68) TAPAK PELUPUSAN SAMPAH DAERAH HULU LANGAT
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri terhadap bantahan penduduk yang tidak membenarkan tapak pelupusan sampah di Sungai Lalang Semenyih?
-
Di manakah cadangan tapak pelupusan sampah yang baru di Daerah Hulu Langat?
68) PENDIDIKAN
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Ir. Muthiah A/l Maria Pillay
Kategori: Bertulis
-
Sekolah Agama AI-Ansar terletak di kawasan Kampung Asahan, DUN Bukit Melawati, yang diwakafkan. Seramai 160 penuntut bersekolah di sini; 10% mereka adalah anak yatim dan 30% adalah dari fakir miskin. Sekolah ini berasrama untuk lelaki dan perempuan. Keadaan bangunan sekolah dan asrama tidak memuaskan. Bagaimanakah Kerajaan Negeri boleh menolong mereka membina satu sekolah dan asrama baru?
68) PAIP BEKALAN AIR UZUR PERLU DI GANTI SEGERA
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Bertulis
-
Bilakah Kerajaan Negeri dapat menggantikan saluran paip pembekalan air di sekitar daerah Kuala Langat yang berkeadaan karat, uzur dan tidak tahan dengan kekuatan tekanan air?
-
Apakah punca utama dalam kerja-kerja penggantian paip bekalan air lama di tempat tersebut?
68) PEMBINAAN SEKOLAH BARU DI DUN KUANG
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Mohd Rafiq Bin Mohd Abdullah
Kategori: Mulut
-
Perumahan dan pembangunan rancak berlaku di Kuang, tetapi sekolah tidak dibina. Bilakah sekolah baru akan dibina untuk menampung jumlah pelajar yang semakin meningkat?
-
Daripada 8 tapak sekolah di Bandar Tasik Puteri, hanya 3 telah digunakan. Bilakah sekolah baru akan dibina?
68) PERMOHONAN PEMBATALAN PERWARTAAN SEBAHAGIAN TANAH RIZAB DAN PENGGANTIAN KAWASAN LAPANG
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Bertulis
-
Apakah status terkini permohonan pembatalan pewartaan sebahagian tanah rizab kawasan lapang seluas 0.46 ekar yang telah diambil bagi tujuan kegunaan awam sebagai tapak tambahan rumah ibadat bukan Islam di Jalan PJS 7/13 dan penggantian kawasan lapang di sebahagian tanah kerajaan di PJS 9 bersebelahan Lot 64681 (PN17395) Mukim Damansara Daerah Petaling?
68) HAB HIBURAN ANTARABANGSA
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Syed Ahmad Bin Abdul Rahman Alhadad
Kategori: Bertulis
-
Apakah perancangan Selangor untuk menjadikan negeri ini sebagai hab hiburan kreatif antarabangsa?
68) SENARAI IBU TUNGGAL DUN BALAKONG
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan ibu tunggal dan maklumat terperinci mereka (seperti no. IC, no. Telefon dan alamat tempat tinggal) di bawah DUN Balakong.
68) DARUL EHSAN INVESTMENT GROUP (DEIG)
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan semua aset termasuk landbank yang dimiliki oleh DEIG dan subsidiarinya
-
Senaraikan semua projek usahasama DEIG atau subsidiarinya dengan syarikat swasta.
-
Senaraikan penjualan aset DEIG dan subsidiarinya, tarikh jualan, pembeli, harga, tender terbuka/ penjualan terus dan butiran-butiran lain.
68) STATUS PENCERAMAH AGAMA YANG MENYAMPAIKAN KANDUNGAN BERUNSUR POLITIK DI MASJID
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Syamsul Firdaus Bin Mohamed Supri
Kategori: Bertulis
-
Apakah status terkini penceramah agama yang menyampaikan kuliah subuh berunsur politik di sebuah masjid di Daerah Kuala Langat pada beberapa bulan lalu bernama Mohd Meeftah Bin Anuar terutamanya tauliah mengajar agama yang dipegang olehnya?
-
Apakah sebarang tindakan terhadapnya yang dibuat ekoran daripada perbuatannya itu sama ada oleh Jabatan Agama Islam Selangor atau Jabatan Kemajuan Islam Malaysia yang merupakan majikannya?
-
Adakah perbuatan tersebut boleh diklasifikasikan sebagai melanggar undang-undang dan peraturan berkaitan?
68) RANCANGAN SELANGOR PERTAMA (RS-1)
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
-
Apakah status Rancangan Selangor Pertama (RS-1) semenjak ianya dilancarkan secara rasmi?