73) DASAR TANAH SELANGOR
Tahun: 2018
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan syarat-syarat permohonan pemberimilikan tanah dan TOL yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri.
-
Adakah Kerajaan Negeri akan kaji semula syarat-syarat permohonan tersebut memandangkan kebanyakan permohonan terhadap tanah kosong tidak dapat diproses?
-
Adakah Kerajaan Negeri akan mengkaji semula kadar premium tanah yang diamalkan selama ini?
73) KOS PENYELENGGARAAN JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG (JKKK)
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong
Kategori: Mulut
-
Tidak seperti Ahli Majlis pihak berkuasa tempatan yang dapat peruntukan untuk membayar perbelanjaan pejabat, JKKK perlu menanggung segala perbelanjaannya termasuk membayar bil elektrik dan air bagi dewan JKKK. Adakah Kerajaan Negeri bersedia untuk memberi bantuan kewangan kepada JKKK?
73) LESEN HIBURAN
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Berapakah bilangan lesen dan premis hiburan yang diluluskan mengikut PBT-PBT?
-
Apakah bilangan pusat-pusat hiburan tanpa lesen yang dapat dikesan mengikut PBT PBT dan apakah langkah untuk menghapuskan pusat-pusat tersebut.
73) MASALAH JALAN RANAP DAN HAKISAN TANAH
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan apakah punca utama yang menyebabkan berlakunya jalan ranap dan runtuh di Jalan Utama Bagan Sekinchan Menuju ke Sungai Labu dalam tempoh masa 2 tahun?
-
Sila nyatakan apakah kaedah penambahbaikan yang bakal dilakukan oleh pihak Jabatan Kerja Raya Negeri bagi menyelesaikan masalah tersebut secara tuntas?
-
Sila nyatakan nama kontraktor yang dilantik dan nama Lembaga Pengarah serta berapakah jumlah peruntukan yang disalurkan untuk kerja-kerja tersebut?
73) SISTEM KOMUNIKASI JALUR LEBAR DAN PERANCANGA PEMBANGUNAN SEIMBANG PELABUHAN KLANG
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah
Kategori: Mulut
-
Selain industri perkapalan dan pelabuhan sebagai pintu masuk utama negara, Pelabuhan Klang juga sesuai dimajukan sebagai kawasan di mana sistem komunikasi jalur lebar diperluaskan untuk tarikan kepada peniaga dan usahawan yang terlibat dalam aktiviti import dan eksport. Adakah Kerajaan Negeri membuat pelaburan ke atas sistem ICT dan komunikasi untuk jaringan hubungan yang lebih maju, hebat dan pesat?
-
Apakah usaha dan pembangunan mapan yang seimbang di dalam perancangan Kerajaan untuk menjadikan Pelabuhan Klang kawasan yang maju serta berdaya saing kerana kawasan ini terkenal dengan industri perkapalan serta pelabuhan utama negara?
73) PEMBELAAN KAUM PEKERJA – INSTITUT PEMBEDAYAAN PEKERJA
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Mulut
-
Apakah rancangan Institut tersebut dalam kontek Akta Pehubungan Perusahaan 1967 , Akta Kerja , Akta Kesatuan Sekerja æ, ILO Konvensyen 87 dan 98 ?
73) TASKA
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Puan Pang Sock Tao
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan jumlah pusat penjagaan kanak-kanak di tempat bekerja (awam, swasta, awam & swasta) di Negeri Selangor mengikut daerah.
-
Sila senaraikan semua pusat penjagaan kanak-kanak atau tadika di bangunan Kerajaan Negeri Selangor dan nyatakan bilangan kanak-kanak serta yuran yang dikenakan.
-
Apakah bentuk insentif yang disediakan oleh Kerajaan Negeri bagi menggalakkan pihak swasta menyediakan nurseri kanak-kanak untuk warga kerja mereka?
73) PEMUTIHAN KILANG HARAM
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong
Kategori: Bertulis
-
Berapakah peratus kejayaan pemutihan kilang haram dari 2008 hingga 2013?
-
Adakah Kerajaan Negeri melonggarkan syarat teknikal PBT supaya dapat mempercepatkan kaedah pemutihan?
-
Apakah langkah yang akan diambil terhadap pengusaha-pengusaha kilang haram yang enggan diputihkan?
73) CADANGAN PERSEMPADANAN SEMULA SPR
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei
Kategori: Mulut
-
Dengan adanya bilangan pengundi yang meningkat di negeri Selangor, apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk menambah bilangan kerusi pilihanraya di peringkat DUN dan Parlimen?
-
Apakah halangan kepada rancangan ini sekiranya ada?
73) KUIL-KUIL AGAMA HINDU
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Selain Islam
Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah kuil-kuil agama Hindu yang telah dirobohkan oleh Kerajaan Negeri Selangor di bawah pimpinan Kerajaan terdahulu iaitu Barisan Nasional dan juga yang telah disenaraikan hitamkan untuk dirobohkan?
-
Berapakah jumlah kuil-kuil agama Hindu yang didirikan di atas tanah yang dimiliki oleh kuil Hindu tersebut dan jika kuil-kuil Hindu itu tidak mempunyai dokumen Hak milik Tanahnya sendiri, apakah langkah-langkah yang telah diambil untuk memberikan Suratan Hak milik Tanah bagi kesemua Kuil-Kuil Hindu yang tidak mempunyainya?
-
Apakah tindakan-tindakan yang telah dan akan diambil ke atas penceroboh-penceroboh dan mereka yang telah memusnahkan serta menghina kuil-kuil Hindu yang telah dirobohkan oleh Kerajaan terdahulu iaitu Barisan Nasional.