67) KOS PENYELENGGARAAN RUMAH PANGSA KOS RENDAH
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Meminta kerajaan memberi penjelasan bagaimana peruntukan fasa pertama tahun 2011 sebanyak RM2juta telah digunakan untuk menyelenggara kerosakan rumah pangsa kos rendah di Selangor.
-
Meminta kerajaan menyeranaikan rumah pangsa kos rendah yang telah menerima peruntukan, saiz peruntukan yang diterima serta lokasi-lokasi rumah pangsa dan bilangan unit yang ada.
67) PENCEMARAN ALAM SEKITAR
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Muhammad Izuan Bin Ahmad Kasim
Kategori: Bertulis
-
Berapakah kertas siasatan yang telah dibuka terhadap insiden pencemaran yang berlaku di Selangor khususnya perlepasan efluen ke dalam sungai serta pencemaran bau dan udara oleh kilang-kilang yang melepasi tahap maksima?
67) PINDAAN RANG UNDANG-UNDANG BAWAH NEGERI SELANGOR
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Bertulis
-
Bermula tahun 2018 sehingga kini, senaraikan rang udang-undang (atau sebarang perundangan) yang telah dipinda melalui Sidang Dewan Negeri Selangor
-
Senaraikan jenis dan proses pindaan rang undang-undang bawah Dewan Negeri Selangor
67) KEROSAKAN 2 BLOK BANGUNAN BARU SEK. RENDAH AGAMA PEKAN MERU
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
-
Siapakah panel siasatan dan apa punca kerosakan?
-
Berapakah kos baik pulih dan di bawah agensi apakah ia dikeluarkan?
-
Bagaimana dan bila kerja baikpulih akan bermula?
67) PERKEMBANGAN TERKINI TENTANG PROJEK TERBENGKALAI RSKU RESIDENSI JAYA
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Mulut
-
Apakah perkembangan terkini berkenaan projek terbengkalai RSKU Residensi Jaya? Adakah kerajaan bersasar untuk menyelesaikan masalah ini sebelum tahun 2025?
67) I.P.T – DALAM HADIAH MASUK IPT
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Bolehkah syarat-syarat kelayakan menerima hadiah tersebut di longgarkan mengikut kesesuaian pendapatan dan tanggungan (umpamanya tanggungan anak yang ramai dan pendapatan gaji yang kurang)?
-
Bolehkah diterima ibu bapa yang menetap di sempadan dan anak yang dilahirkan di sempadan wilayah persekutuan diterima-bolehkah dilonggarkan syarat-syarat tersebut?
67) WABAK DENGGI
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan bilangan kes denggi daripada Januari 2018 hingga Februari 2019 dengan pecahan bulan dan pecahan DUN.
-
Nyatakan bilangan kes kematian akibat denggi untuk tempoh masa yang sama.
67) PROGRAM MODAL INSAN
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari
Kategori: Mulut
-
Berapa ramai jumlah peserta program SPIES yang telah mengikuti program tersebut dalam 2 tahun pelaksanaannya?
-
Sila pecahkan mengikut daerah, umur dan bangsa yang telah mengikuti program tersebut.
-
Apakah kayu ukur yang digunakan untuk menilai kejayaan SPIES?
67) PROGRAM SITHAM
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan jumlah peruntukkan Program SITHAM.
-
Berapa daripada jumlah tersebut telah disalurkan kepada pemohon?
-
Jika terdapatnya baki, sila nyatakan cara bagaimana baki tersebut akan disalurkan?
67) PUBLISITI INISIATIF PEMBANGUNAN BELIA
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Bertulis
-
Berdasarkan Dasar Belia Selangor, Kerajaan Negeri telah membangunkan 12 program-program pembangunan belia seperti Ahli Parlimen Belia Malaysia, Youth Career, Program Rakan Muda Aktif dan sebagainya. Sila senaraikan cara-cara bagaimana anak muda dapat mengetahui setiap program-program ini.
-
Apakah jenis publisiti utama Kerajaan Negeri untuk program pembangunan belia? Sila senaraikan.