76) SKIM SMART SEWA
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah kewangan yang terlibat setakat ini bagi proses pemilikan dan penyediaan rumah-rumah untuk disewakan?
-
Apakah strategi untuk penyewa mampu memiliki rumah sendiri?
-
Adakah wujud rundingan untuk mendapatkan dana daripada Kerajaan Persekutuan?
76) MASALAH BEKALAN AIR
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
-
Perincikan bilangan dan jenis aduan berkenaan bekalan air di kawasan DUN Bukit Gasing untuk 2008-2013
-
Apakah kerja naik taraf paip yang dirancang di DUN Bukit Gasing untuk mengatasi masalah paip pecah dan kualiti air
76) DARUL EHSAN FACILITIES MANAGEMENT (DEFM) SDN BHD
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan bilangan aset/bangunan di bawah pengurusan DEFM dan kos penyelenggaraan pada tahun 2021.
-
Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk meningkatkan taraf infrastruktur sukan?
76) BAGAIMANAKAH KEBERKESANAN PENGUATKUASAAN DI BAWAH PERATURAN PENCEGAHAN WABAK DENGGI?
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
-
Apakah sebab utama kompaun tidak dikeluarkan kepada individi pemilik kediaman?
-
Berapakah jumlah kompaun telah dikeluarkan atas premis kediaman, pembinaan dan peniagaan mengikut daerah dan lokaliti?
76) PEMBANGUNAN INDUSTRI SUKAN DI SEKITAR BUKIT UNGGUL
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Adhif Syan Bin Abdullah
Kategori: Mulut
-
Apakah status pemilikan tanah dan rancangan pembangunan sukan (dan pelancongan) bagi kawasan rekreasi yang berpotensi di Bukit Unggul?
-
Adakah terdapat sebarang perancangan untuk menjadikan kawasan ini pusat tumpuan aktiviti lasak (i.e. motorcross) atau sukan lain?
76) GERAN PENYELIDIKAN SAINS DAN TEKNOLOGI
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Adakah terdapat geran penyelidikan di dalam bidang sains dan teknologi khususnya bagi menghadapi cabaran Revolusi Perindustrian 4.0 di Selangor?
76) PERKEMBANGAN EKONOMI
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Apakah indikator penting perkembangan ekonomi negeri 2013?
-
Apakah pencapaian utama ekonomi Selangor sejak lima tahun pentadbiran kerajaan Pakatan?
-
Apakah dasar dan hala tuju ekonomi negeri respons terhadap kelembapan ekonomi dunia?
76) PENDOKUMENTASIAN RIWAYAT HIDUP ULAMA RAKYAT YANG BERKHIDMAT DENGAN SULTAN DI SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Apakah Kerajaan ada rancangan untuk mendokumentasikan riwayat hidup ulama yang berkhidmat sebagai penasihat Raja-Raja dan kerabat Sultan di Selangor?
-
Senaraikan bahan-bahan dalam bentuk catatan sahih aktiviti ulama di dalam istana.
-
Senaraikan ulama dan guru-guru yang mengajar Al-Quran dan kitab-kitab kuning di Selangor.
76) SENARAI AHLI LEMBAGA PENGARAH DAN PENGURUSAN TERTINGGI GLC
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan nama dan tempoh perkhidmatan untuk kesemua Ahli Lembaga Pengarah dan pengurusan tertinggi MBI, KDEB, PKNS dan PKPS serta anak-anak syarikatnya.
76) RUMAH KERAJAAN PRIHATIN
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi
Kategori: Mulut
-
Berapa jumlah bantuan rumah yang dibina mengikut daerah sejak 2015 hingga suku ketiga 2016?
-
Siapakah jawatankuasa yang terlibat di peringkat daerah bagi meluluskan bantuan blueprint?