67) JETI PENDARATAN IKAN DI BAGAN SEKINCHAN
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan apakah perkembangan terkini cadangan pembinaan jeti tersebut?
-
Sila nyatakan berapakah anggaran kos pembinaan jeti pendaratan ikan?
-
Sila nyatakan kapan jeti pendaratan ikan tersebut akan dibina bagi menyelesaikan masalah rutin harian nelayan dan pengusaha ikan?
67) SENARAI TANAH INDUSTRI YANG TELAH DITUKAR KEGUNAAN LAIN
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Lai Wai Chong
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan semua tanah industri di daerah Hulu Langat yang telah ditukar kegunaan daripada industri kepada kegunaan lain.
-
Sila beri nama pemilik, saiz tanah, jenis kegunaan baru dan premium tanah yang dibayar.
67) PEMBANGUNAN USAHAWAN INDIA
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Bagaimanakah status program usahawan India, mengikut jenis perniagaan yang ditawarkan serta DUN yang berjaya mengikuti program tersebut?
67) PEMBANGUNAN BELIA DAN INFRASTRUKTUR SUKAN
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Haji Zaidy Bin Haji Abdul Talib
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah dan bajet dalam membangunkan infrastruktur sukan negeri dalam tempoh Mac 2008 sehingga April 2013 mengikut pecahan DUN?
-
Berapakah jumlah dan bajet program sukan negeri Selangor dalam tempoh Mac 2008 sehingga April 2013 mengikut pecahan DUN?
-
Apakah jenis-jenis sukan yang menjadi fokus kerajaan negeri Selangor dan apakah program yang dirangka untuknya?
67) STATUS RUMAH SELANGORKU
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah terkini rumah Selangorku yang telah siap dibina dan berapakah unjuran sasaran pembinaan rumah menjelang 2018
-
Berapakah jumlah pemohon sehingga kini dan adakah Kerajaan Negeri ada memberi apa-apa maklum balas mengenai status permohonan mereka?
67) PROGRAM KEUSAHAWANAN HIJRAH
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Bertulis
-
Bagaimanakah kelayakan peserta Hijrah ditentukan? Berapa ramai yg telah menyertainya, mengikut jantina tahun 2015?
-
Apakah prosedur dan proses pemantauannya?
-
Adakah konsep bimbingan dan latihan keusahawanan menjadi ciri skim Hijrah?
67) PEMBAIKAN JALAN-JALAN KAMPUNG
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Haji Hasiman Bin Sidom
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah peruntukkan pembaikan jalan-jalan kampung yang disediakan di setiap Daerah di Negeri Selangor.
-
Bagaimanakah perlaksanaan kerja-kerja tersebut di jalankan secara undian atau sebut harga
68) PENGURUSAN KRISIS AIR
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Ean Yong Hian Wah
Kategori: Mulut
-
Memandangkan sebahagian besar insiden krisis air berlaku disebabkan oleh pencemaran sungai seperti pembuangan minyak terbiar, bahan kimia dan air pembuangan loji rawatan kumbahan yang tidak menepati piawaian. Apakah langkah yang akan diambil ?
68) PENUBUHAN INSTITUT KAJIAN DAN PENYELIDIKAN SELANGOR
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Selangor bercadang untuk menubuhkan Institut Kajian dan Penyelidikan Selangor?
-
Sila kemukakan laporan terkini yang telah dijalankan atas kepuasan penduduk terhadap prestasi Kerajaan Selangor mengikut setiap DUN.
68) PASUKAN RESPONS BENCANA
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri menubuhkan pasukan khas untuk menangani bencana seperti banjir kilat dan sebagainya yang banyak terjadi?
-
Adakah Kerajaan Negeri hanya bergantung dengan jabatan dan agensi pusat sahaja?