73) ALAM SEKITAR
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah
Kategori: Bertulis
-
Bagaimanakah keberkesanan program Hari Tanpa Plastik kepada sikap dan cara hidup rakyat negeri Selangor selepas program tersebut berjalan dalam tempoh 5 tahun ini?
-
Apakah kerajaan negeri sudah mempunyai model kejayaan pelaksanaan program Local Agenda 21 (LA21), jika ada, dan jika tiada, apakah kerajaan negeri ada cadangan mewujudkan suatu program perintis untuk dijadikan contoh bagaimana program LA21 boleh dijayakan?
73) PEMBATALAN PROJEK PEMBINAAN RUMAH SELANGORKU
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
-
Apakah syarat yang di tetapkan kepada pemaju perumahan rumah Selangorku?
-
Apakah syarat-syarat yang tidak dipatuhi punca pembatalan?
-
Apakah nama pemaju dan projek yang terlibat pembatalan ini?
73) PJD LINK
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Ronnie Liu Tian Khiew
Kategori: Mulut
-
Mengapa sehingga kini Kerajaan Negeri Selangor masih belum mengatakan tidak kepada PJD LINK?
73) PEMELIHARAN ALAM SEKITAR
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri untuk menjunjung Perjanjian Cancun?
-
Sila berikan jumlah penggunaan beg plastik di Selangor sebelum dan selepa kempen ÒNo Plastic Bag DayÓ.
73) PROJEK PENGGANTIAN PAIP DAN PENAMBAHBAIKAN
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan kesemuaan projek-projek penggantian paip air bermula tahun 2018 sehingga kini di bawah DUN Bandar Utama.
-
Sila senaraikan apa-apa penambahbaikan tambahan yang telah dijalankan bertujuan untuk membantu isu gangguan air di bawah DUN Bandar Utama.
73) MENYEDIAKAN ATLET SELANGOR UNTUK MEMENANGI PINGAT EMAS PERTAMA DALAM OLIMPIK TOKYO 2020
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Dengan mensasarkan Olimpik Tokyo 2020, sejauh manakah Kerajaan Negeri boleh mengambil langkah proaktif mewujudkan penyelarasan antara Majlis-majlis Sukan Negeri dengan Majlis Sukan Negara?
-
Adakah terdapat halangan untuk Kerajaan Negeri diberikan bidang kuasa eksklusif untuk membangunkan potensi atlet sehingga berjaya memenangi pingat emas pertama daripada Olimpik Tokyo 2020?
-
Senaraikan acara-acara sukan yang berpotensi besar untuk memenangi pingat Olimpik
73) SENARAI TANAH DAN ASET MDKL DAN PTDKL
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan tanah komersial dan aset perniagaan kepunyaan MDKL dan PTDKL di dalam dan di luar Kuala Langat.
-
Nyatakan samada aset tersebut masih kosong atau tertakluk kepada mana-mana perjanjian JV.
-
Apakah perancangan PTDKL terhadap bangunan PTDKL lama?
73) PERODUA JALAN UNIVERSITI
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Senaraikan tindakan tindakan penguatkuasaan terhadap permis Perodua Jalan Universiti sejak perkara ini dibincang dalam sidang dewan yang lepas.
73) LESEN HIBURAN
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Berapakah bilangan lesen dan premis hiburan yang diluluskan mengikut PBT-PBT?
-
Apakah bilangan pusat-pusat hiburan tanpa lesen yang dapat dikesan mengikut PBT PBT dan apakah langkah untuk menghapuskan pusat-pusat tersebut.
73) PENYELENGGARAAN BAHU JALAN, RUMPUT DAN PERPARITAN JALAN NEGERI DAN PERSEKUTUAN BAWAH JKR DI DUN MERU
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
-
Bolehkah pihak MPK menuntut balik bayaran atas kerja-kerja kecemasan di bawah seliaan JKR?
-
Apakah tindakan terhadap kontraktor yang gagal patuh syarat pemotongan rumput?
-
Bilakah tempoh dapat diselesaikan masalah bahu jalan berlopak, rendah dan bertimbun tanah di DUN Meru?