71) MEMANDANGKAN SETAKAT INI ISU PEMBUANGAN SAMPAH HARAM MASIH BELUM DIKAWAL SEPENUHNYA
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan
Kategori: Bertulis
-
Apakah Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan masalah tersebut?
71) PROJEK DEMAND RESPONSIVE TRANSIT (DRT)
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Ong Chun Wei
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam memperluaskan perkhidmatan DRT dan Bas Smart Selangor dalam kawasan pentadbiran MPKj dan DUN Balakong khususnya?
71) PENGURUSAN BEKALAN AIR
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Tarif air SYABAS termasuk caj minimum, adalah kira-kira 3 kali ganda dari Pulau Pinang. Tidakkah ini sangat melampau kerana Pulau Pinang masih untung walaupun hanya mempunyai 300,000 pengguna sedangkan SYABAS mempunyai 1.5juta pengguna
-
Adakah SYABAS untung setelah diswastakan? Sila tunjukkan perbelanjaan dan peningkatan prestasisebelum dan selepas penswastaan
-
Berapakah hutang kepada ketiga-tiga konsesi pengeluar air bersih sebelum dan selepas SYABAS mengambilalih operasi pengagihan air?
71) PELABURAN
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jenis dan nilai pelaburan yang masuk ke Selangor sepanjang 2015?
-
Apakah perkembangan atau status kemajuan terkini Zon Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ)?
-
Apakah unjuran pulangan kepada kerajaan dalam bentuk tunai dalam membangunkan Science Park 2?
71) Status Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan senarai Ahli Lembaga Pengarah anak-anak syarikat berkaitan kerajaan dibawah seliaan Kerajaan Negeri.
-
Berapakah nilai peruntukan untuk membayar elaun kesemua Ahli Lembaga Pengarah?
-
Berapakah kekerapan mesyuarat Lembaga Pengarah diadakan?
71) MACAU SCAM
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Bertulis
-
Macau Scam akibatkan kerugian sebanyak RM7.2 juta di Selangor pada tahun 2017. Baru-baru ini, seorang cikgu di Kajang ditipu dan mengalami kerugian sebanyak RM1.13 juta. Apakah tindakan dan usaha-usaha Kerajaan Negeri dan PBT dalam usaha memerangi dan mengurangkan kadar jenayah siber ini?
71) PROSES TARIKH PERMOHONAN
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: hal ehwal islam
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Berkenaan dengan tauliah mengajar di surau dan masjid seluruh Selangor, berapa lamakah proses untuk memperoleh bermula dari tarikh permohonan ?
71) KAWASAN BERPENDUDUK DI SELANGOR YANG TIADA PERKHIDMATAN INTERNET 4G
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Antara perancangan yang sedang rancak dilaksanakan oleh syarikat pembekal telekomunikasi bermula dari September 2020 sehingga penghujung tahun 2022 ialah pembinaan 345 menara baru di kawasan bandar, pinggir bandar dan kawasan kampung serta naiktaraf 6,803 stesen pemancar 4G. Apakah status sekarang?
71) ISU PERLANTIKAN AHLI MAJLIS
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan kesemua Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang telah dilantik berkuatkuasa 1 Januari 2024 mengikut parti, PBT, umur, jantina, nombor telefon dan alamat emel serta kelulusan akademik tertinggi, tahun dilantik sebagai Ahli Majlis dalam penggal-penggal sebelumnya serta bilangan tahun/bulan berkhidmat sebagai Ahli Majlis.
71) JANJI MANIFESTO
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Mulut
-
Apakah status pelaksanaan setiap janji dalam manifesto tersebut?
-
Berapakah jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan untuk perlaksanaan setiap satu janji tersebut dari 2008 hingga 2012 dan berapa orangkah yang telah menerima manfaatnya?
-
Apakah kerajaan negeri bercadang untuk meminda mana-mana manifesto yang gagal ditunaikan?