8) PUSAT KITAR SEMULA DAN PUSAT PENGUMPULAN E-WASTE
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Puan Pua Pei Ling
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah pusat kitar semula dan pusat pengumpulan e-waste yang terdapat di Negeri Selangor, khususnya di DUN Bukit Lanjan? Sila nyatakan senarai lokasi pusat-pusat ini.
-
Adakah cadangan pihak kerajaan untuk mengadakan "Drive Thru Recycling Centre" di kawasan DUN Bukit Lanjan?
-
Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan kitar semula dan pengurusan e-waste?
8) GERAN AKTIVITI PELANCONGAN
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah geran aktiviti pelancongan yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri Selangor?
-
Adakah pemberian geran aktiviti pelancongan sama rata dan berbeza?
-
Senaraikan Persatuan Pelancongan yang menerima bantuan daripada Kerajaan Negeri serta jumlah dana yang diterima.
8) Promosi Pelancongan Selangor Peringkat Domestik
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Mulut
-
Senaraikan inisiatif telah dilakukan oleh Kerajaan Selangor dalam kempen promosi pelancongan domestik iaitu kempen "Pusing Selangor Dulu" dan "Splendid Selangor, Take Me Anywhere"
-
Adakah pihak kerajaan Negeri ada mengeluarkan apa-apa produksi video untuk promosi pelancongan ini? Sekiranya ya, sila senaraikan
8) PERUNTUKAN KECEMASAN INFRASTRUKTUR KAMPUNG
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan kecemasan untuk menaiktaraf longkang dalam kawasan kampung yang sudah lama tidak diselenggara dan diperbesarkan?
8) DERMASISIWA
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Mungkinkah Kerajaan Negeri akan dapat mengeluarkan Biasiswa/Dermasiswa untuk anak-anak Selangor yang melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi?
8) KILANG HARAM
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Bertulis
-
Berapakah kilang haram yang masih beroperasi di dalam kawasan DUN Batu Tiga (di bawah MBSA, MPSJ dan MPK)? Nyatakan lokasi dan syarikat yang menjalankan kegiatan ini?
-
Apakah usaha bagi memastikan semua kilang haram ini diputihkan?
-
Bilakah sasaran yang diletakkan agar kilang haram di DUN Batu Tiga akan putih sepenuhnya?
8) KEMISKINAN BANDAR DAN LUAR BANDAR DI SELANGOR
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin
Kategori: Bertulis
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri bagi menangani isu kemiskinan bandar dan luar bandar?
-
Nyatakan statistik terkini kadar kemiskinan bandar dan luar bandar di Negeri Selangor?
8) PROJEK KERJA NAIKTARAF JALAN MERU TAMBAHAN KE PUNCAK ALAM
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
-
Apakah saiz dan reka bentuk yang dicadang bagi parit besar tanah dari Jalan Iskandar hingga Jalan Kempas?
-
Apakah kemajuan projek tersebut mengikut seperti dijadualkan?
-
Apakah rujukan petunjuk keselamatan pengguna jalan raya semasa kerja-kerja berjalan?
8) JABATAN KERJA RAYA (JKR)
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin
Kategori: Bertulis
-
Berapakah peruntukan diberikan kepada JKR Negeri untuk menyelenggara lampu jalan di seluruh negeri pada tahun 2010?
-
Berapakah permohonan menambah lampu jalan bagi jalan negeri di Daerah Hulu Langat telah diluluskan pada tahun 2010 dan 2011 (sehingga bulan Jun)?
-
Berapakah tunggakan bil elektrik bagi lampu jalan di semua jalan negeri dengan mengikut daerah?
8) MASJID DAN SURAU
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah masjid dan surau di sekitar kawasan DUN Permatang yang akan dinaiktaraf, dibaikpulih mahupun diselenggara serta nyatakan jumlah peruntukan yang akan diberikan secara terperinci?