68) SISTEM PANGKALAN DATA UTAMA (PADU)

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Tuan Syed Ahmad Bin Abdul Rahman Alhadad

Kategori: Bertulis


  1. Adakah Kerajaan Negeri Selangor akan menggunakan Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) yang ditubuhkan Kerajaan Pusat untuk mengumpul maklumat sosioekonomi setiap isi rumah dalam pelaksanaan program bantuan dan subsidi di peringkat negeri?

    Klik jawapan »

68) KEMPEN BEBAS PLASTIK DAN POLISTIRENA SELANGOR

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei

Kategori: Mulut


  1. Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk mencapai sasaran "sifar beg plastik" sejajar dengan "Road Map Zero Single-Use Plastic 2018-2030" yang dilancarkan oleh Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC)?

    Klik jawapan »

68) PELAKSANAAN GAJI MINIMA

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah jumlah kakitangan Kerajaan Negeri yang akan menerima kenaikan gaji selaras dengan pelaksanaan gaji minima yang diumumkan YAB DatoÕ Menteri Besar ?

    Klik jawapan »

68) KEMUDAHAN AHLI MAJLIS MESYUARAT

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus

Kategori: Bertulis


  1. Nyatakan kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh kerajaan untuk DatoÕ, Menteri Besar?

    Klik jawapan »

  2. Apakah kemudahan yang diperolehi oleh Ahli-ahli Ex-Oficio?

    Klik jawapan »

  3. Apakah kemudahan untuk Ahli-ahli EXCO yang lain?

    Klik jawapan »

68) KEMAJUAN INDUSTRI KECIL DAN DESA

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Pembangunan Luar Bandar

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Bertulis


  1. Apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk mempromosi dan membangunkan industriindustri kecil kampung dan desa?

    Klik jawapan »

  2. Apakah jenis bantuan yang disediakan kepada pengusaha sedemikian.

    Klik jawapan »

68) DISKRIMINASI GENDER

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Wanita & Keluarga

Adun:

Kategori: Mulut


  1. Apakah yang dimaksudkan dengan diskriminasi gender?

  2. Sejauh manakah diskriminasi gender berlaku di Selangor?

  3. Bagaimanakah cara mengatasinya?

68) KAWASAN PERINDUSTRIAN YANG TELAH DIMAJUKAN OLEH PKNS

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis


  1. Terdapat sejumlah 7,402 ekar kawasan tanah di lapan daerah di Negeri Selangor termasuk 93 ekar di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang telah dimajukan oleh PKNS sebagai kawasan perindustrian. Berapakah hasil keuntungan PKNS dari keseluruhan projek pembangunan ini?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah hasil yang diperoleh oleh setiap Pejabat Daerah yang terlibat daripada cukai tanah kawasan yang telah dibangunkan untuk perindustrian ini?

    Klik jawapan »

  3. Apakah status dahulu dan kini tanah seluas 93 ekar di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang telah dimajukan oleh PKNS?

    Klik jawapan »

68) PEMBINAAN SEKOLAH BARU DI DUN KUANG

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Mohd Rafiq Bin Mohd Abdullah

Kategori: Mulut


  1. Perumahan dan pembangunan rancak berlaku di Kuang, tetapi sekolah tidak dibina. Bilakah sekolah baru akan dibina untuk menampung jumlah pelajar yang semakin meningkat?

    Klik jawapan »

  2. Daripada 8 tapak sekolah di Bandar Tasik Puteri, hanya 3 telah digunakan. Bilakah sekolah baru akan dibina?

    Klik jawapan »

68) PENDIDIKAN

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Ir. Muthiah A/l Maria Pillay

Kategori: Bertulis


  1. Sekolah Agama AI-Ansar terletak di kawasan Kampung Asahan, DUN Bukit Melawati, yang diwakafkan. Seramai 160 penuntut bersekolah di sini; 10% mereka adalah anak yatim dan 30% adalah dari fakir miskin. Sekolah ini berasrama untuk lelaki dan perempuan. Keadaan bangunan sekolah dan asrama tidak memuaskan. Bagaimanakah Kerajaan Negeri boleh menolong mereka membina satu sekolah dan asrama baru?

    Klik jawapan »

68) PENCEMARAN AIR LAUT DI PERAIRAN PELABUHAN KLANG

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Mulut


  1. Amnya Pelabuhan Klang mempunyai 3 pelabuhan iaitu Pelabuhan Barat, Pelabuhan Selatan dan Pelabuhan Utara. Telah terdapat tumpahan minyak yang sering berlaku di 3 pelabuhan tersebut. Apakah tindakan yang boleh diambil oleh Kerajaan Negeri di dalam membendung dan mengelakkan kejadian seumpama ini sering berlaku selain laporan dan aduan dibuat kepada Lembaga Pelabuhan Klang, Jabatan laut dan Jabatan Alam Sekitar

    Klik jawapan »

  2. Apakah Kerajaan Negeri akan mewujudkan satu badan khas bagi memantau aktiviti di perairan Pelabuhan Klang?

    Klik jawapan »

  3. Ini kerana, nasib golongan nelayan yang mencari rezeki di sekitar kawasan perairan Pelabuhan Klang akan terjejas dan apakah ada bantuan yang akan disalurkan oleh Kerajaan Negeri untuk mereka?

    Klik jawapan »