73) HIJRAH SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Mulut
-
Apakah sasaran seramai 56,000 seluruh negeri dan 1000 peserta setaip DUN peserta telah tercapai, sila berikan penyertaan setiap DUN?
-
Jika belum, senaraikan faktor yg menyebabkan ianya masih tidak mencapai sasaran?
-
Apakah penyertaan ini akan ditambah?
73) TEMBOK PENGHALANG BUNYI YANG RUNTUH ANTARA USJ3A/4 DENGAN LEBUHRAYA ELITE
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Bertulis
-
Apakah langkah-langkah yang telah diambil untuk menyelesaikan masalah bidang kuasa supaya pembaikian dapat dibuat untuk tembok penghalang bunyi yang runtuh antara USJ3A/4 dengan Lebuhraya ELITE?
73) PENYEDIAAN MAKANAN DI LORONG BELAKANG
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Apakah kerajaan bercadang untuk tegas mengambil tindakan tegas terhadap kedai-kedai makanan yang menjalankan aktiviti penyediaan makanan di lorong belakang melalui satu dasar yang seragam sedangkan banyak kedai masih degil?
73) ALAM SEKITAR
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah
Kategori: Bertulis
-
Bagaimanakah keberkesanan program Hari Tanpa Plastik kepada sikap dan cara hidup rakyat negeri Selangor selepas program tersebut berjalan dalam tempoh 5 tahun ini?
-
Apakah kerajaan negeri sudah mempunyai model kejayaan pelaksanaan program Local Agenda 21 (LA21), jika ada, dan jika tiada, apakah kerajaan negeri ada cadangan mewujudkan suatu program perintis untuk dijadikan contoh bagaimana program LA21 boleh dijayakan?
73) PAIP PECAH DI KAWASAN KUALA KUBU BHARU
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah kes paip pecah yang menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual di Kuala Kubu Bharu sejak tahun 2021 mengikut kawasan.
-
Adakah Air Selangor menyedari bahawa Hospital Kuala Kubu Bharu terkesan daripada kes paip pecah sejak bulan Februari 2022? Jika ya, nyatakan tindakan dan cadangan Air Selangor supaya tidak menyusahkan pesakit hospital tersebut.
-
Adakah Air Selangor akan melaksanakan kerja-kerja penggantian paip di kawasan Jalan Padang Tembak, Kuala Kubu Bharu pada tahun ini? Jika ya, nyatakan butir-butirnya.
73) PEMBATALAN PROJEK PEMBINAAN RUMAH SELANGORKU
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
-
Apakah syarat yang di tetapkan kepada pemaju perumahan rumah Selangorku?
-
Apakah syarat-syarat yang tidak dipatuhi punca pembatalan?
-
Apakah nama pemaju dan projek yang terlibat pembatalan ini?
73) MASALAH PELUANG PEKERJAAN
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Ahmad Mustain Bin Othman
Kategori: Mulut
-
Bagi mengimbangi populasi penduduk di Sabak Bernam yang lebih didominasi oleh warga emas. Apakah rancangan kerajaan menambah peluang pekerjaan yang banyak kepada anak muda di Sabak Bernam supaya mereka tidak berhijrah ke kawasan bandar?
73) PENGUATKUASAAN PAPAN IKLAN
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Apakah prosedur permohonan papan iklan rumah kedai?
-
Apakah spesifikasi papan iklan yang telah ditetapkan oleh kerajaan negeri?
-
Apakah tindakan kerajaan negeri sekiranya papan iklan yang dipasang tidak mengikut spesifikasi?
73) MENYEDIAKAN ATLET SELANGOR UNTUK MEMENANGI PINGAT EMAS PERTAMA DALAM OLIMPIK TOKYO 2020
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Dengan mensasarkan Olimpik Tokyo 2020, sejauh manakah Kerajaan Negeri boleh mengambil langkah proaktif mewujudkan penyelarasan antara Majlis-majlis Sukan Negeri dengan Majlis Sukan Negara?
-
Adakah terdapat halangan untuk Kerajaan Negeri diberikan bidang kuasa eksklusif untuk membangunkan potensi atlet sehingga berjaya memenangi pingat emas pertama daripada Olimpik Tokyo 2020?
-
Senaraikan acara-acara sukan yang berpotensi besar untuk memenangi pingat Olimpik
73) SENARAI TANAH DAN ASET MDKL DAN PTDKL
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan tanah komersial dan aset perniagaan kepunyaan MDKL dan PTDKL di dalam dan di luar Kuala Langat.
-
Nyatakan samada aset tersebut masih kosong atau tertakluk kepada mana-mana perjanjian JV.
-
Apakah perancangan PTDKL terhadap bangunan PTDKL lama?