72) HARTANAH PKNS DI WILAYAH PERSAEKUTUAN KUALA LUMPUR

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari

Kategori: Mulut


  1. Berapa jumlah hartanah dan aset dari segi keluasan dan nilai milik Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur?

    Klik jawapan »

  2. Apakah dasar kerajaan negeri, dalam memaju semula aset-aset terbabit yang sebahagianya telah ketinggalan zaman dan lusuh?

    Klik jawapan »

  3. Bagaimana kerajaan negeri akan menyalur semula keuntungan dan laba yang diperolehi dari aset Ðaset terbabit untuk kesejahteraan dan pembangunan rakyat Selangor?

    Klik jawapan »

72) BIASISWA ATAU PINJAMAN UNTUK PELAJAR PENGAJIAN TINGGI

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Ir. Muthiah A/l Maria Pillay

Kategori: Bertulis


  1. Adalah menjadi tugas utama sebuah kerajaan memberi pendidikan percuma kepada semua rakyatnya sekurang-kurangnya sehingga memperoleh ijazah pertama. Pinjaman PTPTN yang disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan tidak dapat membiayai semua kos bagi seseorang pelajar. Mereka masih terpaksa minta bantuan kewangan daripada pihak - pihak tertentu. Kerajaan Negeri pula tidak meluluskan pinjaman atau biasiswa tambahan kepada pelajar yang mendapat pinjaman PTPTN. Apakah langkah yang boleh diambil oleh kerajaan bagi menyelesaikan perkara tersebut ?

    Klik jawapan »

72) PELUANG PEKERJAAN BELIA

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Pekerjaan

Adun:

Kategori: Mulut


  1. Bagaimanakah kadar pengangguran di Selangor sekarang?

  2. Berapakah peluang pekerjaan yang telah berjaya diwujudkan di Selangor dan jenisnya dari 2008 hingga 2012?

  3. Apakah skim latihan atau insentif untuk membantu meningkatkan kemahiran belia?

72) TANAH UNTUK PERTANIAN

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Bertulis


  1. Adakah pihak Kerajaan Negeri akan membuka tanah untuk diteroka oleh petani-petani bagi menjana ekonomi dan memberi pekerjaan bagi para penganggur?

    Klik jawapan »

  2. Apakah bantuan yang diberikan kepada mereka yang ingin memulakan usaha pertanian?

    Klik jawapan »

  3. Adakah dikenal pasti tanaman apa yang mampu memberi pulangan yang baik kepada pengusaha?

    Klik jawapan »

72) PROJEK TERBENGKALAI KG. KOSKAN

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Bertulis


  1. Apakah Pelan Tindakan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi meningkatkan keefisienan dan mutu perkhidmatan PBT supaya responsif terhadap aduan rakyat?

    Klik jawapan »

  2. Apakah perancangan Kerajaan Negeri Selangor bagi meningkatkan hasil untuk PBT?

    Klik jawapan »

  3. Adakah Kerajaan Negeri Selangor memberikan peruntukan khas untuk menaik taraf premis perniagaan PBT dan membina premis perniagaan baru bagi membekalkan ruang perniagaan kepada peniaga kecil dan sederhana?

    Klik jawapan »

72) PAMPASAN PEMBELI ARMADA PUTRA

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut


  1. Merujuk kepada Usul No. 18 Tahun 2010 berkenaan ÓTuntutan Pampasan Pembeli Armada PutraÓ: Apakah tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri terhadap usul ini?

    Klik jawapan »

  2. Berapa ramaikah pembeli yang terlibat dalam pembelian hartanah di Armada Putra?

    Klik jawapan »

  3. Berapakah anggaran pembayaran pampasan yang akan ditanggung oleh anak syarikat Kerajaan Negeri berkenaan?

    Klik jawapan »

72) PERANCANGAN PEMBANGUNAN DAN PERUNTUKAN KAMPUNG BARU DUN SELAT KLANG

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Pembangunan Kampung

Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali

Kategori: Bertulis


  1. Senaraikan semua projek di bawah Kerajaan Selangor dari 2008- 2017 untuk Pulau Ketam.

    Klik jawapan »

  2. Senaraikan semua projek di bawah Kerajaan Selangor dari 2008- 2017 untuk Kampung Sg Lima

    Klik jawapan »

  3. Senaraikan semua projek di bawah Kerajaan Selangor dari 2008- 2017 untuk Bagan Hailam.

    Klik jawapan »

72) SUKAN

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Bertulis


  1. Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk menggalakkan golongan belia terlibat dalam kegiatan sukan di Negeri Selangor ?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah perbelanjaan yang telah diperuntukkan dalam tahun 2010 mengikut daerahdaerah yang telah disediakan oleh Kerajaan Negeri bagi membangunkan aktiviti sukan di Negeri Selangor ?

    Klik jawapan »

72) BANJIR KILAT YANG MELANDA DUN KOTA ALAM SHAH PADA 30HB MAC, 2012.

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam

Kategori: Mulut


  1. Adakah terdapat apa-apa sabotaj oleh mana-mana pihak di atas kejadian banjir kilat teruk yang melanda DUN Kota Alam Shah pada 30 Mac, 2012 yang lalu?

    Klik jawapan »

  2. Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi mengatasi masalah banjir kilat di DUN Kota Alam Shah pada masa akan datang?

    Klik jawapan »

  3. Adakah Kerajaan Negeri Selangor mempunyai Jurutera Pakar mereka sendiri untuk mengkaji cara-cara bagi mengatasi masalah banjir di seluruh Bandar DiRaja Klang?

    Klik jawapan »

72) RUMAH REHAT SRI BERKAT DI BUKIT FRASER

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Bertulis


  1. Status terkini kerja-kerja pembaikan dan menaiktaraf Rumah Rehat Sri Berkat, Bukit Fraser yang dilakukan oleh pihak JKR.

    Klik jawapan »

  2. Nyatakan jumlah bangunan termasuk bilik dalam Rumah Rehat Sri Berkat.

    Klik jawapan »

  3. Adakah Kerajaan Negeri berhasrat mewartakan Rumah Rehat Sri Berkat sebagai bangunan warisan negara memandangkan ia merupakan bangunan
    berusia lebih kurang 100 tahun dan boleh dikatakan antara bangunan bersejarah yang unik serta bercirikan seni bina Inggeris? Jika ya, nyatakan butir-butirnya.

    * ketiga-tiga soalan ini pernah ditanya pada Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023 tapi tidak dapat jawapan

    Klik jawapan »