71) TANAH RIGHT OF WAY (R.O.W)
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
-
Tanah Right of Way (R.O.W) merupakan salah satu sumber hasil untuk Kerajaan Negeri Selangor. Adakah semua R.O.W untuk lebuhraya di Negeri Selangor telah digazetkan dan senaraikan R.OW yang telah digazetkan mengikut pecahan daerah bagi tahun 2001 hingga 2011.
-
Senaraikan lokasi dan jumlah hasil lesen billboard yang diperolehi daripada billboard yang didirikan dalam R.O.W di Negeri Selangor mengikut pecahan PBT bagi tahun 2000 hingga 2011.
71) MEMANDANGKAN SETAKAT INI ISU PEMBUANGAN SAMPAH HARAM MASIH BELUM DIKAWAL SEPENUHNYA
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan
Kategori: Bertulis
-
Apakah Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan masalah tersebut?
71) PROJEK DEMAND RESPONSIVE TRANSIT (DRT)
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Ong Chun Wei
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam memperluaskan perkhidmatan DRT dan Bas Smart Selangor dalam kawasan pentadbiran MPKj dan DUN Balakong khususnya?
71) PROSES TARIKH PERMOHONAN
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: hal ehwal islam
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Berkenaan dengan tauliah mengajar di surau dan masjid seluruh Selangor, berapa lamakah proses untuk memperoleh bermula dari tarikh permohonan ?
71) KAWASAN BERPENDUDUK DI SELANGOR YANG TIADA PERKHIDMATAN INTERNET 4G
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Antara perancangan yang sedang rancak dilaksanakan oleh syarikat pembekal telekomunikasi bermula dari September 2020 sehingga penghujung tahun 2022 ialah pembinaan 345 menara baru di kawasan bandar, pinggir bandar dan kawasan kampung serta naiktaraf 6,803 stesen pemancar 4G. Apakah status sekarang?
71) ISU PERLANTIKAN AHLI MAJLIS
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan kesemua Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang telah dilantik berkuatkuasa 1 Januari 2024 mengikut parti, PBT, umur, jantina, nombor telefon dan alamat emel serta kelulusan akademik tertinggi, tahun dilantik sebagai Ahli Majlis dalam penggal-penggal sebelumnya serta bilangan tahun/bulan berkhidmat sebagai Ahli Majlis.
71) JANJI MANIFESTO
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Mulut
-
Apakah status pelaksanaan setiap janji dalam manifesto tersebut?
-
Berapakah jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan untuk perlaksanaan setiap satu janji tersebut dari 2008 hingga 2012 dan berapa orangkah yang telah menerima manfaatnya?
-
Apakah kerajaan negeri bercadang untuk meminda mana-mana manifesto yang gagal ditunaikan?
71) PELABURAN
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jenis dan nilai pelaburan yang masuk ke Selangor sepanjang 2015?
-
Apakah perkembangan atau status kemajuan terkini Zon Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ)?
-
Apakah unjuran pulangan kepada kerajaan dalam bentuk tunai dalam membangunkan Science Park 2?
71) MENGGUBAL UNDANG-UNDANG ISLAM
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Nushi Bin Mahfodz
Kategori: Mulut
-
Apakah usaha yang telah dilakukan Kerajaan Negeri dalam menyahut titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor supaya ditubuhkan jawatankuasa khas bagi mengkaji kompetensi Dewan Undangan Negeri untuk menggubal undang-undang Islam di bawah Enakmen Negeri?
71) PROGRAM KEUSAHAWANAN DAN INOVASI NEGERI SELANGOR (KINS)
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah penerima program KINS dari 2013-2015?
-
Nyatakan jumlah dana yang diluluskan, tahun terima dan tempoh pinjaman program tersebut?