72) BANJIR KILAT YANG MELANDA DUN KOTA ALAM SHAH PADA 30HB MAC, 2012.
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam
Kategori: Mulut
-
Adakah terdapat apa-apa sabotaj oleh mana-mana pihak di atas kejadian banjir kilat teruk yang melanda DUN Kota Alam Shah pada 30 Mac, 2012 yang lalu?
-
Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi mengatasi masalah banjir kilat di DUN Kota Alam Shah pada masa akan datang?
-
Adakah Kerajaan Negeri Selangor mempunyai Jurutera Pakar mereka sendiri untuk mengkaji cara-cara bagi mengatasi masalah banjir di seluruh Bandar DiRaja Klang?
72) RUMAH REHAT SRI BERKAT DI BUKIT FRASER
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Status terkini kerja-kerja pembaikan dan menaiktaraf Rumah Rehat Sri Berkat, Bukit Fraser yang dilakukan oleh pihak JKR.
-
Nyatakan jumlah bangunan termasuk bilik dalam Rumah Rehat Sri Berkat.
-
Adakah Kerajaan Negeri berhasrat mewartakan Rumah Rehat Sri Berkat sebagai bangunan warisan negara memandangkan ia merupakan bangunan
berusia lebih kurang 100 tahun dan boleh dikatakan antara bangunan bersejarah yang unik serta bercirikan seni bina Inggeris? Jika ya, nyatakan butir-butirnya.
* ketiga-tiga soalan ini pernah ditanya pada Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023 tapi tidak dapat jawapan
72) INSENTIF PERKAHWINAN BELIA
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Mulut
-
Berapa jumlah pemohon dan penerima insentif perkahwinan belia pada tahun 2014?
-
Apakah jaminan kerajaan negeri meningkatkan insentif tersebut sejajar dengan kos sara hidup masa kini?
72) KUTIPAN WANG ZAKAT
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Berapakah kutipan zakat yang diperoleh pada tahun 2014 dan 2015?
-
Sebanyak mana wang zakat dibelanjakan kepada keperluan asnaf pada tahun 2014 dan 2015 dan berapa jumlah penerima?
-
Berapa banyak wang zakat digunakan untuk menaja pelajar Islam di institut pengajian tinggi dalam dan luar negara serta berapa ramai jumlah pelajar yang ditaja?
72) JOM KERJA PENCAPAIAN
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Bertulis
-
Apakah kejayaan program jom kerja yang telah di adakan di beberapa DUN sehingga menjadi satu program ikut-ikutan kelab belia 1 Malaysia dan pemuda dan Puteri UMNO bahagian subang
72) PERUBATAN PERCUMA WARGA EMAS
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Mulut
-
Apakah statistik terkini pemberian khidmat perubatan percuma kepada warga emas?
-
Berapakah jumlah warga emas yang telah menerima perkhidmatan ini?
72) KAMERA BADAN BAGI PEGAWAI PBT YANG MENJALANKAN TUGAS
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Mulut
-
Apakah Kerajaan Negeri telah membuat kajian (e.g. kos) ataupun keputusan terhadap saranan supaya pegawai-pegawai Kerajaan Tempatan yang bertugas di kawasan awam wajib untuk memakai kamera badan? Jika ya, sila terangkan status terkini.
73) INTEGRITY PACT
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Dato' Ir. Muhammad Bushro Bin Mat Johor
Kategori: Bertulis
-
Bagaimanakah mekanisme pelaksanaan Integrity Pact ini dan siapakah yang akan mengawalnya?
-
Apakah telah ada wujud model Integrity Pact yang telah diamalkan dan menjadi rujukan (best practice)?
-
Apakah projek-projek penting kerajaan negeri sekarang yang telah dan akan mengguna pakai Integrity Pact?
73) PUSAT DIALISIS RAKYAT
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Mulut
-
Berapa banyakkah Pusat Dialisis Rakyat yang telah beroperasi sepenuhnya?
-
Berapa ramaikah pesakit yang telah didaftarkan melalui program ini? Sila pecahkan mengikut Dun?
-
Berapa banyak lagikah Pusat Dialisis yang masih belum beroperasi dan apakah masalah yang menyebabkan ianya masih tertangguh?
73) BANGUNAN BARU MAJLIS PERBANDARAN HULU SELANGOR (MPHS)
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Adakah UPEN telah memberikan kebenaran kepada MPHS untuk membina bangunan baru? Jika ya, nyatakan butir-butirnya seperti tapak, kerja-kerja tanah, ketinggian bangunan dan lain-lain.