68) DARUL EHSAN INVESTMENT GROUP (DEIG)
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan semua aset termasuk landbank yang dimiliki oleh DEIG dan subsidiarinya
-
Senaraikan semua projek usahasama DEIG atau subsidiarinya dengan syarikat swasta.
-
Senaraikan penjualan aset DEIG dan subsidiarinya, tarikh jualan, pembeli, harga, tender terbuka/ penjualan terus dan butiran-butiran lain.
68) PELAN KECEMASAN JIKA BERLAKUNYA BENCANA AKIBAT GETARAN ATAU GEMPA BUMI
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin
Kategori: Bertulis
-
Sudahkah pihak kerajaan negeri mempunyai pelan respons kecemasan sekiranya berlaku bencana yang diakibatkan oleh getaran atau gempa bumi?
-
Jika wujudnya pelan sebegini, sila nasihat apa pelan tersebut secara terperinci.
-
Adakah peruntukan dana untuk malapetaka sebegini dan berapa banyak sekiranya ada?
68) PROGRAM JOM SHOPPING
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Lai Wai Chong
Kategori: Bertulis
-
Apakah ada cadangan Kerajaan Negeri untuk meningkatkan agihan dan nilai Program Jom Shopping?
-
Nyatakan keberkesanan/impak Program Jom Shopping? Apakah mekanisme yang digunakan oleh Kerajaan bagi memastikan tiada penerima yang sama setiap tahun?
68) WANG RIZAB NEGERI
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah terkini wang Rizab Negeri.
-
Nyatakan jumlah perbelanjaan wang Rizab Negeri pada 2017.
-
Senaraikan sumber peningkatan wang Rizab Negeri.
68) PENILAIAN PRESTASI KAKITANGAN KERAJAAN DAN TINDAKAN TERHADAP KAKITANGAN
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan yang akan diambil oleh pihak kerajaan terhadap kakitangan kerajaan yang enggan bekerjasama dengan ADUN dan pihak EXCO?
-
Apakah cara-cara penilaian prestasi kakitangan kerajaan termasuk YDP dan Pegawai Daerah?
-
Apakah peranan ADUN dalam proses penilaian ini?
68) PEMBERSIHAN LONGKANG
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Rafiq Bin Mohd Abdullah
Kategori: Mulut
-
Siapakah yang bertanggungjawab untuk pembersihan longkang di kawasan kampung tradisi?
-
Bagaimana kutipan sampah domestik dan sampah pukal diuruskan kawasan ini?
68) GEOPARK KEBANGSAAN GOMBAK HULU LANGAT
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Syed Ahmad Bin Abdul Rahman Alhadad
Kategori: Bertulis
-
Agensi kerajaan manakah yg telah diberi mandat untuk mengurus,dan mengendalikan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan Hulu Langat Geopark (GHLGp) ?
-
Sila nyatakan fungsi & peranan agensi tersebut.
-
Apakah rancangan pengurusan dan rancangan pemasaran lima (5) tahun bagi GHLGp?
68) SEWA PERUMAHAN PKNS DINAIKKAN
Tahun: 2011
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun:
Kategori: Bertulis
-
Baru-baru ini dikatakan pihak PKNS telah menaikkan harga sewa rumahnya. Berapakah kadar kenaikan sewa oleh PKNS?
-
Berapakah jumlah unit rumah sewa PKNS?
-
Mengapakah rumah-rumah PKNS ini tidak terus dijual bukan untuk disewa?
68) KEBAJIKAN
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Mulut
-
Apakah dasar Kerajaan Negeri melalui struktur dan institusi awam dalam menjamin hak kanak-kanak kurang upaya untuk menerima pendidikan menuju ke arah pendidikan inklusif sepertimana disyorkan oleh Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF)?
-
Apakah kekangan yang dihadapi, jika ada?
68) TAPAK PERKUBURAN CINA TG. SEPAT
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah
Kategori: Bertulis
-
Apakah status permohonan pembesaran Tapak Perkuburan Cina Tg. Sepang di Daerah Sepang oleh jawatankuasa Pertubuhan Perkuburan Cina Tg. Sepat?
-
Adakah kerajaan negeri sedia meluluskan permohonan atau tidak?
-
Jika tidak, kenapa?