8) PRESTASI ILTIZAM SIHAT SELANGOR
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
-
Program Iltizam Sihat Selangor (ISS) telah dijalankan sejak tahun 2017, bermula dengan Skim Peduli Sihat dahulu. Nyatakan prestasi ISS setelah dijalankan selama 5 tahun.
-
Nyatakan jumlah penerima serta keluarga ISS yang layak setakat ini.
8) SUMBER AIR KECEMASAN
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan status pelaksanaan penyambungan kolam takungan HORAS 600  ke SSP1, 2, 3 dan Kolam Takungan (Pond C) ke LRA Semenyih.
8) MASJID DAN SURAU
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah masjid dan surau di sekitar kawasan DUN Permatang yang akan dinaiktaraf, dibaikpulih mahupun diselenggara serta nyatakan jumlah peruntukan yang akan diberikan secara terperinci?
8) HORAS
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini projek horas
-
Sejauh manakah kemampuan projek ini untuk memastikan bekalan air yang stabil di Selangor
-
Apakah faktor-faktor bagi memastikan kejayaan projek ini
8) PUSAT KITAR SEMULA DAN PUSAT PENGUMPULAN E-WASTE
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Puan Pua Pei Ling
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah pusat kitar semula dan pusat pengumpulan e-waste yang terdapat di Negeri Selangor, khususnya di DUN Bukit Lanjan? Sila nyatakan senarai lokasi pusat-pusat ini.
-
Adakah cadangan pihak kerajaan untuk mengadakan "Drive Thru Recycling Centre" di kawasan DUN Bukit Lanjan?
-
Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan kitar semula dan pengurusan e-waste?
8) GERAN AKTIVITI PELANCONGAN
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah geran aktiviti pelancongan yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri Selangor?
-
Adakah pemberian geran aktiviti pelancongan sama rata dan berbeza?
-
Senaraikan Persatuan Pelancongan yang menerima bantuan daripada Kerajaan Negeri serta jumlah dana yang diterima.
8) PROGRAM HIJRAH
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Puan Noor Hanim Binti Ismail
Kategori: Bertulis
-
Berapakah permohonan yang telah diluluskan setakat ini untuk program pinjaman Hijrah di setiap DUN?
-
Berapakah usahawan yang telah berjaya berhijrah dari miskin kepada kehidupan selesa?
-
Sejauh manakah pemantauan bagi program ini terhadap peminjam?
8) PELABURAN ASING
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah pelaburan yang akan melabur di Negeri Selangor dari tahun 2008 hingga 2024.
-
Nyatakan jumlah pelaburan yang telah melabur di Negeri Selangor dari tahun 2008 hingga 2024.
-
Nyatakan jumlah jangkaan pelaburan yang melabur di Selangor pada tahun 2025.
8) SUKAN
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin
Kategori: Bertulis
-
Selangor kini tertinggal dalam bidang sukan khususnya kepada Negeri Terengganu dan Johor. Apakah perancangan Kerajaan Negeri Selangor untuk kembali menjadi jaguh dalam sukan bola sepak, sukan air, padang dan balapan?
8) DERMASISIWA
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Mungkinkah Kerajaan Negeri akan dapat mengeluarkan Biasiswa/Dermasiswa untuk anak-anak Selangor yang melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi?