75) CARUMAN KUBUR
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan jumlah caruman kubur Kerajaan Negeri Selangor bagi tahun 2006- 2014.
-
Senaraikan jumlah caruman kubur yang telah disalurkan mengikut pecahan daerah bagi tahun 2006-2014
-
Senaraikan permohonan dan projek yang telah diluluskan kepada Pejabat Daerah dan Tanah Gombak menggunakan caruman kubur bagi tahun 2008-2014.
75) PEMBANGUNAN DI KAWASAN CERUN
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan kawasan-kawasan cerun Kelas III dan IV yang ditolak permohonan pelan merancang dari 2008 - 2012.
-
Senaraikan pula yang diluluskan permohonan pelan merancang dari 2008 - 2012.
-
Bagi b), berapakah permohonan yang diluluskan setiap tahun dari 2008 - 2012.
75) PROGRAM BELIA DAN ANAK MUDA
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan
Kategori: Mulut
-
Sejauh manakah peluang pekerjaan disediakan oleh anak syarikat kerajaan negeri kepada Belia?
-
Apakah langkah- langkah yang akan diambil oleh pihak Kerajaan Negeri bagi membantu anak muda yang terhimpit dengan kos sara hidup yang tinggi seperti perlu menganggung yuran tinggi anak-anak di tadika dan taska?
-
Adakah kerajaan negeri bercadang untuk membina Pusat Kegiatan Belia di semua DUN?
75) MAKAM ANAK DARA TANJUNG KERAMAT KUALA SELANGOR
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Bertulis
-
Sejumlah RM127,365.00 diperuntukkan bagi kerja menaik taraf di Makam Anak Dara, Tanjung Keramat Kuala Selangor. Nyatakan nama syarikat kontraktor yang menjalankan kerja naik taraf?
-
Senaraikan spesifikasi secara lengkap kerja naik taraf yang dilakukan?
75) RUMAH-RUMAH IBADAT
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah
Kategori: Bertulis
-
Adakah prosedur, kajian secara rapi dan menyeluruh telah diadakan sebelum projek pembinaan rumah ibadat diluluskan di peringkat agensi kerajaan? Turut mengambil kira faktor kontraktor dan pendapat penduduk berdekatan sekiranya perlu
75) MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Wong Koon Mun
Kategori: Mulut
-
Terdapat penduduk tempatan mengadu bahawa Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) memberitahu beliau bahawa MDHS ÒTiada Peruntukan Yang CukupÓ untuk membaiki kerosakan yang dilaporkan. Berapakah Cukai Taksiran yang dikutip oleh MDHS pada tahun 2012?
-
Mengapakah MDHS menghadapi masalah peruntukan yang cukup untuk membaiki kerosakan yang dilaporkan oleh penduduk?
-
Bagaimanakah MDHS menggunakan Hasil Cukai Taksiran untuk menaik taraf infrastruktur dan menyelesaikan masalah penduduk tempatan?
75) PUSAT AKTIVITI WARGA EMAS (PAWE)
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Puan Pang Sock Tao
Kategori: Bertulis
-
Apakah status terkini pembangunan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) di Hulu Selangor, dan bilakah ia dijangka siap?
-
Apakah jenis dana atau peruntukan yang akan diperolehi dan kapasitinya sekiranya dibuka?
75) DANA PERTUBUHAN AGAMA DI SELANGOR
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan pecahan jumlah dana yang telah diberikan kepada rumah-rumah ibadah mengikut DUN bagi tahun 2013 dan 2014?
-
Apakah prosedur bagi memohon dana tersebut?
-
Apakah syarat-syarat utama bagi pembinaan sesebuah rumah-rumah ibadat yang baru?
75) INDUSTRI BATIK MALAYSIA
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Perindustrian
Adun: Y.B. Tuan Mohd Najwan Bin Halimi
Kategori: Mulut
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk membantu kemajuan industri tekstil Batik Malaysia?
-
Apakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menjadikan negeri Selangor sebagai salah satu hab untuk mempromosikan Batik Malaysia?
75) TAMAN SUBANG RIA
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Kategori: Bertulis
-
Apakah status permohonan mewartakan Taman Subang Ria di Subang Jaya sebagai kawasan hijau?
-
Adakah ratio kawasan hijau di Subang Jaya mencukupi dan jika tidak, nyatakan langkah-langkah yang akan diambil untuk mengatasinya?