68) WANG RIZAB NEGERI
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah terkini wang Rizab Negeri.
-
Nyatakan jumlah perbelanjaan wang Rizab Negeri pada 2017.
-
Senaraikan sumber peningkatan wang Rizab Negeri.
68) KEKURANGAN BEKALAN AIR
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah air bersih terawat dan rizab air dari tahun 2008 hingga 2013 berbanding permintaan?
-
Apakah langkah segera untuk mengatasi masalah ini?
-
Apakah status kelulusan perintah pembangunan loji rawatan air Langat Dua
68) DIVIDEN YANG DIBERI OLEH ANAK-ANAK SYARIKAT KERAJAAN KEPADA KERAJAAN NEGERI
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Bertulis
-
Selain daripada Kumpulan Semesta Sdn Bhd, nyatakan anak-anak syarikat GLC lain yang telah memberi dividen kepada Kerajaan Negeri Selangor sejak tahun 2008
-
Mengapakah terdapat anak-anak syarikat GLC yang masih gagal memberi dividen kepada Kerajaan Negeri Selangor?
-
Apakah langkah yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri dalam memastikan anakanak syarikat GLC negeri memberi dividen sebagai pulangan pelaburan kepada kerajaan negeri?
68) BEKALAN AIR DI SELANGOR PADA TAHUN 2016
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Terdapat pihak yang menyatakan bahawa Selangor akan menghadapi krisis air pada tahun 2014. Kini dikatakan ianya akan berlaku pada tahun 2016, adakah tuduhan ini benar dan mengapa?
-
Apakah paras air semua empangan di Selangor pada masa sekarang?
-
Apakah kadar Non Revenue Water (NRW) di Selangor dan adakah ia berada di tahap yang tidak memuaskan? Jika ya, apakah sebab-sebab kepada kadar NRW yang tinggi ini?
68) SKIM MIKROKREDIT WANITA LADANG DAN TABUNG ANAK PEKERJA LADANG
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Hasnul Bin Baharuddin
Kategori: Mulut
-
Berapakah bantuan telah diberikan melalui skim mikrokredit wanita ladang untuk tahun 2015 dan 2016?
-
Berapakah bantuan telah diberikan untuk tabung anak pekerja ladang 2015 dan 2016?
68) GEJALA SOSIAL AKIBAT COVID-19
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Mazwan Bin Johar
Kategori: Mulut
-
Apakah gejala sosial yang berbangkit akibat pandemik COVID-19?
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri dalam menangani gejala sosial tersebut?
-
Berapakah kadar keberkesanan dalam menangani gejala sosial tersebut?
68) AGENDA PERLINDUNGAN SOSIAL DAN KEBAJIKAN
Tahun: 2018
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan Kerajaan bagi agenda perlindungan sosial dan kebajikan untuk mengurangkan kadar kemiskinan Negeri?
68) KERJASAMA NEGERI- PERSEKUTUAN
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari
Kategori: Mulut
-
Pada 3 April lalu, Kementerian Pelancongan telah membatalkan MOU berkaitan pelancongan dengan kerajaan negeri. Walaupun membabitkan peruntukan yang tidak begitu besar, ia kelihatan seperti satu tindakan sabotaj. Adakah kerajaan negeri mempunyai pelan tindakan bagi menangkis sebarang tindakan sabotaj yang mungkin dilakukan oleh kerajaan persekutuan pada masa akan datang?
68) PENGEMBANGAN EKONOMI
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Negeri Selangor mempunyai kelebihan dari segi sistem pengangkutan udara iaitu lapangan antarabangsa negara adalah terletak di Selangor. Apakah sektor yang boleh mendapat manfaat daripadanya?
68) SEKOLAH AGAMA DI BANDAR SAUJANA PUTRA, JENJAROM
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
-
Apakah status perancangan pembangunan SRA BSP dan berapa kapasiti yang dirancangkan?
-
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk menaik taraf KAFA BSP?