edry Faizal Bin Eddy Yusof
Kategori: Bertulis
-
Terdapat berapa kuari yang beroperasi di Mukim Hulu Langat?
-
Apakah jenis-jenis galian kuari berkenaan?
-
Apakah nama syarikat yang menjalankan kuari-kuari berkenaan?
77) HUTANG TALAM CORPORATION
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila huraikan secara detail sehingga setakat ini, berapakah jumlah hutang yang berjaya dikutip daripada syarikat Talam Corporation
-
Sila nyatakan apakah perancangan susulan Kerajaan Negeri terhadap hutang yang dikutip dan manfaatnya kepada rakyat Negeri Selangor
-
Sila nyatakan selain hutang syarikat Talam Corporation. Masih adakah terdapat hutang syarikat swasta yang lain bakal dikutip oleh Kerajaan Negeri
77) TUISYEN RAKYAT
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah pelajar yang menyertai Tuisyen Rakyat anjuran kerajaan negeri bagi DUN Jeram pada tahun lalu?
-
Mohon senaraikan pusat dan tenaga pengajar Tuisyen Rakyat bagi DUN Jeram pada tahun lalu dan perincian pemberian peruntukan program berkenaan bagi DUN Jeram pada tahun lalu?
77) SEMESTA SDN BHD
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Dr Xavier Jayakumar A/l Arulanandam
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan Lembaga Pengarah Semesta Sdn Bhd yang terkini.
77) MASYARAKAT MENUA
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Juwairiya Binti Zulkifli
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah golongan warga emas di Negeri Selangor pada masa kini berbanding dengan jumlah penerima Skim Mesra Usia Emas?
-
Apakah langkah kerajaan dalam mendepani masyarakat menua di Negeri Selangor?
77) JABATAN TERNAKAN
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad
Kategori: Mulut
-
Lembu korban dua tahun berturut-turut kurus-kurus. Apakah rancangan kerajaan untuk mengatasi masalah ini?
77) PENAMBAHBAIKAN JALAN
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Bertulis
-
Pernahkan JKR membuat kajian feasibiliti untuk membina ramp belok kanan tambahan ke Kelana Jaya link daripada ramp Persiaran Kewajipan ke arah Bandar Sunway?
-
Kalau tidak pernah, dipohon membuat kajian tersebut. Ini akan membolehkan kenderaan daripada KESAS naik ke Kelana Jaya Link tanpa weaving effect yang bercanggah dengan trafik daripada USJ di Persiaran Kewajipan.
77) PROJEK RUMAH MAMPU MILIK DI KAWASAN SERI KEMBANGAN
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Ean Yong Hian Wah
Kategori: Bertulis
-
Berapa projek/jumlah rumah mampu milik yang telah dibina dalam masa 3 tahun lepas?
-
Berapa projek/jumlah rumah mampu milik yang akan dibina dalam masa 3 tahun yang akan datang? Sila nyatakan nama projek.
77) CARUMAN TAKAFUL WARGA EMAS, ORANG KURANG UPAYA DAN ANAK YATIM
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan bilangan warga emas, orang kurang upaya dan anak yatim yang terdapat di Negeri Selangor sehingga kini mengikut daerah-daerah
-
Berapakah jumlah peruntukan kewangan yang telah disediakan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk membiayai caruman Takaful bernilai RM2,500 kepada warga emas, orang kurang upaya dan anak yatim yang telah disenaraikan seperti di atas?
-
Sila senaraikan jumlah peruntukan kewangan tersebut mengikut daerah-daerah di Negeri Selangor