75) PELABURAN DI SELANGOR
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Apakah nilai keseluruhan pelaburan luar dan domestik di Selangor sepanjang tahun 2018?
-
Berapa banyak nilai pelaburan ini ialah pelaburan berteknologi tinggi dan melibatkan kegunaan Artificial Intelligence?
75) PENGGANTIAN PAIP AIR
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Gangguan bekalan air di Petaling Jaya Seksyen 14 sering berlaku disebabkan paip lama yang selalu pecah. Bilakah penggantian paip air akan dijalankan di kawasan berkaitan?
-
Sila nyatakan senarai projek penggantian paip oleh Air Selangor mengikut daerah.
75) RUMAH-RUMAH IBADAT
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah
Kategori: Bertulis
-
Adakah prosedur, kajian secara rapi dan menyeluruh telah diadakan sebelum projek pembinaan rumah ibadat diluluskan di peringkat agensi kerajaan? Turut mengambil kira faktor kontraktor dan pendapat penduduk berdekatan sekiranya perlu
75) WIFI PERCUMA DI DUN SUNGAI PELEK
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan
Kategori: Bertulis
-
Berkenaan dengan Projek Penambahan Lokasi Wifi Percuma dalam setiap DUN yang telah dicadangkan kepada Kerajaan Negeri, bilakah projek ini dilaksanakan?
75) MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Wong Koon Mun
Kategori: Mulut
-
Terdapat penduduk tempatan mengadu bahawa Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) memberitahu beliau bahawa MDHS ÒTiada Peruntukan Yang CukupÓ untuk membaiki kerosakan yang dilaporkan. Berapakah Cukai Taksiran yang dikutip oleh MDHS pada tahun 2012?
-
Mengapakah MDHS menghadapi masalah peruntukan yang cukup untuk membaiki kerosakan yang dilaporkan oleh penduduk?
-
Bagaimanakah MDHS menggunakan Hasil Cukai Taksiran untuk menaik taraf infrastruktur dan menyelesaikan masalah penduduk tempatan?
75) PERPUSTAKAAN DAERAH SEPANG
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan
Kategori: Mulut
-
Apakah status pembinaan Perpustakaan Daerah Sepang di BBST ?
75) HARGA RUMAH MAMPU MILIK
Tahun: 2018
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri Selangor berhasrat untuk membina rumah kos rendah di bawah harga Seratus Ribu Ringgit Malaysia (RM100,000.00) untuk golongan belia bawah umur 35 tahun?
75) PROJEK MARRIS 2014
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari
Kategori: Mulut
-
Berapa banyak peruntukkan MARRIS yang diterima pihak kerajaan negeri untuk tahun 2014 ?
-
Berapa banyak projek naik taraf yang telah dikenal pasti oleh pihak kerajaan Negeri ?
-
Berapa banyak telah disiapkan sila berikan peratusan mengikut majlis tempatan ?
75) PROGRAM PENINGKATAN HASIL PADI
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah Kerajaan untuk terus meningkatkan hasil padi Selangor?
-
Berapa peruntukan untuk melaksanakan program ini?
-
Sejauh mana perlaksanaan 'rice check' dilaksanakan oleh petani untuk meningkatkan hasil padi
75) PUSAT AKTIVITI WARGA EMAS (PAWE)
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Puan Pang Sock Tao
Kategori: Bertulis
-
Apakah status terkini pembangunan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) di Hulu Selangor, dan bilakah ia dijangka siap?
-
Apakah jenis dana atau peruntukan yang akan diperolehi dan kapasitinya sekiranya dibuka?