67) PROGRAM WANITA LADANG (WALA)
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Apakah konsep, matlamat dan perincian program Wanita Ladang ( WALA) ?
-
Apakah pencapaian dan impak keberkesanan program ini?
-
Berapakah jumlah perbelanjaan dan para penerima bagi geran RM1.2 juta yang telah dibelanjakan?
67) ANAK PRA-SEKOLAH
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani
Kategori: Mulut
-
Adakah Negeri Selangor bercadang menubuhkan pusat anak pra-sekolah seumpama Program ÒPermata NegaraÓ sebagai tanda keprihatinan terdapat rakyat?
-
Adakah kerajaan sudah melaksanakan cadangan untuk memberi bantuan RM50 sebulan seorang anak bagi pendidikan pra-sekolah seperti yang pernah dijanjikan?
67) PRESTASI KETUA-KETUA KAMPUNG
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Mulut
-
Secara keseluruhan bagaimanakah prestasi mereka?
-
Adakah kalangan mereka dianggap salah pilih dan menentang polisi Kerajaan?
-
Adakah kalangan mereka telah diberhentikan?
67) DUTI HIBURAN
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Syed Ahmad Bin Abdul Rahman Alhadad
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri Selangor akan meneruskan pengecualian duti hiburan untuk bayaran masuk pertunjukan pentas yang bertiket bagi artis tempatan pada tahun 2024?
67) PENGURUSAN SISA PEPEJAL
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin
Kategori: Bertulis
-
Berapakah penjimatan kerajaan negeri dalam pengambilalihan pengurusan sisa pepejal dari alam flora dengan mengikut PBT?
-
Bagaimana kerajaan dapat memastikan prestasi kerja kontraktor baru akan memberi perkhidmatan yang lebih baik daripada alam flora?
67) PEMBANGUNAN JKKK KAMPUNG
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Bertulis
-
Kami difahamkan bahawa memang ada peruntukan kewangan bagi memajukan semua JKKK kampung. Sila senaraikan jumlah peruntukan dan jenis bantuan yang diberi kepada setiap JKKK kampung.
-
Apakah syarat-syarat yang diperlukan untuk membolehkan sesuatu kampung dibenarkan membentuk suatu JKKK kampung
-
Berapa peruntukan yang di beri pada Pejabat Daerah untuk membantu sesuatu JKKK Kampung untuk satu kampung.
67) EKO-PELANCONGAN DI SELANGOR
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan kawasan eko-pelancongan yang ada di negeri Selangor khasnya di daerah Kuala Langat dan Sepang?
-
Sejauh manakah kawasan eko-pelancongan ini dipelihara dan dipromosikan sebagai destinasi pelancongan?
67) INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA (IKS)
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan apakah projek-projek yang dijalankan oleh pihak Kerajaan Negeri khususnya untuk mempergiatkan industri tersebut sejak tahun 2008 hingga 2010 ?
-
Sila huraikan sehingga setakat ini, bagaimanakah sambutan para usahawan IKS terhadap program Ðprogram dan projek-projek yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri ?
-
Sila nyatakan berapakah jumlah peruntukan tahunan yang disalurkan bagi membantu sektor IKS ini supaya dapat terus berkembang dengan pesat ?
67) Keluasan Tanah Kerajaan Yang Telah Dicerobohi
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah keluasan tanah kerajaan yg telah di cerobohi seluruh Selangor secara rasmi?
67) SUMBANGAN EKONOMI MENGIKUT DUN
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Bertulis
-
Sila bekalkan jumlah sumbangan ekonomi Negeri Selangor mengikut pecahan DUN.