8) PERUNTUKAN PERSEKUTUAN UNTUK SELANGOR
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Mulut
-
Berapakah terimaan kewangan oleh Kerajaan Negeri Selangor berdasarkan Perlembagaan pada tahun 2014?
-
Adakah segala terimaan peruntukan pada tahun 2014 telah dibelanjakan?
8) PASAR MALAM
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
-
Berapakah hasil cukai pasar malam di Meru yang telah dikutip sepanjang 2008 hingga 2010?
-
Berapakah jumlah yang telah dibayar kepada badan pengurusan pasar malam dan tunggakan yang belum dibayar mengikut setiap pasar malam yang beroperasi?
8) KESIHATAN MENTAL
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan statistik pengguna perkhidmatan kaunseling yang diterima oleh Pusat Kaunseling Selangor?
-
Apakah langkah-langkah yang akan diambil untuk meningkatkan bilangan pengguna perkhidmatan kaunseling tersebut?
8) SILIBUS MAJLIS ILMU MASJID DAN SURAU
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: hal ehwal islam
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Apakah hala tuju majlis-majlis ilmu dalam membentuk fikrah dan sahsiah umat Islam seluruh Selangor?
-
Apakah rancangan kerajaan untuk membangunkan silibus majlis ilmu ke arah cita-cita Selangor sebagai Baldatun Tayyibatun wa Rabbun Ghafur?
-
Apakah tiga bidang paling popular dalam majlis-majlis ilmu seluruh Selangor?
8) PROJEK PEMBANGUNAN LUAR BANDAR
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Pembangunan Luar Bandar
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri bagi melaksanakan projek pembangunan luar bandar yang lebih dinamik dan tersusun?
-
Senaraikan projek Kerajaan Negeri yang bernilai lebih RM10 juta di kawasan luas bandar pada tahun 2016
8) PROGRAM WIFI PERCUMA
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan lokasi-lokasi WiFi percuma menurut DUN.
-
Apakah tahap keberkesanan khidmat capaian WiFi percuma ini?
-
Berapakah yang telah dibelanjakan untuk menyediakan perkhidmatan WiFi percuma ini menurut DUN?
8) PENURUNAN HARGA PADI
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Bertulis
-
Apakah inisiatif kerajaan negeri untuk mengatasi masalah penurunan harga padi?
-
Apakah rancangan jangka masa panjang kerajaan negeri bagi menstrukturkan pelan untuk menjamin kebajikan para pengusaha padi.
8) SUBSIDI KOS IVF
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri dapat mempertimbangkan untuk bagi subsidi kepada program IVF?
-
Bagaimanakah Kerajaan Negeri dapat menggalakkan rakyat supaya dapat lahir anak Selangor?
8) PERPADUAN RAKYAT
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Perpaduan
Adun: Y.B. Puan Pua Pei Ling
Kategori: Bertulis
-
Apakah langkah Kerajaan Negeri untuk memupuk dasar perpaduan untuk pelaksanaan di Negeri Selangor?
-
Bagaimana Kerajaan Negeri memastikan bahawa dasar-dasar ini dilaksanakan dengan berkesan di semua peringkat masyarakat?
-
Adakah kerajaan menyediakan geran program kepada NGO atau perbadanan komuniti setempat bagi melaksanakan program komuniti yang berkonsepkan perpaduan rakyat? Ulaskan secara terperinci.
8) PELABURAN ASING DI NEGERI SELANGOR
Tahun: 2011
Sesi: 3
Isu: Pelaburan
Adun:
Kategori: Bertulis
-
Berapa banyakkah pelaburan asing di dalam negeri Selangor pada masa kini berbanding tahun 2007.
-
Jika ada pelaburan asing, ianya berdaya maju dan mampu untuk menyumbang kepada pendapatan negeri?