76) PEMBANGUNAN INSAN
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Dato' Haji Mohamed Idris Bin Haji Abu Bakar
Kategori: Mulut
-
Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM 7.8 juta untuk melaksanakan program pembangunan insan. Berapa jumlah program yang telah di laksana, kelompok sasar dan jumlah peserta yang dilatih?
-
Apakah modul dan pendekatan untuk membangunkan modal insan ini?
76) PERMOHONAN TUKAR KATEGORI PENGGUNAAN TANAH
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Mulut
-
Berapakah kelulusan telah diberikan untuk permohonan tukar kategori penggunaan tanah dalam tempoh tahun 2008 hingga Mei 2013?
-
Berapakah kelulusan telah diberikan untuk permohonan tukar kategori penggunaan tanah dalam tempoh tahun Jun 2013 hingga Jun 2016?
76) PENGGERAK BELIA SELANGOR (PEBS)
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Ronnie Liu Tian Khiew
Kategori: Mulut
-
Bolehkah Kerajaan Negeri Selangor mempertimbangkan supaya PeBS diwujudkan sebagai jawatan khas di pejabat DUN seperti PWB yang khusus untuk menguruskan hal ehwal belia di kawasan DUN?
76) PROJEK LANGAT 2
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi
Kategori: Mulut
-
Berapa peratuskah projek Langat 2 ini telah dilaksanakan dan bilakah tarikh akhir projek Langat 2 ini akan disiapkan sepenuhnya?
-
Nyatakan kawasan daerah yang mendapat kemudahan daripada projek Langat 2 ini?
76) KEKURANGAN TEMPAT-TEMPAT BERIBADAT BUKAN ISLAM
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Selain Islam
Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Kategori: Mulut
-
Nyatakan syarat-syaratdan garis panduan yang diguna pakai untuk pemberian atau kelulusan tanah tempat-tempat beribadat bukan Islam
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah ini?
-
Berapakah peruntukan Kerajaan Negeri untuk membantu kos pembinaan tempat-tempat ini?
76) MASALAH BEKALAN AIR
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
-
Perincikan bilangan dan jenis aduan berkenaan bekalan air di kawasan DUN Bukit Gasing untuk 2008-2013
-
Apakah kerja naik taraf paip yang dirancang di DUN Bukit Gasing untuk mengatasi masalah paip pecah dan kualiti air
76) PENULARAN HFMD
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Puan Dr. Daroyah Binti Alwi
Kategori: Mulut
-
Berapakah kadar peningkatan jangkitan penyakit HFMD di Selangor mengikut daerah? Apakah faktor utama yang menyumbang penularan ini?
-
Apakah tindakan khas Kerajaan Negeri bagi membendung masalah ini dari berlarutan dan memangsakan kanak-kanak?
76) PENDAFTARAN PENGUNDI-PENGUNDI BARU
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong
Kategori: Bertulis
-
Lebih kurang 800,000 ribu pemuda-pemudi di Negeri Selangor yang belum daftar sebagai pengundi. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai apa-apa rancangan untuk membantu SPR mendaftarkan pengundi-pengundi baru di Negeri Selangor?
76) SKIM SMART SEWA
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah kewangan yang terlibat setakat ini bagi proses pemilikan dan penyediaan rumah-rumah untuk disewakan?
-
Apakah strategi untuk penyewa mampu memiliki rumah sendiri?
-
Adakah wujud rundingan untuk mendapatkan dana daripada Kerajaan Persekutuan?
76) PENDOKUMENTASIAN RIWAYAT HIDUP ULAMA RAKYAT YANG BERKHIDMAT DENGAN SULTAN DI SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Apakah Kerajaan ada rancangan untuk mendokumentasikan riwayat hidup ulama yang berkhidmat sebagai penasihat Raja-Raja dan kerabat Sultan di Selangor?
-
Senaraikan bahan-bahan dalam bentuk catatan sahih aktiviti ulama di dalam istana.
-
Senaraikan ulama dan guru-guru yang mengajar Al-Quran dan kitab-kitab kuning di Selangor.