68) PRESTASI BAS SMART SELANGOR
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
-
Bagaimanakah pencapaian penggunaan bas Smart Selangor di seluruh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berbanding selepas PKP?
-
Adakah perancangan lain secara tersasar bagi membantu mengurangkan kos perjalanan pekerja dan rakyat Selangor berklasifikasi B40?
68) PENDAFTARAN TASKA DI NEGERI SELANGOR
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan bilangan taska berdaftar di Negeri Selangor mengikut DUN.
68) TANAH PERTANIAN DAN BANTUAN
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan
Kategori: Mulut
-
Apakah dasar Kerajaan Negeri terhadap tanah-tanah yang telah diusahakan untuk tujuan pertanian sejak sekian lama tetapi masih belum memiliki hak milik dan apakah bantuan yang boleh diberikan?
68) PENGURUSAN KRISIS AIR
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Ean Yong Hian Wah
Kategori: Mulut
-
Memandangkan sebahagian besar insiden krisis air berlaku disebabkan oleh pencemaran sungai seperti pembuangan minyak terbiar, bahan kimia dan air pembuangan loji rawatan kumbahan yang tidak menepati piawaian. Apakah langkah yang akan diambil ?
68) PENUBUHAN INSTITUT KAJIAN DAN PENYELIDIKAN SELANGOR
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Selangor bercadang untuk menubuhkan Institut Kajian dan Penyelidikan Selangor?
-
Sila kemukakan laporan terkini yang telah dijalankan atas kepuasan penduduk terhadap prestasi Kerajaan Selangor mengikut setiap DUN.
68) PASUKAN RESPONS BENCANA
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri menubuhkan pasukan khas untuk menangani bencana seperti banjir kilat dan sebagainya yang banyak terjadi?
-
Adakah Kerajaan Negeri hanya bergantung dengan jabatan dan agensi pusat sahaja?
68) PENGANJURAN PERTANDINGAN SUKAN DI PERINGKAT DAERAH
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan
Kategori: Bertulis
-
Adakah pihak Jawatankuasa Tetap Belia & Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam akan merancang penganjuran pertandingan sukan di peringkat daerah sebagai feeder kepada pertandingan ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa untuk memenuhi matlamat yang telah dirancangkan?
68) JALAN BERMASALAH DARI SIMPANG KUALA KERLING KE PONDOK PENGAWAL LEMBAH BERINGIN
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri menyedari bahawa jalan dari Simpang Kerling ke Pondok Pengawal Lembah Beringin walaupun belum serah kepada pihak kerajaan tetapi telah digunakan oleh orang awam dalam 20 tahun ini sebagai jalan yang menghubungi Kerling dengan Lembah Beringin? Jika ya, nyatakan usaha-usaha bagi memastikan jalan tersebut dalam keadaan yang selamat untuk digunakan.
-
Nyatakan panjang dan pemilik-pemilik tanah atas rezab jalan tersebut.
68) TANAH KTM SG SIREH
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan penyelesaian setinggan di sini serta pencapaian.
68) WANG RIZAB NEGERI
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah terkini wang Rizab Negeri.
-
Nyatakan jumlah perbelanjaan wang Rizab Negeri pada 2017.
-
Senaraikan sumber peningkatan wang Rizab Negeri.