70) HOSPITAL

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Bakhtiar Bin Mohd Nor

Kategori: Mulut


  1. Minta senaraikan semua hospital kerajaan di Selangor berserta saiz hospital untuk menampung pesakit.

    Klik jawapan »

  2. Adakah usaha Kerajaan untuk membina sebuah hospital baru di kawasan Semenyih? Seperti yang sedia maklum Hospital Kajang sekarang tidak mampu menampung pesakit dari kawasan sekitar yang ramai.

    Klik jawapan »

70) PROGRAM HIJRAH

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Usahawan

Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan

Kategori: Mulut


  1. Apakah "benchmark" Hijrah dalam menilai kejayaan usahawan yang mendapat pinjaman?

    Klik jawapan »

70) KESELAMATAN JALAN RAYA

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Puan Pang Sock Tao

Kategori: Bertulis


  1. Apakah rancangan kerajaan untuk meningkatkan keselamatan di simpang Jalan Hulu Yam B57 dan FT0001 yang menjadi hotspot kemalangan jalan raya?

    Klik jawapan »

  2. Adakah Kerajaan berhasrat untuk memasang CCTV, papan amaran dan kamera AWAS untuk membendung kenderaan yang membawa beban berlebihan atau kenderaan yang melebihi had laju? Jika tidak nyatakan sebabnya.

    Klik jawapan »

70) EKONOMI IKS DAN PENJAJA

Tahun: 2021

Sesi: 2

Isu: Usahawan

Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George

Kategori: Mulut


  1. Apakah perancangan Kerajaan Negeri dan PBT dalam menyusun semula para penjaja yang tumbuh seperti cendawan lepas hujan dalam tempoh endemik?

    Klik jawapan »

  2. Adakah Kerajaan Negeri bercadang memberikan bantuan yang lebih daripada sediakala kepada pera peniaga IKS dalam membangunkan semula perniagaan pasca pandemik?

    Klik jawapan »

70) KEPERLUAN MEWUJUDKAN MAJLIS PERBANDARAN KOTA RAJA

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Mulut


  1. Keadaan semasa dalam kawasan Parlimen Kota Raja penduduk dipecahkan kepada 3 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Oleh kerana itu ia bukan sahaja mengelirukan penduduk tetapi juga kontraktor yang menjalankan kerja penyelenggaraan, pemotongan rumput dan sebagainya. Adalah dicadangkan agar diwujudkan segera sebuah pusat bandar baru dengan struktur majlis sendiri dengan seberapa segera. Dalam soalan yang lepas, penjelasan yang diberikan mengenai DUN Sri Muda dalam kawasan Parlimen Kota Raja yang mempunyai hanya 2 PBT adalah tidak tepat sama sekali, soalan saya adakah Exco terlibat memeriksa terlebih dahulu jawapan yang diberikan oleh pegawai-pegawai kerana jawapan yang tidak tepat sebegini menunjukkan pihak berkuasa tempatan sendiri dan pegawai-pegawai kerajaan sendiri tidak tahu tentang sempadan-sempadan kawasan kerja masing-masing. Jelaskan secara terperinci siapakah yang terlibat memberi jawapan ini hinggakan Exco tidak dimaklumkan jawapan yang sebenar

    Klik jawapan »

  2. Adakah kerajaan sedar terdapat pegawai-pegawai yang tidak teliti semasa memberikan jawapan-jawapan dan sekiranya kerajaan menyedarinya apakah tindakan tatatertib yang akan di ambil bagi menyekat pegawai-pegawai ini dari memberikan jawapan yang tidak tepat.

    Klik jawapan »

  3. Keperluan mewujudkan Majlis Perbandaran sendiri di Kota Raja adalah amat mendesak, justeru itu bilakah ianya dapat diwujudkan bagi mengatasi kekeliruan rakyat, pegawai kerajaan dan Exco sendiri.

    Klik jawapan »

70) GEJALA RASUAH

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis


  1. Sila nyatakan berapakah jumlah laporan rasuah yang melibatkan kakitangan awam Negeri Selangor dari tahun 2006 hingga 2007.

    Klik jawapan »

  2. Sila berikan butiran terperinci mengenai berapakah jumlah kes rasuah yang dihadapkan ke mahkamah yang melibatkan kakitangan awam negeri mengikut susunan jabatan?

    Klik jawapan »

  3. Apakah langkah-langkah pencegahan gejala rasuah yang telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri?

    Klik jawapan »

70) HAK MILIK TANAH KAMPUNG BARU CINA

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Yew Jia Haur

Kategori: Mulut


  1. Apakah status terkini mengenai penyelesaian isu hak milik tanah di Kampung Baru Cina?

    Klik jawapan »

  2. Adakah terdapat rancangan untuk mempercepatkan proses ini bagi memberi manfaat kepada penduduk?

    Klik jawapan »

  3. Adakah terdapat rancangan untuk memberikan hak milik tanah kekal kepada penghuni Kampung Baru Cina?

    Klik jawapan »

70) PROJEK MENGGANTI DAN MELEBARKAN JAMBATAN DI ATAS SUNGAI BATANG KALI FT001

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Ronnie Liu Tian Khiew

Kategori: Bertulis


  1. Adakah JKR Selangor mempunyai matlumat projek mengganti dan melebarkan jambatan di atas Sungai Batang Kali FT001? Jika ya, nyatakan butir-butirnya.

    Klik jawapan »

  2. Adakah JKR Selangor akan membuat jalan alternatif bagi kenderaan ringan dari Kuala Kubu Bharu semasa projek tersebut dilaksanakan?

    Klik jawapan »

70) PROGRAM BAIK PULIH NEGERI BERKEBAJIKAN (CERIA)

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan

Kategori: Mulut


  1. Apakah perincian program CERIA tersebut?

    Klik jawapan »

  2. Nyatakan nama dan lokasi pangsapuri yang bakal dibaik pulih melalui program ini mengikut PBT?

    Klik jawapan »

70) PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin

Kategori: Bertulis


  1. Adakah PBT-PBT bermakna untuk membuat keuntungan daripada pemilikan dan penyewaan harta, perkhidmatan penyelenggaraan dan perkhidmatanperkhidmatan lain terutamanya apabila tujuan PBT adalah berdasarkan pemberian perkhidmatan dan bukan pusat keuntungan?

    Klik jawapan »

  2. Sila senaraikan harta-harta dan aset-aset yang dimiliki oleh setiap PBT dalam negeri dan nilai bersih.

    Klik jawapan »