67) PRESTASI KETUA-KETUA KAMPUNG
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Mulut
-
Secara keseluruhan bagaimanakah prestasi mereka?
-
Adakah kalangan mereka dianggap salah pilih dan menentang polisi Kerajaan?
-
Adakah kalangan mereka telah diberhentikan?
67) DUTI HIBURAN
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Syed Ahmad Bin Abdul Rahman Alhadad
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri Selangor akan meneruskan pengecualian duti hiburan untuk bayaran masuk pertunjukan pentas yang bertiket bagi artis tempatan pada tahun 2024?
67) PENGURUSAN SISA PEPEJAL
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin
Kategori: Bertulis
-
Berapakah penjimatan kerajaan negeri dalam pengambilalihan pengurusan sisa pepejal dari alam flora dengan mengikut PBT?
-
Bagaimana kerajaan dapat memastikan prestasi kerja kontraktor baru akan memberi perkhidmatan yang lebih baik daripada alam flora?
67) KEMUDAHAN WIFI
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad
Kategori: Mulut
-
Apakah rancangan untuk meluaskan dan menaiktarafkan khidmat WIFI Selangor terutamanya di luar bandar termasuk DUN Ijok?
67) ANAK PRA-SEKOLAH
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani
Kategori: Mulut
-
Adakah Negeri Selangor bercadang menubuhkan pusat anak pra-sekolah seumpama Program ÒPermata NegaraÓ sebagai tanda keprihatinan terdapat rakyat?
-
Adakah kerajaan sudah melaksanakan cadangan untuk memberi bantuan RM50 sebulan seorang anak bagi pendidikan pra-sekolah seperti yang pernah dijanjikan?
67) TAHUN MELAWAT KLANG 2017
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong
Kategori: Bertulis
-
Apakah rancangan pihak Kerajaan Negeri Selangor untuk mempromosikan Klang dan menarik pelancong untuk melawat Klang pada tahun 2017 yang selaras dengan Tahun Melawat Klang 2017?
-
Apakah peranan yang dimainkan oleh Majlis Perbandaran Klang terhadap Tahun Melawat Klang 2017?
-
Apakah sasaran yang ditetapkan untuk dicapai bagi Tahun Melawat Klang 2017?
67) PENDAFTARAN E-KASIH DI SELANGOR
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei
Kategori: Bertulis
-
Berapakah bilangan pendaftaran e-Kasih di Selangor mengikut pecahan DUN?
67) INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA (IKS)
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan apakah projek-projek yang dijalankan oleh pihak Kerajaan Negeri khususnya untuk mempergiatkan industri tersebut sejak tahun 2008 hingga 2010 ?
-
Sila huraikan sehingga setakat ini, bagaimanakah sambutan para usahawan IKS terhadap program Ðprogram dan projek-projek yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri ?
-
Sila nyatakan berapakah jumlah peruntukan tahunan yang disalurkan bagi membantu sektor IKS ini supaya dapat terus berkembang dengan pesat ?
67) LATIHAN BELIA
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun:
Kategori: Mulut
-
Kerajaan Negeri berhasrat melatih belia untuk meningkatkan kemahiran mereka bagi mudah memasuki pasaran kerja. Berapakah jumlah pekerja yang telah dilatih dari tahun 2008-2012 untuk maksud tersebut?
-
Apakah jenis dan tahap latihan yang telah diadakan?
-
Berapakah jumlah belia yang telah berjaya mendapat pekerjaan setelah mengikut program latihan?
67) PEMBANGUNAN JKKK KAMPUNG
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Bertulis
-
Kami difahamkan bahawa memang ada peruntukan kewangan bagi memajukan semua JKKK kampung. Sila senaraikan jumlah peruntukan dan jenis bantuan yang diberi kepada setiap JKKK kampung.
-
Apakah syarat-syarat yang diperlukan untuk membolehkan sesuatu kampung dibenarkan membentuk suatu JKKK kampung
-
Berapa peruntukan yang di beri pada Pejabat Daerah untuk membantu sesuatu JKKK Kampung untuk satu kampung.