76) PRESTASI APLIKASI SEHAT

Tahun: 2021

Sesi: 2

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze

Kategori: Mulut


  1. Sila nyatakan prestasi Aplikasi SEHAT sejak pelancaran termasuk bilangan pengguna, bilangan orang yang dinasihati, bilangan orang yang dirujuk ke hospital untuk rawatan, dan bilangan orang yang sudah mendapatkan rawatan hospital.

    Klik jawapan »

  2. Adakah Kerajaan Negeri berpuas hati dengan prestasi di atas?

    Klik jawapan »

76) MASALAH KEBERSIHAN DI BANGI

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Bertulis


  1. Masalah kebersihan di kawasan DUN Bangi amat ketara dan rakyat tidak berpuas hati dengan tahap pembersihan di DUN tersebut. Apakah masalah di MPKj yang menyebabkan prestasi kebersihan tersebut menurun?

    Klik jawapan »

  2. Beri nama kontraktor-kontraktor yang mengendalikan kebersihan di DUN Bangi.

    Klik jawapan »

  3. Apakah tindakan yang diambil bagi mempertingkatkan prestasi kerbersihan di kawasan DUN ini.

    Klik jawapan »

76) PENGGABUNGAN (AMALGAMATION) TANAH PN 8623 LOT 49365 MUKIM PETALING DAN PM 130 LOT 37563 MUKIM DAMANSARA YANG DIPINDA SEMPADAN KE MUKIM BANDAR SUNWAY

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze

Kategori: Bertulis


  1. Bilakah MMKN akan meluluskan permohonan penggabungan (amalgamation) Tanah PN 8623 Lot 49365 Mukim Petaling dan PM 130 Lot37563 Mukim Damansara yang pada 21.9.2017 telah diluluskan pindaan sempadan oleh MMKN Negeri Selangor Ke 31/2017 ke Mukim Bandar Sunway?

    Klik jawapan »

76) PROGRAM LATIHAN DAN PEMBERDAYAAN OKU

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut


  1. Apakah dasar dan inisiatif Kerajaan untuk membantu dan memberdaya produktiviti golongan kurang upaya (OKU) melalui program-program pembangunan insan dan latihan melalui dana sebanyak RM 7.8 juta yang diperuntukkan dalam Belanjawan 2014 ?

    Klik jawapan »

76) NAIK TARAF BUKIT KEMUNING

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Preakas A/l Sampunathan

Kategori: Mulut


  1. Adakah kerajaan bercadang menaik taraf Jalan Bukit Kemuning (Batu 5 hingga Batu 8) dan menambah lampu jalan?

    Klik jawapan »

  2. Apakah strategi kerajaan untuk menaik taraf dan mengindahkan kawasan Bukit Kemuning?

    Klik jawapan »

  3. Sejauh manakah masalah sampah di Bukit Kemuning telah diatasi?

    Klik jawapan »

76) HARGA MENURUN

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Bertulis


  1. Harga getah dan kelapa sawit menurun dan pendapatan pekerja bagi kedua sektor ini terjejas. Apakah langkah-langkah yang diambil bagi membantu dan meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh pekerja-pekerja kedua sektor di atas?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah pekerja/pemilik yang melibatkan kedua-dua bidang di atas?

    Klik jawapan »

  3. Apakah tidak wajar mereka diberi lindungan takaful atau ansuran?

    Klik jawapan »

76) BANJIR KILAT

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Datuk Mohd Isa Bin Abu Kasim

Kategori: Mulut


  1. Banjir kebiasaannya berlaku ketika musim tengkujuh. Tetapi banjir kilat terjadi pada bilabila masa dan sering terjadi akibat hujan lebat. Keadaan menjadi lebih buruk akibat saliran air tidak di selenggara dengan baik. Mengapakah sistem saliran dan perparitan tidak diselenggarakan dengan teratur di kawasan bandar dan di penempatan kampung tradisional?

    Klik jawapan »

  2. Apakah perancangan khusus Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah banjir kilat yang sering berlaku ini?

    Klik jawapan »

76) MEMULIHKAN SISTEM PILIHANRAYA KERAJAAN TEMPATAN DAN KETUA KAMPUNG

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Mulut


  1. Adakah Ahli Jawatankuasa untuk memulihkan sistem pilihanraya kerajaan tempatan dan ketua kampung telah ditubuhkan?

    Klik jawapan »

  2. Sebutkan rancangan yang ada untuk memulihkan pilihanraya tersebut

    Klik jawapan »

76) PEMBANGUNAN TANAMAN KELAPA

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail

Kategori: Mulut


  1. Adakah Kerajaan Negeri Selangor bercadang untuk menjadikan kawasan DUN Sungai Air Tawar sebagai hub tanaman kelapa memandangkan kawasan tersebut merupakan antara kawasan yang masih banyak mengeluarkan kelapa?

    Klik jawapan »

  2. Adakah bekalan benih kelapa matag mencukupi untuk rakyat mendapatkannya?

    Klik jawapan »

76) ASET PERBADANAN KEMAJUAN PERTANIAN SELANGOR (PKPS)

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik

Kategori: Bertulis


  1. PKPS telah menjual beberapa aset hartanah sepanjang tahun 2008-2013 antaranya kepada pengusaha haram. Nyatakan lokasi hartanah, harga jualan dan jumlah keuntungan?

    Klik jawapan »

  2. Siapakah pengusaha haram yang telah membeli hartanah PKPS?

    Klik jawapan »