69) SEKOLAH TAHFIZ SAINS BAGAN TERAP, SABAK BERNAM
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: hal ehwal islam
Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik
Kategori: Bertulis
-
Berapa peruntukan kerajaan negeri untuk membaikpulih bangunan sedia ada ?
-
Berapa jumlah pelajar yang ada sekarang ?
-
Berapa sumbangan daripada kerajaan negeri kepada setiap pelajar ?
69) BAS SMART SELANGOR
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan perkembangan terkini perkhidmatan Bas Smart Selangor.
-
Sila nyatakan sehingga setakat ini berapakah jumlah peruntukan telah dibelanjakan dan senaraikan jajaran yang paling ramai penumpang.
-
Sila huraikan apakah kaedah pemantauan yang lebih berkesan bagi memastikan semua perjalanan mengikut jadual.
69) MERAKYATKAN EKONOMI SELANGOR (BANTUAN TUNAS)
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Bertulis
-
Kerajaan Negeri Selangor telah memperkenalkan skim-skim iaitu TUNAS dan SIKEMBAR. Malangnya, setakat ini, pembayaran bagi skim TUNAS telah pun dibayar kepada pengusaha tadika yang berdaftar dengan kerajaan negeri dari bulan Januari hingga bulan Jun sahaja. Mengapakah bayaran tersebut dikumpulkan sekali gus sehingga menyebabkan kesulitan kepada pengusaha tadika?
-
Bilakah Kerajaan negeri dijangka akan membuat bayaran sepenuhnya untuk bulan Julai hingga Disember kerana sesi persekolahan 2013 hampir tamat?
69) JAMBATAN LALUAN KE KAWASAN KUBUR KAMPUNG BAHAGIA BUKIT LAGONG SG BULOH
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Bertulis
-
Apakah status cadangan Pejabat Daerah Tanah Gombak untuk membina jambatan laluan ke kawasan perkuburan Cina di Kg Bahagia Lagong berhampiran Pusat Rawatan UITM Sg Buloh ?
69) SELANGOR SMART AGRO PARK (SSAP)
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini rancangan pembangunan SSAP di Changkat Menteri Daerah Sabak Bernam?
-
Berdasarkan status semasa, bilakah jangkaan projek tersebut akan siap mengikut fasa yang telah dirancang?
70) STATUS PROJEK PENAIKTARAFAN KUNCI AIR NO. 51 KE PINTU AIR OTOMATIK DI JALAN PAPAN PANDAMARAN
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong
Kategori: Bertulis
-
Apakah status Projek Penaiktarafan Kunci Air No. 51 ke Pintu Air Otomatik di Jalan Papan Pandamaran?
-
Berapa kos yang akan dibelanjakan untuk projek tersebut?
-
Bila projek tersebut dijangka siap?
70) PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Mulut
-
Taman Sungai Yu Indah, Kampung Sungai Yu telah terbengkalai sekian lamanya dan member kesan sosioekonomi kepada pembeli-pembeli rumah di projek berkenaan. Apakah Kerajaan Negeri akan berusaha menyiapkan projek berkenaan pada tahun 2011 ini?
70) AKTIVITI ÔCORPORATE SOCIAL RESPONSIBILITYÕ MBI INC
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan aktiviti-aktiviti 'corporate social responsibility' yang dilaksanakan oleh MBI Inc. dan anak-anak syarikatnya mengikut DUN sepanjang tahun 2019.
-
Senaraikan jumlah perbelanjaan bagi setiap aktiviti.
70) KESAN EL-NINO KEPADA PESAWAH
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Mulut
-
Apakah sumbangan yang diberikan kepada pesawah padi di Selangor?
-
Senaraikan nama penerima dan jumlah sumbangan berkenaan sehingga Jun 2016?
70) KEBERSIHAN AWAM
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George
Kategori: Mulut
-
Apakah Kerajaan Negeri mempunyai pendekatan bagi mengatasi masalah sampah yang kian berleluasa di Negeri Selangor?
-
Apakah tindakan drastik yang diambil untuk mengatasi masalah pembuangan sampah di kawasan Sentosa?