71) STATUS KOLABORASI PROGRAM SMART SELANGOR DENGAN PIHAK SWASTA
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei
Kategori: Bertulis
-
Apakah status terkini selepas peringkat penghantaran 'Expression of Interest' (EOI) kepada Smart Selangor Delivery Unit pada bulan Mac 2019?
71) PENDAPATAN DIPEROLEH MBI
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Bertulis
-
Apakah sumber-sumber hasil untuk pendapatan MBI?
-
Nyatakan jumlah pendapatan dan jumlah kewangan terkumpul tahunan MBI dari 2008 - 2013?
-
Apakah kaedah perbelanjaan pendapatan berhemat MBI?
71) AIR SELANGOR
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Terangkan kronologi pengambilalihan daripada SYABAS kepada Air Selangor.
-
Setelah perjanjian, apakah terdapat masalah berbangkit yang tidak dapat diselesaikan atau masih dalam rundingan?
71) PELAN PEMBANGUNAN KEMUDAHAN AWAM DAN PENGANGKUTAN AWAM
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Adakah Pihak Berkuasa Tempatan dalam Negeri Selangor akan merancangkan untuk menerbitkan pelan utama untuk meningkatkan bilangan dan kapasiti kemudahan awam, selaras dengan piawaian yang ditetapkan dalam Rancangan Negeri Selangor 2035?
-
Apakah kesudahan penyerahan "Selangor Transportation Masterplan" kepada Kerajaan Persekutuan?
71) BUDAYA HIDUP SIHAT
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Najwan Bin Halimi
Kategori: Mulut
-
Apakah usaha serta inisiatif Kerajaan Negeri untuk menggalakkan rakyat mengamalkan budaya hidup sihat?
-
Apakah langkah Kerajaan Negeri untuk menangani masalah kegemukan dan obesiti yang semakin tinggi di kalangan penjawat awam negeri?
71) STADIUM SHAH ALAM
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Bertulis
-
Stadium Shah Alam, samada Stadium Melawati dan Stadium Bola Sepak kian usang. Apakah rancangan Kerajaan untuk memperbaiki Stadium ini ?
-
Berapa kos yang diperuntukkan ?
-
Bila dijangkakan siap untuk kerja-kerja membaikpulih stadium ini ?
71) KANSER PAYUDARA
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Mulut
-
Selain dari program Mammogram Percuma, apakah program pencegahan kanser payudara yang dilaksanakan oleh KNS?
-
Berapakah bilangan wanita yang telah dikenalpasti menghidap kanser payudara setelah menyertai program MammoSel?
-
Apakah khidmat nasihat dan langkah-langkah susulan yang di sediakan bagi membantu mereka. Nyatakan.
71) KELENGKAPAN VELODROM BAGI SUKAN LUMBA BASIKAL
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Apakah Kerajaan ada rancangan untuk membina sebuah velodrom bagi sukan lumba basikal di Selangor?
-
Senaraikan pelumba-pelumba basikal dari Selangor yang berjaya memenangi pingat emas, perak ataupun gangsa di peringkat antarabangsa.
-
Bagaimanakah kelengkapan velodrom dapat melonjakkan prestasi pelumba basikal di Selangor?
71) SENARAI RUMAH SELANGORKU DI KUALA LANGAT
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan projek Rumah Selangorku yang telah diluluskan sehingga sekarang di daerah Kuala Langat. Berapa banyakkah projek yang belum bermula kerja? Berapa banyakkah unit yang masih belum dijual dan harganya?
71) KESEJAHTERAAN DAN KESELAMATAN DI KAMPUNG
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad
Kategori: Mulut
-
Kes-kes jenayah semakin meningkat dan kemalangan di jalanraya sering berlaku di kawasan kampung berpunca daripada kawasan gelap. Adakah rancangan dan peruntukan dari Negeri Selangor untuk memasang lampu2 jalan dan mencerahkan kawasan2 kritikal di kampung?