1) PENTERNAKAN
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin
Kategori: Bertulis
-
Apakah cadangan penambahbaikan jangka pendek dan jangka panjang untuk sektor penternakan?
-
Berapakah peruntukan yang disediakan untuk mencapai sasaran penambahbaikan ini?
-
Berikan beberapa contoh projek dikategorikan cemerlang yang telah dicapai.
1) PELABURAN DAN PELUANG PEKERJAAN DALAM SELANGOR
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan dengan terperinci mengenai pelaburan baru yang diperoleh bagi 2009-2010.
-
Senaraikan bilangan peluang pekerjaan yang ada di seluruh Selangor
-
Apakah usaha kerajaan bagi memastikan pekerjaan tersebut diisi oleh warga Malaysia?
1) BANJIR DI KG ASAHAN, BESTARI JAYA
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Juwairiya Binti Zulkifli
Kategori: Bertulis
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri dalam membantu penduduk Kg Asahan, Bestari Jaya yang mengalami banjir besar yang antara lain berpunca daripada kecuaian pihak pemaju projek Lebuhraya WCE yang didapati menyebabkan ban sebagai benteng banjir dipecahkan dalam proses pelaksanaan lebuhraya tersebut?
1) KILANG TANPA KEBENARAN
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Pua Pei Ling
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan status terkini jumlah permohonan yang telah diterima, jumlah permohonan yang masih dalam pemprosesan, jumlah permohonan yang berjaya diluluskan, jumlah permohonan yang ditolak bagi Dun Bukit Lanjan dan senaraikan kawasan yang terlibat.
-
Apakah target kerajaan bagi memproseskan semua permohonan yang telah diterima khususnya di bawah Dun Bukit Lanjan memandangkan tempoh penerimaan permohonan telah lama ditutup?
-
Apakah perancangan kerajaan dalam menangani isu kerosakan atau kekurangan kemudahan infrastuktur yang menyebabkan berlakunya kejadian banjir akibat daripada pembinaan kilang tanpa kebenaran khususnya di sekitar kawasan Kg Desa Aman.
1) STRATEGI KERAJAAN NEGERI DALAM MENINGKATKAN HASIL NEGERI
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Mulut
-
Apakah usaha dan strategi Kerajaan Negeri bagi meningkatkan hasil negeri yang signifikan pada masa hadapan?
1) KELUASAN TANAH KERAJAAN NEGERI
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi
Kategori: Bertulis
-
Mohon YAB menyatakan jumlah keluasan tanah kerajaan negeri yang masih dara (virginland) mengikut lokaliti Dun Sabak
1) SKIM PEDULI SIHAT
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan bagaimanakah sambutan rakyat terhadap skim tersebut.
-
Sila kemukakan jumlah kelulusan terkini Kad Peduli Sihat mengikut pecahan Dun dan kaum
-
Sila nyatakan apakah kelemahan yang dikenalpasti dalam proses mempercepatkan kelulusan setiap permohonan.
1) DARUL EHSAN INVESTMENT GROUP (DEIG)
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan jumlah pelaburan dan keuntungan yang dicapai oleh DEIG sejak penubuhan.
-
Senaraikan projek-projek yang dilabur oleh DEIG.
1) PERMODALAN NEGERI SELANGOR BERHAD (PNSB)
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan kedudukan kewangan terkini PNSB.
-
Sila nyatakan secara detail jumlah kes saman mahkamah yang dihadapi oleh PNSB dari tahun 2013-2016.
-
Berapakah bayaran gantirugi yang diperintah oleh mahkamah akibat kalah dalam kes saman sejak 2013 hingga 2016?
1) KEBAJIKAN ORANG ASLI SEMASA PANDEMIK COVID19
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Orang Asli
Adun: Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping
Kategori: Mulut
-
Apa jenis bantuan Kerajaan Negeri yang telah diterima oleh Orang Asli Selangor khususnya semasa pandemik COVID-19 (Mac 2020 sehingga sekarang)?
-
Sila memperincikan jenis dan jumlah bantuan mengikut kampung-kampung Orang Asli.
-
Berapa kali saringan COVID-19 telah dilaksanakan di Kampung-kampung Orang Asli?