8) JAMBATAN KETIGA KLANG
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini pembinaan jambatan ketiga Klang?
-
Bagaimana proses dan berapakah kos pengambilalihan tanah bagi kawasan yang terlibat?
-
Nyatakan kos, nama syarikat kontraktor dilantik dan proses tender pembinaan?
8) MASJID DAN SURAU
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah masjid dan surau di sekitar kawasan DUN Permatang yang akan dinaiktaraf, dibaikpulih mahupun diselenggara serta nyatakan jumlah peruntukan yang akan diberikan secara terperinci?
8) HORAS
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini projek horas
-
Sejauh manakah kemampuan projek ini untuk memastikan bekalan air yang stabil di Selangor
-
Apakah faktor-faktor bagi memastikan kejayaan projek ini
8) TANAH WAKAF DI SELANGOR
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
-
Berapa banyakkah jumlah tanah wakaf di Negeri Selangor keseluruhannya dan berapakah yang telah dibangunkan dan terbiar?
-
Sejauh manakah MAIS telah menjalankan fungsi dan kuasanya terhadap tanah wakaf bagi mempertahankan hak dan kepentingan serta membangunkan ekonomi Umat Islam di Negeri Selangor? Apakah bentuk-bentuk pembangunan yang telah dilakukan di tanah wakaf dan sejauh manakah ia memberi manfaat kepada umat Islam terutamanya yang tidak berkemampuan?
-
Apakah terdapat kes-kes berkaitan tanah wakaf seperti pencerobohan, penjualan atau pembangunan tanah wakaf tanpa kebenaran MAIS sebagaimana yang didakwa berlaku di DUN Meru dan lain-lain? Jika ya, sila senaraikan
8) PROGRAM HIJRAH
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Puan Noor Hanim Binti Ismail
Kategori: Bertulis
-
Berapakah permohonan yang telah diluluskan setakat ini untuk program pinjaman Hijrah di setiap DUN?
-
Berapakah usahawan yang telah berjaya berhijrah dari miskin kepada kehidupan selesa?
-
Sejauh manakah pemantauan bagi program ini terhadap peminjam?
8) JELAJAH RUMPUN SELANGOR
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George
Kategori: Mulut
-
Berapa ramaikah yang telah mendapat manfaat daripada program ini dan telah dilaksanakan di mana?
-
Adakah program ini mencapai matlamat yang telah digariskan?
8) SUKAN
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin
Kategori: Bertulis
-
Selangor kini tertinggal dalam bidang sukan khususnya kepada Negeri Terengganu dan Johor. Apakah perancangan Kerajaan Negeri Selangor untuk kembali menjadi jaguh dalam sukan bola sepak, sukan air, padang dan balapan?
8) DERMASISIWA
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Mungkinkah Kerajaan Negeri akan dapat mengeluarkan Biasiswa/Dermasiswa untuk anak-anak Selangor yang melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi?
8) BANTUAN PERTANIAN OLEH KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin
Kategori: Bertulis
-
Apakah jenis bantuan pertanian yang disalurkan kepada petani pasca banjir yang terjejas teruk?
-
Nyatakan kawasan pertanian yang terjejas teruk akibat bencana banjir?
-
Berapakah peruntukan yang telah disalurkan setakat ini?
8) HAL EHWAL PENGGUNA
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Pua Pei Ling
Kategori: Bertulis
-
Apakah peranan kerajaan dalam urusan hal ehwal pengguna?
-
Apakah usaha kerajaan dalam menangani masalah atau isu penipuan "scammer"?
-
Bagaimanakah kerajaan dalam usaha membantu menigkatkan kesedaran hak pengguna ?