70) KEPERLUAN MEWUJUDKAN MAJLIS PERBANDARAN KOTA RAJA
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Mulut
-
Keadaan semasa dalam kawasan Parlimen Kota Raja penduduk dipecahkan kepada 3 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Oleh kerana itu ia bukan sahaja mengelirukan penduduk tetapi juga kontraktor yang menjalankan kerja penyelenggaraan, pemotongan rumput dan sebagainya. Adalah dicadangkan agar diwujudkan segera sebuah pusat bandar baru dengan struktur majlis sendiri dengan seberapa segera. Dalam soalan yang lepas, penjelasan yang diberikan mengenai DUN Sri Muda dalam kawasan Parlimen Kota Raja yang mempunyai hanya 2 PBT adalah tidak tepat sama sekali, soalan saya adakah Exco terlibat memeriksa terlebih dahulu jawapan yang diberikan oleh pegawai-pegawai kerana jawapan yang tidak tepat sebegini menunjukkan pihak berkuasa tempatan sendiri dan pegawai-pegawai kerajaan sendiri tidak tahu tentang sempadan-sempadan kawasan kerja masing-masing. Jelaskan secara terperinci siapakah yang terlibat memberi jawapan ini hinggakan Exco tidak dimaklumkan jawapan yang sebenar
-
Adakah kerajaan sedar terdapat pegawai-pegawai yang tidak teliti semasa memberikan jawapan-jawapan dan sekiranya kerajaan menyedarinya apakah tindakan tatatertib yang akan di ambil bagi menyekat pegawai-pegawai ini dari memberikan jawapan yang tidak tepat.
-
Keperluan mewujudkan Majlis Perbandaran sendiri di Kota Raja adalah amat mendesak, justeru itu bilakah ianya dapat diwujudkan bagi mengatasi kekeliruan rakyat, pegawai kerajaan dan Exco sendiri.
70) GEJALA RASUAH
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan berapakah jumlah laporan rasuah yang melibatkan kakitangan awam Negeri Selangor dari tahun 2006 hingga 2007.
-
Sila berikan butiran terperinci mengenai berapakah jumlah kes rasuah yang dihadapkan ke mahkamah yang melibatkan kakitangan awam negeri mengikut susunan jabatan?
-
Apakah langkah-langkah pencegahan gejala rasuah yang telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri?
70) HAK MILIK TANAH KAMPUNG BARU CINA
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Yew Jia Haur
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini mengenai penyelesaian isu hak milik tanah di Kampung Baru Cina?
-
Adakah terdapat rancangan untuk mempercepatkan proses ini bagi memberi manfaat kepada penduduk?
-
Adakah terdapat rancangan untuk memberikan hak milik tanah kekal kepada penghuni Kampung Baru Cina?
70) GERAN SELANGORKU Ð PROGRAM MEMPERKASAKAN WANITA
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Berapakah dari jumlah RM30 juta ini akan disalurkan sebelum Jun 2012?
-
Berapakah anggaran jumlah dari RM30 juta ini akan disalurkan dalam program-program basmi kemiskinan wanita?
-
Berapakah anggaran jumlah dari RM30 juta ini akan disalurkan dalam program-program keusahawanan wanita?
70) PROGRAM PEMBANGUNAN MODAL INSAN
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Dato' Marsum Bin Paing
Kategori: Mulut
-
Kerajaan negeri menubuhkan Program Penggerak Belia Tempatan (PeBT) dalam usaha melaksanakan program-program bagi pembentukan modal insan belia. Apakah bentuk program pembangunan modal insan yang telah dilaksanakan?
-
Nyatakan statistik bilangan belia yang telah dilatih menerusi program PeBT setakat ini?
-
Apakah program PeBT dapat membentuk pangkalan maklumat profil belia negeri meliputi aspek seperti pendidikan, pekerjaan, gaya hidup dan sumbangan mereka?
70) USAHA KERAJAAN UNTUK MENAMBAH KAKITANGAN BUKAN MELAYU
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Bertulis
-
Pada setakat ini lebih daripada 90% kakitangan di semua agensi kerajaan merupakan Melayu, apakah usaha kerajaan untuk mengimbangkan keadaan ini dengan mengambil lebih ramai bukan Melayu dalam semua agensi kerajaan.
70) BANTUAN SEKOLAH
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun:
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah keseluruhan perbelanjaan yang telah dikeluarkan untuk membantu sekolah agama, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil pada tahun ini?
-
Berapakah jumlah perbelanjaan yang telah dikeluarkan sejak program bantuan ini dilancarkan?
70) BAS UNTUK PBT
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Kategori: Bertulis
-
Apakah status terkini bas orang awam yang telah dijanjikan untuk diberikan kepada MPSJ sejak tahun lepas?
-
Apakah punca kelewatan ini? Sila nyatakan butir-butir
70) ADUAN OPERASI KILANG HARAM DI KAWASAN PERUMAHAN KG DESA AMAN DAN DIATAS TANAH KERAJAAN
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Bertulis
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah kilang haram yang beroperasi di kawasan perumahan?
70) PENAMBAHAN PERUNTUKAN AHLI MESYUARAT KERAJAAN NEGERI (EXCO) DAN ADUN
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah
Kategori: Mulut
-
Adakah tindakan ini dapat membebankan kedudukan kewangan kerajaan Negeri ?
-
Bagaimana cara penggunaan peruntukan ini di kawasan DUN yang diwakili oleh ADUN BN ?
-
Berapakah jumlah tambahan peruntukan bagi EXCO dan ADUN?