8) PELABURAN INISIATIF PBT
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Apakah peranan khusus setiap PBT di Selangor dalam menarik pelaburan dalam dan luar negara bagi merancakkan ekonomi?
-
Nyatakan statistik pencapaian pelaburan tahun 2008 2013 mengikut PBT?
8) TANAH WAKAF DI SELANGOR
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
-
Berapa banyakkah jumlah tanah wakaf di Negeri Selangor keseluruhannya dan berapakah yang telah dibangunkan dan terbiar?
-
Sejauh manakah MAIS telah menjalankan fungsi dan kuasanya terhadap tanah wakaf bagi mempertahankan hak dan kepentingan serta membangunkan ekonomi Umat Islam di Negeri Selangor? Apakah bentuk-bentuk pembangunan yang telah dilakukan di tanah wakaf dan sejauh manakah ia memberi manfaat kepada umat Islam terutamanya yang tidak berkemampuan?
-
Apakah terdapat kes-kes berkaitan tanah wakaf seperti pencerobohan, penjualan atau pembangunan tanah wakaf tanpa kebenaran MAIS sebagaimana yang didakwa berlaku di DUN Meru dan lain-lain? Jika ya, sila senaraikan
8) SKIM PINJAMAN MIKROKREDIT
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Ir. Muthiah A/l Maria Pillay
Kategori: Mulut
-
Skim pinjaman mikro kredit adalah satu usaha yang baik untuk menolong peniaga peniaga kecil dan orang -orang yang ingin memulakan perniagaan kecil. Tetapi ramai pemohon telah mengadu bahawa,terdapat banyak syarat -syarat yang ketat dikenakan dan ini menjadikan permohonan mereka gagal. Oleh yang demikian ,kerajaan negeri perlu mencari jalan alternatif untuk memberi peluang kepada orang ramai yang ingin memohon pinjaman ini dengan mudah. Setakat ini berapa ramaikah yang memohon pinjaman ini dan berapa orang yang dapat pinjaman ?
8) JELAJAH RUMPUN SELANGOR
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George
Kategori: Mulut
-
Berapa ramaikah yang telah mendapat manfaat daripada program ini dan telah dilaksanakan di mana?
-
Adakah program ini mencapai matlamat yang telah digariskan?
8) SAMBUTAN PROGRAM PEMUTIHAN KILANG DI MERU
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
-
Bagaimana sambutan program pemutihan kilang haram di Meru setakat ini?
-
Apa yang harus dilakukan untuk melicinkan lagi proses ini?
8) BANTUAN PERTANIAN OLEH KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin
Kategori: Bertulis
-
Apakah jenis bantuan pertanian yang disalurkan kepada petani pasca banjir yang terjejas teruk?
-
Nyatakan kawasan pertanian yang terjejas teruk akibat bencana banjir?
-
Berapakah peruntukan yang telah disalurkan setakat ini?
8) HAL EHWAL PENGGUNA
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Pua Pei Ling
Kategori: Bertulis
-
Apakah peranan kerajaan dalam urusan hal ehwal pengguna?
-
Apakah usaha kerajaan dalam menangani masalah atau isu penipuan "scammer"?
-
Bagaimanakah kerajaan dalam usaha membantu menigkatkan kesedaran hak pengguna ?
8) PEMBANGUNAN SEMULA SUNGAI KLANG
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Dato' Abd Rahman Bin Palil
Kategori: Mulut
-
Setelah tiga tahun berlalu, apakah perkembangan projek tersebut yang boleh dibanggakan?
-
Siapakah pihak yang terlibat sebagai pelabur dan kontraktor projek tersebut?
-
Apakah projek ini menghadapi sebarang masalah yang menghalang pelaksanaannya?
8) JAMBATAN KETIGA KLANG
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini pembinaan jambatan ketiga Klang?
-
Bagaimana proses dan berapakah kos pengambilalihan tanah bagi kawasan yang terlibat?
-
Nyatakan kos, nama syarikat kontraktor dilantik dan proses tender pembinaan?
8) Promosi Pelancongan Selangor Peringkat Domestik
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Mulut
-
Senaraikan inisiatif telah dilakukan oleh Kerajaan Selangor dalam kempen promosi pelancongan domestik iaitu kempen "Pusing Selangor Dulu" dan "Splendid Selangor, Take Me Anywhere"
-
Adakah pihak kerajaan Negeri ada mengeluarkan apa-apa produksi video untuk promosi pelancongan ini? Sekiranya ya, sila senaraikan