71) PELAN PEMBANGUNAN KEMUDAHAN AWAM DAN PENGANGKUTAN AWAM
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Adakah Pihak Berkuasa Tempatan dalam Negeri Selangor akan merancangkan untuk menerbitkan pelan utama untuk meningkatkan bilangan dan kapasiti kemudahan awam, selaras dengan piawaian yang ditetapkan dalam Rancangan Negeri Selangor 2035?
-
Apakah kesudahan penyerahan "Selangor Transportation Masterplan" kepada Kerajaan Persekutuan?
71) INFRASTUKTUR DAN KEMUDAHAN TANAH PERKUBURAN LAMA
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Mulut
-
Memandangkan infrastruktur dan kemudahan awam di tanah perkuburan lama tiada dan kadangkala amat uzur, apakah ada usaha untuk menyediakan inventori tentang isu ini?
-
Apakah langkah perancangan Kerajaan Negeri Selangor dalam memastikan infrastruktur dan kemudahan ini disediakan?
-
Di bawah tanggungjawab agensi mana?
71) SURAU AL-FALAH PEKAN BANTING
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini perbincangan JAIS dengan Ehsan Istimewa Sdn Bhd terhadap tanah seluas 0.2 ekar yang diduduki Surau Al-Falah Pekan Banting?
71) BANTUAN NGO KERAJAAN PRIHATIN
Tahun: 2018
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah peruntukan RM500 ribu bantuan NGO Kerajaan Prihatin yang telah disalurkan kepada NGO pada tahun ini.
-
Apakah modus operandi permohonan bantuan tersebut memandangkan terdapat EXCO-EXCO baru selepas PRU ke-14?
71) INFRASTRUKTUR SEKOLAH DAN HOSPITAL
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
-
Apakah telah ada permohonan Kebenaran Merancang bagi Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Kapar dan Hospital Baharu di Mukim Kapar?
-
Apakah status tukar hak milik tanah tersebut?
-
Apakah sokongan kerajaan Selangor, bagi mempercepatkan projek ini siap?
71) PERANAN PEGAWAI KESIHATAN PERUBATAN DAERAH
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin
Kategori: Bertulis
-
Apakah peranan Pegawai Kesihatan Perubatan Daerah (District Medical Health Officer)?
71) PENARIKAN DIRI OLEH PENGILANG-PENGILANG ASING
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah
Kategori: Bertulis
-
Terdapat berapa bilangan pengilang telah menarik diri dari Selangor?
-
Setakat ini berapa orang pekerja kilang dibuang kerja kerana penarikan diri pengilang asing?
-
Apakah tindakan atau bantuan kerajaan negeri kepada pengilang-pengilang asing untuk terus beroperasi di Negeri Selangor?
71) PENGAWALAN PEMBAKARAN SECARA TERBUKA
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Mulut
-
Apakah usaha-usaha yang dilakukan oleh pihak kerajaan dalam mengawal pembakaran secara terbuka sejak tahun 2008?
-
Sila maklumkan jumlah kes-kes pembakaran secara terbuka mengikut daerah mulai Jan 2008 hingga Jun 2009.
-
Sila nyatakan sebab-sebab pembakaran secara terbuka tidak dapat dikawal.
71) NAIKTARAF INFRASTRUKTUR JALAN
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menaiktaraf persimpangan Perodua ke Sungai Choh ( jalan kecil ) dan juga kesasakan (waktu puncak dan cuti umum) berlaku persimpangan lampu isyarat di Batang Kali(projek jambatan baru dalam pembinaan) kepada cadangan dua lorong sangat diperlukan.
71) BEKALAN ELEKTRIK
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Puan Pang Sock Tao
Kategori: Bertulis
-
Apakah rancangan Kerajaan untuk meningkatkan kualiti bekalan elektrik di kawasan Kuala Kubu Baharu? Nyatakan projek jangka masa panjang dan pendek secara terperinci.
-
Adakah bekalan elektrik di Hulu Selangor mencukupi dengan perkembangan industri, komersial, dan perumahan yang semakin pesat di sekitarnya? Jika tidak, nyatakan rancangan jangka masa panjang dan projek terlibat.