69) SELANGOR SMART AGRO PARK (SSAP)
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini rancangan pembangunan SSAP di Changkat Menteri Daerah Sabak Bernam?
-
Berdasarkan status semasa, bilakah jangkaan projek tersebut akan siap mengikut fasa yang telah dirancang?
69) KAWASAN STESEN KTM UKM BANGI
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Mazwan Bin Johar
Kategori: Mulut
-
Kawasan di sekitar Stesen Komuter UKM Bangi sering dilanda banjir dan mengalami kesesakan trafik dan pengguna yang padat. Apakah perancangan Kerajaan Negeri bagi mengatasi masalah ini?
-
Bilakah perancangan ini, sekiranya ada akan dilaksanakan?
69) SEKOLAH TAHFIZ SAINS BAGAN TERAP, SABAK BERNAM
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: hal ehwal islam
Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik
Kategori: Bertulis
-
Berapa peruntukan kerajaan negeri untuk membaikpulih bangunan sedia ada ?
-
Berapa jumlah pelajar yang ada sekarang ?
-
Berapa sumbangan daripada kerajaan negeri kepada setiap pelajar ?
69) BAS SMART SELANGOR
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan perkembangan terkini perkhidmatan Bas Smart Selangor.
-
Sila nyatakan sehingga setakat ini berapakah jumlah peruntukan telah dibelanjakan dan senaraikan jajaran yang paling ramai penumpang.
-
Sila huraikan apakah kaedah pemantauan yang lebih berkesan bagi memastikan semua perjalanan mengikut jadual.
69) MUZIUM DIRAJA SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Apakah Kerajaan ada rancangan untuk mewujudkan Muzium DiRaja Selangor?
-
Apakah aspek pegangan agama, warisan dan adat, kepimpinan, pemerintahan yang akan menjadi tunjang muzium tersebut?
-
Berapakah peruntukan kewangan yang disediakan untuk projek tersebut?
69) ISU PENDATANG ASING MENJALANKAN PERNIAGAAN TANPA LESEN PERNIAGAAN
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri
Adun: Y.B. Tuan Lai Wai Chong
Kategori: Bertulis
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri bagi menangani isu pendatang asing tanpa izin yang menjalankan aktiviti perusahaan dan perniagaan khususnya warga Acheh (kedai runcit) dan Bangladesh (IKS - bengkel besi) tanpa lesen perniagaan?
-
Apakah perancangan dan tindakan kerajaan Negeri bagi menangani pendatang asing yang menjalankan perniagaan di dalam pasar pagi dan pasar malam?
69) APLIKASI TELEFON TEMPAT LETAK KERETA
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Bagaimanakah sambutan dan kegunaan orang ramai terhadap Aplikasi Telefon Tempat Letak Kereta di setiap PBT sehingga sekarang berbanding dengan pembayaran melalui wang tunai dan kupon?
69) RUMAH MAMPU MILIK
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah unit Rumah Mampu Milik yang telah dibina oleh kerajaan dan nyatakan lokasinya.
-
Berapakah jumlah unit yang akan dibina pada 5 tahun yang akan datang dan berapa unit yang dicadangkan di kawasan Balakong?
69) BELIA
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menaikkan jumlah peruntukan PeBT Selangor dari RM 5000 kepada RM 10,000 setahun memandangkan kos perlaksanaan program semakin meningkat?
69) KUIL KOTA WARISAN
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Selain Islam
Adun: Y.B. Dato' Marsum Bin Paing
Kategori: Mulut
-
Pada 22hb Februari 2012 berlaku pencerobohan Kuil Maha Karumariamman Kota Warisan oleh pemaju Gema Padu Sdn. Bhd. yang telah menyebabkan ketegangan di tempat kejadian. Kerajaan negeri pernah menyatakan bahawa tidak akan ada lagi kejadian merobohkan kuil atau rumahrumah ibadat. Apakah tindakan kerajaan negeri terhadap pemaju yang telah menceroboh kuil tersebut tanpa notis?
-
Apakah ganti rugi yang kerajaan negeri beri untuk membaik pulih dan jaminan kerajaan yang kuil tersebut tidak di ceroboh lagi?
-
Adakah cadangan tapak kekal yang baru dan digazet jika tapak yang sedia ada tidak sesuai?