67) PEMBANGUNAN JKKK KAMPUNG
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Bertulis
-
Kami difahamkan bahawa memang ada peruntukan kewangan bagi memajukan semua JKKK kampung. Sila senaraikan jumlah peruntukan dan jenis bantuan yang diberi kepada setiap JKKK kampung.
-
Apakah syarat-syarat yang diperlukan untuk membolehkan sesuatu kampung dibenarkan membentuk suatu JKKK kampung
-
Berapa peruntukan yang di beri pada Pejabat Daerah untuk membantu sesuatu JKKK Kampung untuk satu kampung.
67) EKO-PELANCONGAN DI SELANGOR
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan kawasan eko-pelancongan yang ada di negeri Selangor khasnya di daerah Kuala Langat dan Sepang?
-
Sejauh manakah kawasan eko-pelancongan ini dipelihara dan dipromosikan sebagai destinasi pelancongan?
67) HAIWAN LIAR
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad
Kategori: Mulut
-
Sub-soalan telah di tolak
-
Apakah kaedah atau cara yang berkesan untuk membendung dan menyelesaikan masalah ini?
67) KEBAJIKAN PEKERJA LADANG DI SELANGOR
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Berapa banyak pekerja ladang di Selangor dari tahun 2000 hingga 2007 mengikut pecahan kaum di setiap kawasan DUN?
-
Apakah rancangan-rancangan yang bakal diketengahkan oleh kerajaan negeri untuk membantu mempertingkatkan taraf kehidupan golongan pekerja ladang?
67) PROGRAM ZON BERSIH
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Mulut
-
Apakah sistem pemantauan yang ada untuk program zon bersih?
-
Berapakah peruntukkan yang telah dibelanjakan dalam program ini?
67) PROJEK PEMBINAAN SELAYANG STARCITY MALL
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong
Kategori: Bertulis
-
Projek ini telah berhenti melebihi 1 tahun dan sehingga kini tidak ada sebarang kerja dijalankan di tapak. Apakah perkembangan terkini projek tersebut?
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk memastikan projek tersebut tidak terbengkalai?
67) PENGGERAK BELIA SELANGOR (PEBS)
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Mulut
-
Sila senaraikan 10 PeBS yang paling aktif pada tahun ini.
-
Apakah sebab utama kerajaan mengendalikan sistem PeBS ke zaman PeBT iaitu mengikut zon PBT berbanding dengan sistem PeBS dijaga bawah ADN? Adakah penukaran sistem ini membawa kemajuan atas urusan PeBS?
67) PENGURUSAN SRA NEGERI SELANGOR
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: hal ehwal islam
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
-
Apakah perancangan jangka panjang kerajaan bagi memantapkan institusi agama terutama Sekolah Rendah Agama terutama pemantapan modal insan dan kebajikan serta kerjaya kakitangan sekolah?
67) RANCANGAN PENCEGAHAN PENIPUAN ATAS TALIAN
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Bertulis
-
Memandangkan sebanyak RM106juta wang ringgit telah ditipu oleh penipuan atas talian sepanjang tahun 2020 sehingga tahun 2021, adakah kerajaan akan bekerjasama dengan pihak PDRM untuk menghasilkan rancangan/video atas talian untuk mencegahkan jenayah/penipuan tersebut?
-
Sekiranya tiada, apakah rancangan Kerajaan Negeri (bukannya pihak PDRM) untuk mengatasi masalah tersebut?
67) LOKASI PELANCONGAN
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Syed Ahmad Bin Abdul Rahman Alhadad
Kategori: Bertulis
-
Bagaimana usaha Kerajaan Negeri dalam menaikkan pelancongan di Bukit Belacan yang terletak di Lembah Jaya, Ampang?