73) BIASISWA MENTERI BESAR
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan
Kategori: Bertulis
-
Jumlah peruntukan dan jumlah penerima Program Tajaan Biasiswa Menteri Besar untuk kursus ijazah lanjutan di Negeri Selangor sehingga kini.
-
Sila nyatakan status Bank Pemikir Negeri Selangor (Selangor Brain Bank) seperti yang diwar-warkan di dalam Manifesto Pakatan Rakyat Negeri Selangor 2013.
73) PROGRAM-PROGRAM YANG TELAH DILAKSANAKAN DI BAWAH MERAKYATKAN EKONOMI SELANGOR (MES)
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan program-program yang telah dilaksanakan di bawah Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) sepanjang tahun 2009 dan 2010. Sila jelaskan apakah yang telah dicapai, berapakah jumlah dana yang belum dibelanjakan serta perancangan program MES.
73) AIR PERCUMA UNTUK PENDUDUK DI PANGSAPURI
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun:
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah diambil oleh kerajaan negeri untuk memastikan semua penduduk di pangsapuri dapat menikmati air percuma?
-
Berapa jumlah penduduk pangsapuri yang belum menikmati air percuma?
-
Apakah tindakan kerajaan negeri terhadap pengguna air yang mendakwa kerajaan negeri di mahkamah kerana tidak dapat menikmati air percuma?
73) PROJEK LEMBU TENUSU DAN AYAM DAGING OLEH PKPS
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan setakat ini bagaimanakah perkembangan projek tersebut ?
-
Sila perjelaskan apakah harapan dan potensi penternakan lembu tenusu dan ayam daging dalam konteks menjana perkembangan kemajuan pertanian Negeri Selangor ?
-
Sila nyatakan berapakah peruntukan yang telah disalurkan dalam menjayakan projek tersebut dan apakah jaminan pulangan pelaburan kepada PKPS ?
73) PERUNTUKAN SAR, SJKC, SJKT SEJAK 2008
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan peruntukan untuk semua sekolah SAR/SJKC/SJKT di DUN Selat Klang sejak 2008.
-
Senaraikan semua nama nama sekolah, amaun dan akaun penerima (samada pentadbiran sekolah/ PIBG/ Pengelola).
73) PUSAT DIALISIS RAKYAT
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Mulut
-
Berapa banyakkah Pusat Dialisis Rakyat yang telah beroperasi sepenuhnya?
-
Berapa ramaikah pesakit yang telah didaftarkan melalui program ini? Sila pecahkan mengikut Dun?
-
Berapa banyak lagikah Pusat Dialisis yang masih belum beroperasi dan apakah masalah yang menyebabkan ianya masih tertangguh?
73) BANGUNAN BARU MAJLIS PERBANDARAN HULU SELANGOR (MPHS)
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Adakah UPEN telah memberikan kebenaran kepada MPHS untuk membina bangunan baru? Jika ya, nyatakan butir-butirnya seperti tapak, kerja-kerja tanah, ketinggian bangunan dan lain-lain.
73) PENSTRUKTURAN SEMULA ANAK-ANAK SYARIKAT KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
-
Apakah pelan tindakan Kerajaan Negeri Selangor bagi tahun 2013-2018 dalam menstruktur semula Anak Kerajaan Selangor supaya lebih kompetitif?
-
Apakah kriteria untuk projek usaha sama yang diceburi oleh anak syarikat dan senaraikan projek usaha sama anak syarikat bagi tahun 2008-2015?
73) Pusat Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS)
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan akan mengembalikan program Pusat Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS)?
-
Jika ya, nyatakan masa yang akan dimulakan.
-
Jika tidak, nyatakan sebab-sebabnya.
73) KEMPEN KESEDARAN ALAM SEKITAR
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Bertulis
-
Menghadapi situasi Covid-19 semakin serius, bagaimana Kerajaan Selangor dapat terus mempromosikan atau menganjurkan beberapa aktiviti perlindungan alam sekitar secara dalam talian atau bagaimana boleh meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap isu alam sekitar?