68) KEMAJUAN INDUSTRI KECIL DAN DESA
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Pembangunan Luar Bandar
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Bertulis
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk mempromosi dan membangunkan industriindustri kecil kampung dan desa?
-
Apakah jenis bantuan yang disediakan kepada pengusaha sedemikian.
68) DISKRIMINASI GENDER
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Wanita & Keluarga
Adun:
Kategori: Mulut
-
Apakah yang dimaksudkan dengan diskriminasi gender?
-
Sejauh manakah diskriminasi gender berlaku di Selangor?
-
Bagaimanakah cara mengatasinya?
68) KAWASAN PERINDUSTRIAN YANG TELAH DIMAJUKAN OLEH PKNS
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Terdapat sejumlah 7,402 ekar kawasan tanah di lapan daerah di Negeri Selangor termasuk 93 ekar di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang telah dimajukan oleh PKNS sebagai kawasan perindustrian. Berapakah hasil keuntungan PKNS dari keseluruhan projek pembangunan ini?
-
Berapakah hasil yang diperoleh oleh setiap Pejabat Daerah yang terlibat daripada cukai tanah kawasan yang telah dibangunkan untuk perindustrian ini?
-
Apakah status dahulu dan kini tanah seluas 93 ekar di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang telah dimajukan oleh PKNS?
68) KESELAMATAN
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan
Kategori: Bertulis
-
Apakah bantuan kerajaan negeri kepada komuniti setempat untuk meningkatkan tahap keselamatan?
-
Adakah diperuntukkan insentif khas untuk tujuan tersebut?
68) PEMBINAAN SEKOLAH BARU DI DUN KUANG
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Mohd Rafiq Bin Mohd Abdullah
Kategori: Mulut
-
Perumahan dan pembangunan rancak berlaku di Kuang, tetapi sekolah tidak dibina. Bilakah sekolah baru akan dibina untuk menampung jumlah pelajar yang semakin meningkat?
-
Daripada 8 tapak sekolah di Bandar Tasik Puteri, hanya 3 telah digunakan. Bilakah sekolah baru akan dibina?
68) PENDIDIKAN
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Ir. Muthiah A/l Maria Pillay
Kategori: Bertulis
-
Sekolah Agama AI-Ansar terletak di kawasan Kampung Asahan, DUN Bukit Melawati, yang diwakafkan. Seramai 160 penuntut bersekolah di sini; 10% mereka adalah anak yatim dan 30% adalah dari fakir miskin. Sekolah ini berasrama untuk lelaki dan perempuan. Keadaan bangunan sekolah dan asrama tidak memuaskan. Bagaimanakah Kerajaan Negeri boleh menolong mereka membina satu sekolah dan asrama baru?
68) PENCEMARAN AIR LAUT DI PERAIRAN PELABUHAN KLANG
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah
Kategori: Mulut
-
Amnya Pelabuhan Klang mempunyai 3 pelabuhan iaitu Pelabuhan Barat, Pelabuhan Selatan dan Pelabuhan Utara. Telah terdapat tumpahan minyak yang sering berlaku di 3 pelabuhan tersebut. Apakah tindakan yang boleh diambil oleh Kerajaan Negeri di dalam membendung dan mengelakkan kejadian seumpama ini sering berlaku selain laporan dan aduan dibuat kepada Lembaga Pelabuhan Klang, Jabatan laut dan Jabatan Alam Sekitar
-
Apakah Kerajaan Negeri akan mewujudkan satu badan khas bagi memantau aktiviti di perairan Pelabuhan Klang?
-
Ini kerana, nasib golongan nelayan yang mencari rezeki di sekitar kawasan perairan Pelabuhan Klang akan terjejas dan apakah ada bantuan yang akan disalurkan oleh Kerajaan Negeri untuk mereka?
68) PERASMIAN PENYEMPURNAAN PEMBINAAN JAMBATAN KETIGA KLANG
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong
Kategori: Bertulis
-
Bila perasmian penyempurnaan pembinaan Jambatan Ketiga Klang akan diadakan?
68) Pencemaran Air Semenyih
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi
Kategori: Mulut
-
Nyatakan bilangan dan jumlah kompaun atau saman ke atas kesalahan melibatkan pencemaran air dan melibatkan LRA Semenyih?
-
Bila tarikh operasi langat 2 dapat digunakan dan berapakah jumlah kos sebenar melibatkan projek ini?
68) BANTU SISWA
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Bertulis
-
Setakat hari ini, berapakah jumlah siswa yang telah memohon program Bantu Siswa dan berapa kos yang telah ditanggung oleh Kerajaan Negeri?