76) PENGGERAK BELIA SELANGOR (PEBS)
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Ronnie Liu Tian Khiew
Kategori: Mulut
-
Bolehkah Kerajaan Negeri Selangor mempertimbangkan supaya PeBS diwujudkan sebagai jawatan khas di pejabat DUN seperti PWB yang khusus untuk menguruskan hal ehwal belia di kawasan DUN?
76) PERSEMPADANAN SEMULA PILIHANRAYA DI SELANGOR
Tahun: 2018
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Dr. Daroyah Binti Alwi
Kategori: Mulut
-
Masalah persempadanan semula Pilihanraya di Selangor, adakah Kerajaan Negeri Selangor bersedia untuk berbincang dengan SPR dan membuat persempadanan baru yang lebih memudahkan rakyat mendapat khidmat yang terbaik daripada pihak pentadbir?
76) PELABURAN TEMPATAN
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan
Kategori: Mulut
-
Bagaimanakah prestasi pelaburan tempatan untuk Negeri Selangor?
-
Apakah bidang-bidang pelaburan yang diberi penumpuan?
76) PENULARAN HFMD
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Puan Dr. Daroyah Binti Alwi
Kategori: Mulut
-
Berapakah kadar peningkatan jangkitan penyakit HFMD di Selangor mengikut daerah? Apakah faktor utama yang menyumbang penularan ini?
-
Apakah tindakan khas Kerajaan Negeri bagi membendung masalah ini dari berlarutan dan memangsakan kanak-kanak?
76) PENGGABUNGAN (AMALGAMATION) TANAH PN 8623 LOT 49365 MUKIM PETALING DAN PM 130 LOT 37563 MUKIM DAMANSARA YANG DIPINDA SEMPADAN KE MUKIM BANDAR SUNWAY
Tahun: 2018
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Bertulis
-
Bilakah MMKN akan meluluskan permohonan penggabungan (amalgamation) Tanah PN 8623 Lot 49365 Mukim Petaling dan PM 130 Lot37563 Mukim Damansara yang pada 21.9.2017 telah diluluskan pindaan sempadan oleh MMKN Negeri Selangor Ke 31/2017 ke Mukim Bandar Sunway?
76) PROGRAM LATIHAN DAN PEMBERDAYAAN OKU
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Mulut
-
Apakah dasar dan inisiatif Kerajaan untuk membantu dan memberdaya produktiviti golongan kurang upaya (OKU) melalui program-program pembangunan insan dan latihan melalui dana sebanyak RM 7.8 juta yang diperuntukkan dalam Belanjawan 2014 ?
76) PELABURAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan jumlah pelaburan yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri mengikut pecahan daerah pada setengah tahun pertama 2009?
-
Sila senaraikan jumlah pelaburan yang diperoleh oleh negeri-negeri lain secara bandingan dengan Negeri Selangor pada setengah tahun pertama 2009?
-
Sila nyatakan apakah perancangan dan promosi yang dilakukan untuk melipatgandakan pelaburan Negeri Selangor?
76) HARGA MENURUN
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Bertulis
-
Harga getah dan kelapa sawit menurun dan pendapatan pekerja bagi kedua sektor ini terjejas. Apakah langkah-langkah yang diambil bagi membantu dan meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh pekerja-pekerja kedua sektor di atas?
-
Berapakah pekerja/pemilik yang melibatkan kedua-dua bidang di atas?
-
Apakah tidak wajar mereka diberi lindungan takaful atau ansuran?
76) BANJIR KILAT
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Datuk Mohd Isa Bin Abu Kasim
Kategori: Mulut
-
Banjir kebiasaannya berlaku ketika musim tengkujuh. Tetapi banjir kilat terjadi pada bilabila masa dan sering terjadi akibat hujan lebat. Keadaan menjadi lebih buruk akibat saliran air tidak di selenggara dengan baik. Mengapakah sistem saliran dan perparitan tidak diselenggarakan dengan teratur di kawasan bandar dan di penempatan kampung tradisional?
-
Apakah perancangan khusus Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah banjir kilat yang sering berlaku ini?
76) PEMBANGUNAN TANAMAN KELAPA
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri Selangor bercadang untuk menjadikan kawasan DUN Sungai Air Tawar sebagai hub tanaman kelapa memandangkan kawasan tersebut merupakan antara kawasan yang masih banyak mengeluarkan kelapa?
-
Adakah bekalan benih kelapa matag mencukupi untuk rakyat mendapatkannya?