72) MASALAH AKSES BEKALAN AIR LEBIH 10 TAHUN DI KAMPUNG ORANG ASLI SUNGAI BUAH
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Seri Jamil Bin Salleh
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah Kerajaan Selangor untuk mengatasi tiadanya akses terhadap 14 buah rumah orang asli di Kampung orang asli Sungai Buah Dalam yang sudah berlarutan lebih 10 tahun?
72) PEMBAYARAN CAJ LETAK KERETA
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Bertulis
-
Perak telah melancarkan aplikasi pintar letak kereta, iaitu Park@Perak demi memudahkan cara pembayaran caj letak kereta di seluruh negeri, adakah Kerajaan Negeri Selangor berhasrat untuk berbuat demikian juga?
72) JUMLAH TANAH KERAJAAN
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah tanah milik Kerajaan Selangor yang digazetkan sebagai hutan simpanan kekal ?
-
Berapakah bilangan yang diluluskan untuk permohonan TOL dan geran milik kekal sepanjang tahun 2008 hingga 2011 ?
72) TAMAN KEKAL PENGELUARAN MAKANAN (TKPM) SELANGOR
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Apakah status pelaksanaan TKPM di Selangor?
-
Apakah objektif dan matlamat kerajaan negeri mewujudkan TKPM?
-
Berapakah peruntukan yang disediakan bagi menjayakan TKPM?
72) RUMAH PRIHATIN
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan jumlah rumah prihatin yang telah dibina mengikut pecahan daerah daripada tahun 2007-2011.
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam menyediakan kawasan perumahan yang mampu didiami oleh golongan berpendapatan rendah?
72) BANTUAN ASNAF LEMBAGA ZAKAT SELANGOR (LZS)
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik
Kategori: Mulut
-
Bagaimanakah LZS memastikan bahawa penerima bantuan asnaf zakat Selangor adalah yang berkelayakan dan bukan yang dipalsukan?
-
Apakah tindakan yang dikenakan ke atas penerima bantuan asnaf yang memalsukan maklumat mereka?
72) TADIKA RAKYAT
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Berapakah peruntukkan yang diluluskan untuk pembinaan Tadika Rakyat?
-
Nyatakan kriteria pemilihan tapak Tadika Rakyat. Senaraikan Tadika Rakyat yang tela dikenal pasti dan anggaran kos bagi setiap satu.
-
Apakah prosedur bagi permohonan membina Tadika Rakyat di sesuatu kawasan?
72) WIFI SELANGORKU UNTUK PANGSAPURI SRI TANJUNG USJ16
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri sudi memasang kemudahan Wifi Selangorku untuk Pengsapuri Sri Tanjung di USJ 16?
72) RUMAH REHAT KUALA KUBU BHARU
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri mengetahui Rumah Rehat Kuala Kubu Bharu di Jalan Padang Golf yang amat bersejarah telah lama terbiar? Jika ya, nyatakan punca terbiar itu.
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri yang akan diambil bagi membaikpulih Rumah Rehat Kuala Kubu Bharu sebagai tempat yang menarik pelancong dan digunakan untuk menyambut Dato' Menteri Besar seperti dulu?
72) MASJID JAMEK KANCHONG DARAT
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Haji Hasiman Bin Sidom
Kategori: Bertulis
-
Semasa kerajaan Barisan Nasional memerintah Negeri Selangor telah ada cadangan membina semula/baru Masjid Jamek Kanchong Darat dan telah dibawa dalam Mesyuarat Tindakan Daerah Kuala Langat pada masa itu. Ini adalah kerana masjid tersebut tidak dapat menampung kehadiran jemaah di waktu sembahyang Jumaat dan Hari Kebesaran. Mujur ada kebenaran dari pihak JAIS untuk menggunakan surau sebagai tempat sembahyang pada hari-hari utama dan kebesaran. Apakah cadangan tersebut masih berkuat kuasa atau telah di tamatkan?
-
Mengapa tiada usaha ke arah pembinaan masjid baru tersebut sehingga hari ini?
-
Adakah kutipan derma masjid masih dijalankan dan siapakah yang memegang amanah Tabung Pembinaan masjid baru berkenaan?