77) PULANGAN PELABURAN OLEH ANAK SYARIKAT KERAJAAN
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan dividen, bonus dan sebagainya yang diberi oleh anak-anak syarikat Kerajaan Negeri kepada Kerajaan Selangor sebagai pulangan pelaburan mengikut tahun mulai tahun 2004 hingga 2009.
77) LEMBANGAN SUNGAI DI SELANGOR
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah lembangan sungai di Selangor yang berfungsi sebagai kawasan tahan air?
-
Bagaimanakah kerajaan negeri dapat memantau dan memastikan kualiti sumber air di setiap lembangan sungai mencukupi dan selamat?
77) KILANG KITAR SEMULA SISA ELEKTRONIK (E-WASTE) DI SELANGOR
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Puan Pang Sock Tao
Kategori: Bertulis
-
Menurut laporan KDEBWM, lebih 200 kemudahan kitar semula sisa e-waste haram beroperasi di Malaysia, dengan beberapa dilaporkan di Rawang dan Hulu Selangor, apakah tindakan Kerajaan?
-
Sila senaraikan kilang kitar semula e-waste yang berlesen dan haram di seluruh Selangor dan Kuala Kubu Bharu serta lokasinya.
-
Apakah tindakan Kerajaan terhadap kilang mempunyai kelulusan EIA tetapi masih mengeluarkan asap yang mengganggu/menyusahkan penduduk? Adakah kerajaan berhasrat untuk menambah baik standard Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) bagi meningkatkan syarat?
77) JOM SHOPPING PERAYAAN ( JSP ) DUN N39 KOTA DAMANSARA
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Mulut
-
Jumlah sebenar penerima JSP untuk tahun 2018/2019/2020/2021 ?
-
Apakah penambahbaikan dasar kerajaan (jika ada) untuk lebih ramai penerima program tersebut ?
-
Apakah masalah besar yang telah di hadapi oleh kerajaan (jika ada) dalam melaksanakan program tersebut ?
77) PERSEDIAAN MENJADI TUAN RUMAH SUKMA
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Adhif Syan Bin Abdullah
Kategori: Mulut
-
Perlukah kerajaan memberi peruntukkan lebih awal dan tinggi sebagai persediaan menghadapi SUKMA 2022 lebih-lebih lagi selaku tuan rumah?
-
Apakah infratruktur baharu yang telah dan sedang dibangunkan ketika ini serta berapakah kos yang telah dikeluarkan Kerajaan Negeri sehingga kini?
77) KAFA MENENGAH
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Mulut
-
Apakah tujuan dan kepentingan penubuhan KAFA Menengah ini?
-
Apakah perancangan, bajet dan strategi kerajaan untuk mengembangkan KAFA Menengah ini?
-
Bagaimanakah proses pengambilan pelajar, latihan guru dan kadar gaji mereka?
77) KEBAJIKAN OKU
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Wan Dzahanurin Bin Ahmad
Kategori: Mulut
-
Bagaimanakah Kerajaan Negeri memastikan golongan OKU mendapat akses pekerjaaan dan latihan kemahiran?
77) SYARIKAT BILLBOARD
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Bertulis
-
Sejauh manakah pemantauan dan tindakan yang diambil terhadap pengusaha/syarikat billboard bermasalah yang dilaporkan tidak membayar lesen atau sewa tapak di sekitar negeri Selangor
-
Sila senaraikan pengusaha/syarikat billboard yang dikategorikan bermasalah
77) BELIA
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Wong Koon Mun
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah peluang-peluang pekerjaan dan jenis pekerjaan yang telah disediakan kepada belia-belia anak Selangor?
-
b) Berapakah jumlah belia-belia di negeri Selangor yang telah mendapat pekerjaan?
77) PELANTIKAN AHLI MAJLIS PBT
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Kategori: Mulut
-
Nyatakan proses pelantikan ahli majlis.
-
Bagaimanakah prestasi ahli majlis ini akan dinilai dan apakah tindakan yang akan diambil terhadap mereka jika prestasi mereka tidak memuaskan?
-
Nyatakan tindakan yang akan diambil bagi memastikan proses pelantikan adalah lebih telus