76) BANJIR KILAT
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Datuk Mohd Isa Bin Abu Kasim
Kategori: Mulut
-
Banjir kebiasaannya berlaku ketika musim tengkujuh. Tetapi banjir kilat terjadi pada bilabila masa dan sering terjadi akibat hujan lebat. Keadaan menjadi lebih buruk akibat saliran air tidak di selenggara dengan baik. Mengapakah sistem saliran dan perparitan tidak diselenggarakan dengan teratur di kawasan bandar dan di penempatan kampung tradisional?
-
Apakah perancangan khusus Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah banjir kilat yang sering berlaku ini?
76) MEMULIHKAN SISTEM PILIHANRAYA KERAJAAN TEMPATAN DAN KETUA KAMPUNG
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Mulut
-
Adakah Ahli Jawatankuasa untuk memulihkan sistem pilihanraya kerajaan tempatan dan ketua kampung telah ditubuhkan?
-
Sebutkan rancangan yang ada untuk memulihkan pilihanraya tersebut
76) ASET PERBADANAN KEMAJUAN PERTANIAN SELANGOR (PKPS)
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik
Kategori: Bertulis
-
PKPS telah menjual beberapa aset hartanah sepanjang tahun 2008-2013 antaranya kepada pengusaha haram. Nyatakan lokasi hartanah, harga jualan dan jumlah keuntungan?
-
Siapakah pengusaha haram yang telah membeli hartanah PKPS?
76) PEMBUANGAN SAMPAH HARAM
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan PBT terhadap kegiatan pembuangan sampah haram ?
-
Samada kegiatan pembuangan sampah haram di Selangor meningkat atau sebaliknya ?
76) PENULARAN SCAM DALAM TALIAN
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan bilangan kes "scam" dalam talian dari bulan Januari - September 2023, dan daerah yang paling terkesan.
-
Apakah langkah Kerajaan Negeri untuk menangani penularan scam, terutamanya yang menyasarkan warga emas dan pencari kerja?
76) PROJEK-PROJEK MENAIK TARAF KEMUDAHAN DAN INFRASTRUKTUR SUKAN
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah perbelanjaan kerajaan bagi projek-projek menaik taraf kemudahan dan infrastruktur sukan di setiap daerah ?
76) PERINCIAN PROJEK PERPAIPAN
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Edry Faizal Bin Eddy Yusof
Kategori: Bertulis
-
Apakah projek-projek paip air terawat yang telah siap, sedang berjalan dan bakal dilaksanakan di Mukim Hulu Langat (bawah Daerah Hulu Langat)?
76) KEDAI / BILIK PAMERAN PENGEDAR-PENGEDAR KERETA TERPAKAI
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin
Kategori: Bertulis
-
Pihak Majlis Bandaraya Petaling Jaya telah mengeluarkan notis sitaan kenderaan-kenderaan kepada pengedar-pengedar kereta terpakai di Taman Kanangapuram, Seksyen 18, Petaling Jaya disebabkan aduan-aduan oleh persatuan penduduk-penduduk di kawasan tersebut. Pengedar-pengedar kereta terpakai sebegini telah dibenarkan untuk beroperasi di pelbagai bahagian di Petaling Jaya. Walaupun tuntutan-tuntutan mahkamah telah dimasukkan ke mahkamah dan kedai-kedai kereta terpakai yang bersebelahan telah dibenarkan untuk meneruskan operasi. Mengapakah situasi sebegini adalah dibenarkan di mana jelasnya pengedar-pengedar kereta terpakai di Taman Kanagapuram dimangsakan dan tidak dibenarkan untuk beroperasi lagi?
-
Bilakah pihak negeri akan mengimplementasikan garis panduan yang sesuai bagi pengendali-pengendali pengedar-pengedar kereta terpakai untuk diikuti dan untuk pegawai-pegawai penguat kuasa untuk diberi panduan yang betul untuk membezakan antara kedai-kedai kereta terpakai yang haram atau tidak?
-
Apakah jumlah nombor kedai-kedai kereta terpakai di Petaling Jaya dan bilangan yang telah dikenal pasti sebagai sah atau haram ? Sila bekalkan maklumat-maklumat terperinci.
76) SEKTOR KEUSAHAWANAN SOSIAL
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Usahawan
Adun:
Kategori: Mulut
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk memberdayakan golongan wanita dalam sektor keusahawanan sosial dan menyediakan peluang untuk wanita terlibat dalam penggubalan dasar dan pembuat keputusan dalam syarikat - syarikat anak Kerajaan Negeri ?
76) GEJALA SOSIAL SEMAKIN SERIUS DAN GOLONGAN BELIA TURUT TERLIBAT
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah
Kategori: Bertulis
-
Berapakah pertubuhan belia telah menikmati kemudahan peruntukan Kerajaan Negeri dalam kontak menangani masalah sosial?
-
Adakah Kerajaan Negeri mengadakan pelan tindakan untuk menangani masalah sosial yang dihadapi oleh kaum belia ?