71) PROJEK DEMAND RESPONSIVE TRANSIT (DRT)
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Ong Chun Wei
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam memperluaskan perkhidmatan DRT dan Bas Smart Selangor dalam kawasan pentadbiran MPKj dan DUN Balakong khususnya?
71) JANJI MANIFESTO
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Mulut
-
Apakah status pelaksanaan setiap janji dalam manifesto tersebut?
-
Berapakah jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan untuk perlaksanaan setiap satu janji tersebut dari 2008 hingga 2012 dan berapa orangkah yang telah menerima manfaatnya?
-
Apakah kerajaan negeri bercadang untuk meminda mana-mana manifesto yang gagal ditunaikan?
71) NAIKTARAF INFRASTRUKTUR JALAN
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menaiktaraf persimpangan Perodua ke Sungai Choh ( jalan kecil ) dan juga kesasakan (waktu puncak dan cuti umum) berlaku persimpangan lampu isyarat di Batang Kali(projek jambatan baru dalam pembinaan) kepada cadangan dua lorong sangat diperlukan.
71) PROSES TARIKH PERMOHONAN
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: hal ehwal islam
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Berkenaan dengan tauliah mengajar di surau dan masjid seluruh Selangor, berapa lamakah proses untuk memperoleh bermula dari tarikh permohonan ?
71) KAWASAN BERPENDUDUK DI SELANGOR YANG TIADA PERKHIDMATAN INTERNET 4G
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Antara perancangan yang sedang rancak dilaksanakan oleh syarikat pembekal telekomunikasi bermula dari September 2020 sehingga penghujung tahun 2022 ialah pembinaan 345 menara baru di kawasan bandar, pinggir bandar dan kawasan kampung serta naiktaraf 6,803 stesen pemancar 4G. Apakah status sekarang?
71) ISU PERLANTIKAN AHLI MAJLIS
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan kesemua Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang telah dilantik berkuatkuasa 1 Januari 2024 mengikut parti, PBT, umur, jantina, nombor telefon dan alamat emel serta kelulusan akademik tertinggi, tahun dilantik sebagai Ahli Majlis dalam penggal-penggal sebelumnya serta bilangan tahun/bulan berkhidmat sebagai Ahli Majlis.
71) BEKALAN AIR
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin
Kategori: Bertulis
-
Apakah paras air terkini di takungan-takungan air di Negeri Selangor dan untuk berapa lama bekalan ini akan bertahan?
-
Apakah langkah-langkah jangka panjang yang sedang dipertimbangkan untuk memulihara dan memastikan pembekalan masa hadapan?
-
Sila senaraikan secara terperinci, piawaian keselamatan terkini bagi air dalam negeri?
71) MENGGUBAL UNDANG-UNDANG ISLAM
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Nushi Bin Mahfodz
Kategori: Mulut
-
Apakah usaha yang telah dilakukan Kerajaan Negeri dalam menyahut titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor supaya ditubuhkan jawatankuasa khas bagi mengkaji kompetensi Dewan Undangan Negeri untuk menggubal undang-undang Islam di bawah Enakmen Negeri?
71) 10 JENIS PENYAKIT MENGANCAM NYAWA
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan 10 jenis penyakit mengancam nyawa yang tertinggi di Selangor
-
Nyatakan perancangan kerajaan untuk menangani dan mencegah penyakit- penyakit tersebut
71) STATUS PROGRAM PEMUTIHAN KILANG HARAM
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini program pemutihan kilang haram di Negeri Selangor?
-
Berapa kilang yang masih belum kemukakan permohonan untuk pemutihan?
-
Berapa kilang haram baru yang telah dikenalpasti oleh Kerajaan pada tahun 2020 dan 2021?